Tentang Kami

Matlamat kami: Menghubungkan orang ramai kepada perniagaan tempatan yang hebat

10 Perkara Anda Mesti Ketahui Tentang Yelp

  1. Yelp diasaskan pada tahun 2004 untuk membantu orang ramai menemui perniagaan tempatan yang hebat misalnya seperti klinik pergigian, kedai gunting rambut dan pakar membaiki kereta.
  2. Yelp secara purata menerima 25 juta pengunjung unik bulanan yang mengunjungi Yelp melalui aplikasi Yelp dan 72 juta pengunjung unik yang mengunjungi Yelp melalui web mudah alih sepanjang tempoh Q3 2016.*
  3. Pengguna Yelp telah menulis lebih daripada 115 juta ulasan menjelang akhir Q3 2016
  4. Selain daripada ulasan, anda boleh gunakan Yelp untuk mencari acara, penyenaraian dan untuk berbual dengan Yelper lain.
  5. Setiap pemilik perniagaan (atau pengurus) boleh membuat akaun percuma untuk menyiarkan foto dan menghantar mesej kepada para pelanggan.
  6. Yelp menjana pendapatannya melalui penjualan iklan kepada pemilik perniagaan tempatan - anda boleh lihat iklan ini secara jelas dilabelkan "Iklan Yelp" di sekitar laman.
  7. Pengiklan berbayar tidak boleh menukar atau menyusun semula ulasan mereka.
  8. Yelp menggunakan perisian automatik untuk mengesyorkan ulasan yang paling berguna dan boleh dipercayai kepada komuniti Yelp yang diperolehi daripada jutaan ulasan yang telah kami terima. Perisian kami melihat kepada puluhan isyarat yang berbeza, termasuk pelbagai ukuran kualiti, kebolehpercayaan, dan aktiviti di Yelp. Proses ini tiada kaitannya dengan sama ada sesuatu perniagaan itu mengiklankan di Yelp ataupun tidak. Lihat lebih lanjut di sini.
  9. Anda boleh mengakses ke Yelp melalui iPhone, Android, serta pelbagai lagi - lihat senarai penuh aplikasi mudah alih di sini.
  10. Ciri Yelp Tempatan membawakan berita tempatan yang terkini dan hebat berkenaan pembukaan tempat-tempat baru & lain-lain peristiwa.
* Sumber: “Pengguna” seperti yang diukur oleh Google Analytics