Tindak Balas Bencana Airbnb
Kami memudahkan hos untuk menawarkan ruang mereka dengan percuma dan berhubung dengan golongan yang memerlukan.
Platform yang Dipercayai
Hos-hos yang memberi diskaun untuk ruang mereka mendapat alat yang sama seperti tempahan biasa. Tetamu akan diwajibkan menghubungi hos melalui sistem mesej Airbnb, dan penyenaraian-penyenaraian yang layak akan dilindungi oleh Jaminan Hos.
* Apabila berlaku musibah, Airbnb akan mengenepikan yuran perkhidmatan dan menyediakan cara mudah untuk hos menawarkan penginapan mereka secara percuma.Idea Ini Daripada Komuniti
Taufan Sandy, NYC, NY
Pada bulan Oktober 2012, Taufan Sandy melanda Caribbean dan Pesisiran Pantai Timur, mengakibatkan beribu-ribu orang kehilangan tempat tinggal.
Seorang hos menyenaraikan ruangnya secara percuma
Shell menyenaraikan ruangnya tanpa sebarang kos dan membuka pintu loteng New York City beliau kepada mereka yang kehilangan tempat tinggal akibat bencana.
Keselesaan di tengah-tengah huru-hara
Mangsa Taufan Sandy mendapat lebih daripada sekadar tempat tinggal di rumah Shell. Mereka mendapat sokongan, keakraban, dan peluang untuk berkhidmat kepada orang lain yang terjejas akibat tragedi tersebut.
1,400 orang hos Airbnb di New York membuka penginapan dan memasak untuk mereka yang hilang tempat tinggal ketika Ribut Taufan Sandy. Setelah mendengar kisah ini, kami rasa hiba, teruja dan komited untuk memudahkan inisiatif mulia ini ke seluruh komuniti kami dan seluruh dunia. Pada tahun 2013 kami melancarkan inisiatif tindak balas bencana yang memudahkan hos-hos Airbnb menyediakan tempat tinggal untuk mereka yang terjejas apabila bencana menimpa.
Semenjak itu, hos-hos telah membuka pintu mereka kepada penduduk yang kehilangan tempat tinggal di seluruh dunia, termasuk di:
- San Diego setelah kebakaran besar
- Serbia, Bosnia, dan Croatia untuk mangsa banjir Balkan
- London, Sardinia, dan Colorado setelah banjir besar melanda wilayah-wilayah ini
- Kefalonia setelah gempa bumi melanda pulau ini
- Toronto dan Atlanta setelah ribut ais yang teruk
- Filipina setelah Taufan Haiyan
Beginilah Caranya
Apabila bencana menimpa, kami boleh mengaktifkan alat tindak balas kami untuk kawasan tertentu. Apabila alat ini diaktifkan:
- Airbnb akan menghantar e-mel secara automatik kepada hos-hos di kawasan yang terjejas, meminta bantuan mereka jika boleh.
- Hos sedia ada dan penduduk tempatan dengan ruang tambahan boleh menjadi hos kepada golongan yang memerlukan secara percuma.
- Semua tempahan Airbnb di kawasan yang terjejas tidak dikenakan yuran
- Semua hos mendapat akses kepada sokongan pelanggan 24/7, alat Kepercayaan & Keselamatan, Jaminan Hos dan perkhidmatan lain yang tersedia kepada hos-hos Airbnb
- Kami menggunakan rangkaian kami untuk memberikan maklumat umum tindak balas bencana kepada tetamu dan hos
Kerjasama
Kerjasama awal dengan pertubuhan bantuan bencana wilayah sebelum bencana berlaku membolehkan kami mencapai audiens yang lebih luas dan membantu lebih ramai orang ketika bencana sebenar. Sebab itulah kami gembira dapat bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan tempatan dan organisasi bantuan bencana untuk membantu komuniti Airbnb dan pihak berkuasa bandar menghadapi kecemasan tempatan. Melalui perkongsian, Airbnb memenuhi komitmen kepada:
- Mengenal pasti dan mengaktifkan hos Airbnb yang komited untuk membuka pintu mereka kepada orang-orang yang terjejas dan pekerja perkhidmatan bencana apabila berlaku kecemasan.
- Menyediakan bahan-bahan pendidikan bencana dan kecemasan kepada hos-hos Airbnb untuk membantu mereka menjadi penduduk tempatan paling bersedia.
- Menggunakan teknologi mudah alih dan web Airbnb untuk memberitahu hos dan tetamu tentang kejadian-kejadian yang sangat berbahaya.
- Memudahkan latihan kecemasan komuniti demi memupuk hos-hos Airbnb sebagai pemimpin terlatih di kawasan kejiranan mereka.
Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut cara Airbnb dapat membantu anda untuk bersedia dan bertindak jika berlaku bencana di komuniti anda, sila hubungi pasukan kami".