Beribu-ribu apl
Lakukan banyak lagi dengan apl web dari Kedai Web Chrome. Apl web menawarkan kefungsian yang serupa dengan program yang anda pasang dari CD, tetapi apl ini sentiasa dikemas kini dengan teknologi web terkini. Di samping itu, jika anda log masuk ke Chrome, anda boleh mengakses apl web kegemaran anda di mana-mana sahaja.
Pasang apl dengan satu klik
Anda boleh menambah apl percuma ke Halaman Tab Baharu anda dengan satu klik pada butang "Tambahkan ke Chrome". Untuk apl berbayar, cuma sediakan akaun Google Wallet anda dan klik butang "Beli".
Bermula dari Halaman Tab Baharu
Setelah anda memasang apl, pintasan akan dipaparkan pada Halaman Tab Baharu anda. Anda boleh menyusun semula apl anda dengan menyeret dan melepaskannya di tempat yang anda ingini atau susunnya dengan membuat panel berasingan pada Halaman Tab Baharu.

