Akhbar

Tentang Yelp

Yelp Inc. (NYSE: YELP) menghubungkan orang ramai kepada perniagaan tempatan. Yelp ditubuhkan di San Francisco pada bulan Julai 2004. Semenjak itu, komuniti Yelp telah berakar umbi di bandaraya utama merentasi 32 buah negara. Setakat akhir Q3 2016, para Yelper telah menulis secara purata sebanyak 115 juta ulasan tempatan yang padat dengan informasi, menjadikan Yelp panduan tempatan utama bagi mendapatkan maklumat tentang segala-galanya daripada butik dan mekanik kereta hinggalah kepada restoran serta doktor gigi. Lebih kurang 25 juta peranti unik* telah mengakses ke Yelp melalui aplikasi Yelp, lebih kurang 72 juta pengunjung unik telah mengunjungi Yelp melalui web mudah alih** dan lebih kurang 77 juta pengunjung unik telah mengunjungi Yelp melalui komputer meja*** pada kadar bulanan purata setakat tempoh Q3 2016. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://www.yelp.com atau hantarkan e-mel ke [email protected].

* Dikira sebagai bilangan peranti unik yang mengakses ke aplikasi secara purata setiap bulan untuk sepanjang tempoh tiga bulan, menurut catatan log dalaman Yelp.

** Dikira sebagai bilangan "pengguna," seperti yang diukur oleh Google Analytics, mengakses ke Yelp melalui laman web mudah alih secara purata setiap bulan untuk sepanjang tempoh tiga bulan.

*** Dikira sebagai bilangan "pengguna," seperti yang diukur oleh Google Analytics, mengakses ke Yelp melalui komputer meja pada kadar purata bulanan bagi sepanjang tempoh tiga bulan.

Fakta Yelp

  • Yelp secara purata menerima 25 juta pengunjung unik bulanan yang mengunjungi Yelp melalui aplikasi Yelp dan 72 juta pengunjung unik yang mengunjungi Yelp melalui web mudah alih sepanjang tempoh Q3 2016.*
  • Pengguna Yelp telah menulis lebih daripada 115 juta ulasan menjelang akhir Q3 2016
  • Nota Fakta Yelp
* Sumber: “Pengguna” seperti yang diukur oleh Google Analytics

Pecahan Ulasan

Kami telah mengira angkanya dan inilah hasilnya (setakat tempoh Q3 2016).