Hos Yang Bertanggungjawab
Kami menggalakkan hos memikirkan dengan teliti tanggungjawab mereka. Menjadi hos menawarkan pengalaman yang menarik, tetapi ia menuntut komitmen yang tinggi. Di samping Standard Hospitaliti, berikut ialah beberapa cara menjadi hos yang bertanggungjawab.*
-
Keselamatan
Apa yang boleh dilakukan supaya ruang saya selamat untuk tetamu?
Prosedur-prosedur Kecemasan
-
Maklumat Hubungan:
Berikan nombor-nombor kecemasan tempatan dan hospital yang terdekat. Sediakan nombor telefon kecemasan yang jelas untuk menghubungi anda, berserta nombor alternatif, untuk rujukan mudah tetamu. Pastikan juga anda menjelaskan cara anda patut dihubungi sekiranya tetamu mempunyai sebarang soalan atau sekiranya timbul sebarang isu.
-
Bekalan:
Sediakan kit pertolongan cemas di tempat yang mudah diakses.
-
Pencegahan Kebakaran:
Pastikan anda mempunyai penggera asap dan pengesan karbon monoksida yang berfungsi, dan penginapan anda memenuhi garis panduan keselamatan tempatan (contohnya, Kod Bangunan Antarabangsa). Pastikan anda menyediakan alat pemadam api yang berfungsi dan membuat penyelenggaraan yang sewajarnya.
-
Laluan Keluar:
Pastikan anda telah menandakan laluan kecemasan kebakaran dengan jelas, dan letakkan peta di dalam rumah anda.
Kurangkan Bahaya
-
Privasi:
Berhati-hati dengan privasi tetamu anda. Maklumkan sepenuhnya jika ada kamera keselamatan atau peralatan pengawasan lain pada atau sekitar penyenaraian anda. Pastikan anda arif dan mematuhi undang-undang persekutuan, negeri, dan tempatan.
-
Bilangan penghuni:
Tetapkan had penghunian yang selamat - pihak berkuasa tempatan mungkin ada garis panduan.
-
Akses:
Periksa sekitar rumah anda untuk mengenal pasti kawasan yang tetamu boleh tersadung atau terjatuh dan alihkan atau tandakannya dengan jelas. Sembunyikan wayar yang terdedah. Pastikan tangga selamat dan mempunyai pemegang. Alih atau kunci sebarang objek yang boleh membahayakan tetamu anda.
-
Selamat untuk kanak-kanak:
Pastikan rumah anda selamat untuk kanak-kanak, atau jika tidak, maklumkan tetamu mengenai sebarang perkara yang mengundang bahaya..
-
Suhu penginapan:
Pastikan rumah anda mempunyai pengudaraan yang baik dan pengawal suhu ditandakan dengan jelas dan berfungsi. Pastikan tetamu faham bagaimana menggunakan pemanas dengan selamat.
-
-
Jiran
Bagaimana mahu menjadi bertimbangrasa dengan jiran-jiran saya?
-
Peraturan Bangunan:
Pastikan anda menerangkan peraturan-peraturan umum bangunan anda kepada tetamu. Anda mungkin patut memaklumkan kepada jiran-jiran bahawa anda akan menerima tetamu, dan ingatkan tetamu anda supaya tidak mengganggu jiran-jiran anda (contohnya jangan mengetuk pintu atau menekan loceng rumah mereka meminta tolong membukakan pintu).
-
Merokok:
Jika merokok dilarang di dalam penginapan anda, kami mencadangkan anda meletakkan papan tanda untuk mengingatkan tetamu anda. Jika merokok dibenarkan, pastikan anda menyediakan tempat abu rokok di kawasan-kawasan yang telah ditetapkan.
-
Parkir:
Pastikan anda memaklumkan peraturan meletak kereta bangunan dan kawasan kejiranan kepada tetamu anda.
-
Bunyi Bising:
Ingatkan tetamu anda supaya tidak membuat bising. Anda harus mempertimbangkan sama ada anda patut membenarkan tetamu membawa bayi, haiwan peliharaan, atau mengadakan parti di penginapan anda. Bina polisi berkenaan tetamu menjemput rakan lain ke penginapan anda, dan pastikan tetamu anda jelas mengenai 'polisi parti' anda.
-
Haiwan peliharaan:
Jika anda membenarkan haiwan peliharaan, pastikan tetamu anda maklum mengenai perkara-perkara seperti taman tempatan dan tabiat lazim warga tempatan (contohnya mengutip najis anjing anda). Adakan rancangan sandaran jika haiwan peliharaan tetamu mengganggu jiran anda (seperti nombor telefon hotel haiwan peliharaan terdekat).
-
Peraturan Penginapan:
Untuk mengelakkan kejutan, anda patut memasukkan maklumat di atas ke dalam Peraturan Penginapan profil penyenaraian Airbnb anda.
-
-
Kebenaran
Siapakah saya patut beritahu bahawa saya menjadi hos Airbnb?
-
Kontrak:
Semak peraturan HOA atau Lembaga Co-Op untuk memastikan tiada larangan terhadap subsewa - atau sebarang sekatan lain terhadap pengehosan. Baca perjanjian pajakan anda dan semak dengan tuan tanah jika perlu. Anda boleh menambah rider kepada kontrak untuk menangani kebimbangan pihak ini dan menggariskan tanggungjawab dan liabiliti semua pihak.
-
Teman Sebilik:
Jika anda mempunyai teman serumah, cuba buat perjanjian bertulis dengan teman serumah anda yang menggariskan perkara-perkara seperti berapa kerap anda bercadang menyewakan ruang di penginapan anda, bagaimana mahu memastikan tetamu mematuhi Peraturan Penginapan, dan sama ada anda akan berkongsi pendapatan dengannya, jika anda rasa wajar.
-
Jiran-jiran:
Fikirkan sama ada anda patut memaklumkan jiran-jiran mengenai rancangan anda untuk menjadi hos, dan rancang bagaimana memastikan tetamu-tetamu anda tidak akan menimbulkan gangguan.
-
Penginapan Bersubsidi:
Jika anda tinggal di rumah awam atau subsidi, mungkin ada peraturan-peraturan khas yang anda perlu patuhi. Pengurus perumahan mungkin boleh menjawab tentang ini.
-
-
Undang-undang Am
Undang-undang tempatan apakah yang terpakai untuk saya?
-
Cukai:
Pastikan anda mengkaji keperluan sebarang cukai tempatan atau lesen perniagaan. Ini termasuk cukai hotel/hunian sementara, cukai jualan, dan cukai perolehan lain seperti Cukai Nilai Ditambah (VAT) atau Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), atau cukai pendapatan.
-
Permit atau Pendaftaran:
Pastikan anda kaji sebarang peraturan permit, zon, keselamatan dan kesihatan yang mungkin terlibat. Pihak berkuasa pentadbiran yang mengawal penggunaan dan pembangunan hartanah di kawasan anda mungkin mempunyai maklumat berguna mengenai peraturan-peraturan ini.
-
Kawalan Sewa/Penstabilan Sewa:
Jika anda tinggal di dalam perumahan yang terkawal atau distabilkan, mungkin ada peraturan khas yang anda perlu ikut. Hubungi Lembaga Sewaan tempatan anda untuk bertanya perkara ini.
-
-
Insurans
Insurans apakah yang saya perlukan untuk melindungi rumah saya?
-
Jaminan Hos:
Airbnb menawarkan anda Jaminan Hos, tetapi harap maklum bahawa ia tidak menggantikan insurans pemilik rumah atau penyewa.
-
Perlindungan Asas:
Semak polisi penyewa atau pemilik rumah anda dengan syarikat insurans untuk memastikan anda mempunyai perlindungan yang mencukupi.
-
Liabiliti:
Pastikan anda mempunyai perlindungan liabiliti serta perlindungan harta benda yang mencukupi.
-
Untuk maklumat lanjut mengenai bagaimana Airbnb berfungsi, lawat Soalan Lazim kami.
*Sila ambil perhatian bahawa Airbnb tidak mempunyai kawalan atas tingkah laku Hos dan menafikan semua liabiliti. Kegagalan Hos untuk memenuhi tanggungjawab mereka boleh mengakibatkan penggantungan aktiviti atau penyingkiran daripada tapak web Airbnb.