Terokai Penyemak Imbas Chrome
Chrome ialah penyemak imbas web pantas, mudah dan selamat, yang dibina untuk web moden.
Muat turun ChromeKelajuan
Chrome direka supaya pantas dalam semua cara yang mungkin. Ia pantas bermula dari desktop anda, memuat halaman web dengan pantas dan menjalankan aplikasi web yang kompleks sepantas kilat.
Cepat untuk dilancarkan
Chrome dilancarkan dari desktop anda dalam masa beberapa saat apabila anda klik dua kali pada ikon Chrome.
Cepat menjalankan aplikasi web
Di bawah hud, Chrome dipasang dengan V8, enjin JavaScript yang lebih berkuasa yang kami bina untuk menjalankan aplikasi web yang kompleks dengan sepantas kilat.
Dengan setiap keluaran baharu, Chrome terus meningkat dalam kelajuan JavaScript dalam penyemak imbas dengan menggunakan penanda aras V8 dan Kraken.
Mencari dan menavigasi dengan cepat
Anda boleh menaip carian dan juga alamat web dalam bar carian dan alamat Chrome yang digabungkan yang dikenali sebagai Kotak Omni.
Kotak Omni memberikan cadangan untuk carian dan alamat web semasa anda menaip dan juga kefungsian auto lengkap bagi membantu anda mendapatkan apa yang anda cari hanya dengan beberapa ketukan kekunci sahaja.
Memuatkan halaman web dengan cepat
Chrome dikuasakan oleh enjin pemaparan sumber terbuka WebKit dan memuatkan halaman web dalam sekelip mata.
Ingin mengetahui mengenai butiran teknikal yang menjadikan Chrome lebih pantas?
Baca lebih lanjut mengenai WebKit, enjin JavaScript V8 dan kelajuan penyemak imbas dalam buku komik Chrome.
Tonton video teknikal tentang apa yang menjadikan Chrome laju, iaitu pada pra-penyelesaian DNS, enjin JavaScript V8 dan pengikatan DOM.
Kesederhanaan
Tetingkap penyemak imbas Chrome diperkemas, bersih dan mudah. Sebagai contoh, anda boleh mencari dan menavigasi dari kotak yang sama dan menyusun tab mengikut kemahuan anda -- dengan pantas dan mudah.
Mengekalkannya mudah
Chrome direka untuk menjadi semudah yang boleh. Chrome ialah penyemak imbas yang tidak mengganggu, jadi anda boleh menumpukan pada perkara yang paling anda berikan perhatian.
Mudah untuk mencari & menavigasi
Seharusnya mudah sahaja untuk tiba ke tempat yang anda tujui di web. Anda tidak perlu bertanyakan kepada diri sendiri, "Adakah saya mencari di web atau adakah saya menavigasi tapak ini?" Anda hanya perlu menaip dan sampai ke tempat yang ditujui.
Itulah sebabnya Chrome hanya mempunyai satu kotak – Kotak Omni – tempat anda mencari di web dan juga menavigasi ke tapak. Kotak ini melengkapkan penaipan anda secara automatik dan menawarkan cadangan.
Pengurusan Tab yang Cekap
Tab Chrome yang bergaya mudah diseret dan dilepaskan serta disusun semula dan terima kasih kepada seni bina pelbagai proses Chrome, anda boleh membuka seratus tab tanpa memperlahankan Chrome.
Anda juga boleh menyematkan tab kegemaran anda (seperti e-mel) ke jalur tab supaya tab tersebut dipaparkan di tempat yang sama setiap kali anda melancarkan Chrome.
Tab untuk dicari
Mengapa pergi ke YouTube.com terlebih dahulu dan kemudian mencari video? Cuma taipkan youtube.com ke dalam Kotak Omni dan tekan tab untuk terus mencari di YouTube. Anda juga boleh menyediakan papan kekunci tersuai untuk tapak kegemaran anda.
Pemapar PDF Terbina Dalam
Chrome mempunyai pemapar PDF terbina dalam, supaya anda boleh memuat naik PDF dengan cepat tanpa perlu memasang perisian atau pemalam. Mudah untuk mengubah saiz, menyimpan dan mencetak PDF dengan satu klik.
Mula dari tempat anda berhenti
Apabila anda menutup Chrome, Chrome akan ingat tab yang anda telah buka supaya anda boleh menyambung semula dari tempat anda berhenti.
Keselamatan
Chrome direka untuk memastikan anda lebih selamat dan lebih terjamin di web dengan perlindungan terhadap perisian hasad dan pemancingan data yang terbina dalam, dikemas kini secara automatik untuk memastikan anda mempunyai semua kelengkapan keselamatan yang terkini dan banyak lagi.
Penyemakan Imbas Selamat
Chrome akan memaparkan kepada anda mesej amaran sebelum anda melawat tapak yang disyaki mengandungi perisian hasad atau pemancingan data.
Dengan teknologi Penyemakan Imbas Selamat didayakan dalam Chrome, jika anda menjumpai tapak web yang disyaki mengandungi perisian pemancingan data atau hasad semasa anda menyemak imbas di web, anda akan melihat halaman amaran seperti yang dipaparkan di bawah.
Serangan pemancingan data berlaku apabila seseorang menyamar sebagai orang lain untuk menipu anda supaya berkongsi maklumat peribadi atau maklumat sensitif lain dengan mereka, selalunya melalui tapak web palsu. Sebaliknya, perisian hasad ialah perisian yang selalunya dipasang pada mesin anda tanpa pengetahuan anda dan direka untuk merosakkan komputer atau berkemungkinan mencuri maklumat daripada komputer anda.
Kotak pasir
Kotak pasir membantu anda menghalang perisian hasad daripada memasang sendiri pada komputer anda atau menggunakan perkara yang berlaku dalam satu tab penyemak imbas untuk menjejaskan apa yang berlaku pada tab lain. Kotak pasir menambahkan lapisan perlindungan pada penyemak imbas anda dengan melindungi daripada halaman web hasad yang cuba meninggalkan program pada komputer, mengawasi aktiviti web atau mencuri maklumat peribadi daripada cakera keras anda (lihat video di bawah).
Kemas kini auto
Bagi memastikan anda menerima kemas kini keselamatan terkini, Chrome sering menyemak untuk memastikan Chrome sentiasa kekal terkini. Semakan kemas kini memastikan yang versi Chrome anda dikemas kini secara automatik dengan ciri dan aturan keselamatan terkini tanpa memerlukan sebarang tindakan daripada anda.
Privasi
Chrome membolehkan anda memantau maklumat peribadi anda di samping membantu melindungi maklumat yang anda kongsi apabila anda berada dalam talian.
Mod inkognito
Apabila anda tidak mahu lawatan tapak web atau muat turun anda direkodkan dalam sejarah penyemakan imbas dan muat turun anda, anda boleh menyemak imbas dalam mod inkognito. Di samping itu, mana-mana kuki yang terhasil semasa dalam mod inkognito akan dipadamkan selepas anda menutup semua tetingkap inkognito.
Apabila anda menyemak imbas dalam mod inkognito, anda dapat lihat ikon inkognito di bahagian sudut. Mod inkognito berguna terutama kerana ia cara yang mudah untuk menyemak imbas web secara tertutup tanpa perlu berulang-alik menukar tetapan privasi anda antara sesi penyemakan imbas. Contohnya, anda boleh mempunyai satu sesi biasa dan juga satu sesi inkognito dalam tetingkap yang berasingan secara serentak.
Pilihan privasi
Anda boleh mengawal semua pilihan privasi anda dari menu Chrome dengan memilih Tetapan, mengklik tetapan lanjutan, kemudian menyesuaikan bahagian Privasi.
Ketahui lebih lanjut mengenai mengurus pilihan privasi anda untuk:
Mengosongkan data penyemakan imbas anda
Dengan Chrome, anda boleh mengosongkan data penyemakan imbas anda pada bila-bila masa supaya maklumat ini tidak disimpan dalam penyemak imbas anda, termasuk sejarah penyemakan imbas dan muat turun, kuki, kata laluan yang disimpan dan data borang yang disimpan. Ketahui lebih lanjut
Peribadikan pilihan privasi mengikut tapak web
Di bawah tetapan kandungan Chrome, anda boleh mengawal pilihan privasi anda untuk kuki, imej, JavaScript dan pemalam secara tapak demi tapak. Contohnya, anda boleh mewujudkan peraturan kuki untuk secara automatik membolehkan kuki hanya untuk senarai tapak yang anda percayai dan kemudian secara manual mengurus penyekatan kuki dan penetapan untuk semua tapak lain. Ketahui lebih lanjut
Sumber privasi tambahan
Anda boleh memuat turun Kertas Putih Privasi Google Chrome, menyemak Dasar Privasi Google Chrome atau mengetahui lebih lanjut mengenai mengurus tetapan privasi anda dalam Pusat bantuan Chrome.
Pemperibadian
Terdapat banyak cara memperibadikan Chrome dan menjadikannya milik anda. Mudah untuk mengubah tetapan anda dan menambah apl, pelanjutan dan tema dari Kedai Web Chrome.
Apl
Apl dari Kedai Web Chrome menggunakan teknologi web baharu yang berkuasa untuk memberikan anda produktiviti, pendidikan dan pengalaman permainan terbaik, sentiasa dengan satu klik sahaja di Halaman Tab Baharu.
Menambah pengguna baharu
Bagaimana sekiranya anda berkongsi komputer dengan orang lain? Anda tidak mahu penanda halaman, apl dan pelanjutan anda bercampur dengan kepunyaan orang lain dan anda juga tidak mahu bahan Chrome anda disegerakkan dengan semua peranti mereka.
Kini, anda boleh menambahkan pengguna baharu pada Chrome. Apabila anda menambah pengguna baharu, anda boleh menjalani pengalaman Chrome anda sendiri dan setiap seorang boleh log masuk ke Chrome untuk menyegerakkan bahan anda.
Cuma pergi ke Pilihan (Preferences pada Mac), klik “Bahan Peribadi” dan klik “Tambah pengguna baharu”.
Pelanjutan
Pelanjutan ialah alat tersuai yang membolehkan anda melakukan lebih banyak perkara dengan Chrome, seperti mengawal muzik, mengambil tangkapan skrin dan berkongsi tapak dengan rakan, tidak kira di mana jua anda berada di web.
Tema
Mudah untuk menambah sedikit warna pada Chrome. Anda boleh memasang tema yang dicipta oleh artis popular dari Kedai Web Chrome atau anda boleh membuat tema anda sendiri di mychrometheme.com dan mengongsinya dengan rakan.
Log masuk
Melog masuk ke Chrome membawa penanda halaman, sejarah dan tetapan anda yang lain kepada semua komputer anda. Chrome juga log masuk anda secara automatik kepada semua perkhidmatan Google kegemaran anda.
Bawa web anda bersama anda
Sekiranya anda log masuk ke Chrome, penanda halaman, apl, sejarah dan tetapan anda yang lain akan dibawa kepada semua peranti anda (tonton video). Apa jua yang anda kemas kini pada satu peranti akan dikemas kini pada semua tempat lain juga dengan serta-merta dan bahan Chrome anda akan selamat jika sesuatu berlaku terhadap komputer anda. Ini web anda. Bawanya bersama anda. Cuma pergi ke menu Sepana dan pilih “Log masuk ke Chrome…”
Apl
Tambah apl pada satu komputer. Akses apl itu pada semua komputer anda.
Auto isi
Isi borang dengan lebih cepat pada semua komputer anda.
Tema
Warnakan Chrome anda dan bawanya bersama anda.
Kata laluan
Dapatkan semula kata laluan anda yang disimpan pada bila-bila masa anda memerlukannya.
Pelanjutan
Gunakan ciri tersuai anda pada semua komputer anda.
Penanda halaman
Pergi ke tapak kegemaran anda dengan cepat, tidak kira di mana anda berada.


