You are currently browsing the daily archive for 8 July, 2017.
PALSU – AWAS!
Tolong jangan tularkan. Henti pada anda. Hantar balik mesej itu kepada pengirimnya untuk tuntut supaya pengirim itu hantar balik kepada pengirim asal.
Mesej berkaitan kenapa bencana berlaku pada 26hb – dan diberikan petikan kononnya ayat Al Quran dari Juz 26 – sebenarnya itu adalah ayat BIBLE.
Saya menulis ini kembali setelah memaklumkan hal ini sebelum ini kerana masih saya terima mesej yang sama ditular dalam dua grup Whatsapp berasingan hari ini. Saya telah jawab sebelum ini – Mesej Diviralkan Banyak Bencana Berlaku Pada 26hb Kononnya Kerana Ayat Dalam Juz 26 Al Quran
Semasa gempa di Nepal dahulu pun mereka tular mesej palsu yang hampir sama – Gempa Nepal: Kita Sebar Whatsapp Dakyah Kristian?
Ayat kononnya dari Juz 26 itu: “sedikit waktu lagi Aku akan menggoncang kan langit dan bumi, laut dan darat” sebenarnya dari Bible Hagai 2:6.
Begini antara variasi mesej yang kerap di tular. Tolong jangan tular lagi lain kali.
**********************
Kenapa Tsunami di Aceh, Gempa Bumi di serata dunia Selalu Allah jadikan pada tarikh DUA PULUH ENAM HARIBULAN !! Jawapan ini akan buat anda INSAF !!
Assalamu’alaikum…
Satu fakta angka angka yg menarik untuk kita fikirkan :
Tsunami
26-12-2004,
Gempa
26-05-2006
Gempa
26-06-2010
Meletus
26-10-2010
Samarinda, Indonesia
Runtuh
26-09-2013
Taufan Haiyyan diutus Allah SWT untuk menunjukkan kekuasaan Nya kepada seluruh rakyat Filipina yg telah merobohkan “Rumah Nya” di Manila untuk digntikan dgn shopping mall!!
Al-Quran Juzuk ke: 26
Ternyata Cuma 1.5 jam⌚ saja Umur Kita hidup di DUNIA 🌎 ini.
🔎 1 hari akhirat = 1000 tahun dunia
🔎 24 jam akhirat = 1000 tahun dunia
🔎 3 jam akhirat = 125 tahun dunia
🔎 1.5 jam akhirat = 62.5 tahun dunia.
Kerana dunia ni
Tempat kita nak tinggalkan
Itulah tempat kita nak hidup seterusnya
REMINDER INI
Mayat orang Islam yang tidak sembahyang pada 1000
tahun dulu masih diseksa sehingga kini.
_*Muhammadu Rasulullah*_
KUALA TERENGGANU (Berita Harian): Kira-kira 50 orang daripada keturunan Wan Ngah Wan Mohd Ali singgah beraya di kediaman anaknya, Allahyarham Wan Abdul Razak di Kampung Binjai Bongkok, Bukit Payung, Marang, di sini, sempena sambutan Aidilfitri.
Dalam pertemuan mesra itu, mereka mengadakan majlis tahlil yang dipimpin oleh Pegawai Perubatan Kanan, Hospital Kemaman, Dr Mat Noh Karim untuk disedekahkan kepada ahli keluarga yang sudah meninggal dunia.
Seorang ahli keluarga, Karim Omar yang juga Felo Utama Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM), berkata Wan Ngah yang berasal dari Kampung Aur, bandar Kuala Terengganu berpindah ke penempatan di hadapan Masjid Raja Bukit Besar, pada awal 1950-an.
Katanya, beliau yang meninggal dunia pada 1970 adalah adik ipar bekas Menteri Besar Terengganu pada 1940-an, Datuk Jaya Perkasa Da Omar Mahmud.
“Keluarga besarnya kini terdiri daripada lebih 300 orang yang menetap di seluruh negara. Wan Najmi, anak bongsu Wan Ngah, kini berumur lebih 77 tahun, adalah satu-satunya anak yang masih hidup,” katanya.
Isteri Allahyarham Wan Abdul Razak, Atikah Ibrahim, 72, berkata beliau amat gembira dengan kunjungan sanak-saudara yang datang dari jauh dan dekat, untuk bertanya khabar.
“Bayangkan, 12 kereta tiba-tiba muncul serentak di pekarangan rumah dan buat seketika keadaan menjadi riuh-rendah dengan gelak ketawa. Saya pasti rindu saat begini selepas ini,” katanya.
Jumaat, 7 Julai 2017 – 9:38PM






"The Sulaimanian" blog of
Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
Sultan Sulaiman Secondary School, Kuala Terengganu
Selamatkan Warisan Sejarah Trengganu
Save Our Historical Heritage
Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia
Recent Comments