Reunion 2017 – Peringatan kepada sahabat2 batch LCE ’70 dan MCE ’72. Perjumpaan sulung yang dianjurkan … Jom daftar segera!
Tarikh: 14 & 15 April 2017
Tempat : Scout Inn Resort, Kuala Terengganu.
…

Reunion 2017 – Peringatan kepada sahabat2 batch LCE ’70 dan MCE ’72. Perjumpaan sulung yang dianjurkan … Jom daftar segera!
Tarikh: 14 & 15 April 2017
Tempat : Scout Inn Resort, Kuala Terengganu.
…
Titipan Bukhori Abu-bakar
Dukacita dimaklumkan bahawa Mohd Fauzi Ismail, rakan alumni (MCE’72) telah kembali ke rahmatullah akhibat serangan sakit jantung pada hari Isnin 30 Januari 2017 bersamaan 3 Jamadil Awwal 1438H. Jenazahnya telah disemadikan di Kg Undang, Marang, berhampiran kediaman arwah dan keluarga.
Allahyarham Fauzi, 62 tahun, adalah rakan seangkatan di zaman persekolahan di SS. Kami sama2 dibesarkan dalam keluarga polis dan selepas tamat persekolahan sama2 pula menuntut di USM dan graduate dalam tahun yg sama (1980). Arwah kemudian melanjutkan pengajian bidang senibina di UTM, seterusnya membina kerjayanya sebagai seorang arkitek berdaftar yang mempunyai firma dan khidmat rundingan di KT dan KL.
Di kalangan alumni yg menuntut di SS sehingga pertengahan 70an, pasti mengingati arwah Fauzi kerana beliau adalah seorang olahragawan dan ahli sukan yg terbilang ketika itu – jaguh pecut, lompat pagar serta pemain bolasepak, hoki dan ragbi yg handal dan mewakili sekolah dan negeri. Kecemerlangan beliau dalam sukan, terutama dalam bolasepak, diteruskan semasa menuntut di mana beliau mewakili universiti dan kelab bolasepak serta mewakili negeri kelahiran di awal kerjaya beliau.
Arwah Fauzi merupakan seorang jaguh pecut dan ahli pasukan lumba lari 4x100m dan 4x400m sekolah yang terbilang dan tiada tandingan di zaman kecemerlngan sukan dan olahraga SS di tahun2 60an dan 70an.
Selain dari kerjayanya, arwah juga terlibat aktif dalam kerja2 sosial dan pernah memimpin satu pertubuhan koperasi negeri.
Pemergian arwah amatlah dirasai oleh rakan2 sebaya, rakan2 sekerja dan perniagaan kerana arwah terkenal dengan sifat periang dan merendah diri dan mudah berkawan. Kehilangannya lebih2 lagi dirasai ketika kami dan rakan2 seangkatannya sedang merancang untuk menganjurkan satu pertemuan semula (grand reunion) pada pertengahan bulan April ini.
Ucapan takziah untuk seluruh keluarga arwah semoga tabah dalam menghadapi dugaan ini. Semoga Allah mengampun segala dosa dan mencucuri rahmatNya ke atas roh arwah dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah.
Announcement:
23/09/2014 (REMINDER)
Dear Classmates,
Assalamualaikum & Hello,
REUNION SSS 1953 – 1960
Date: 11 October 2014 (Saturday)
Time: 11am – 2pm
Venue: PRIMULA BEACH HOTEL, KUALA TERENGGANU
————————-
We have to confirm the final NUMBER OF ATTENDEES to the Primula “Sales Dept” very soon. As such all those who had previously indicated/affirmed their wish to join the “REUNION” will please REAFFIRM their attendance indicating clearly whether ALONE or WITH COMPANION(S). If with companion(s), how many?
Companions may include spouses, family members, friends, chauffeurs, nursemaids, assistants, etc; all of whom will be included as “members” on equal basis*.
Thank you.
Nik Aziz Kamil Tel 012 3293077
Besar Saaid Talib Tel 013 9212393
Rahimah Musa Tel 013 9413041
Long Rahman Tel 019 9853000
and Majid Ibrahim Tel 013 3604849
*P/S: “on equal basis” means RM65.00 per head as charged by Primula. We will have a collection box placed at the entrance of our Meeting Room.”
Rujukan : : Bil (1) dlm. ALSS/MSAG/1-14
Bertarikh : 20 Februari, 2014
Semua Ahli
Tuan/Puan,
NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE LIMA (5) – ALUMNI SS BAGI SESI 2014.
Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa ALUMNI SS akan mengadakan MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KELIMA BAGI TAHUN 2014 pada SABTU 22 MARCH 2014 mulai jam 2.30 petang bertempat di HOTEL PRINZPARK, KUALA IBAI, KUALA TERENGGANU.
3. Agenda Mesyuarat Agung Kali Pertama adalah sebagaimana berikut :-
3.1. Perlantikan Pengerusi Mesyuarat
3.2. Mengumumkan Jumlah Kuorum Mesyuarat Agung
3.2. Membentangkan Aktiviti ALUMNI SS
3.3. Membentangkan Penyata Kewangan ALUMNI SS
3.4. Usul-Usul (Jika Ada)
3.6. Ucapan tangguhan
4. Sempena Mesyuarat Agung Tahunan diadakan pada tarikh diatas, Urusetia Jawatankuasa Induk Kelab SS78 menjemput dan mempersilakan Dato’/Tengku/Tuan/Puan untuk menyertai sukan persahabatan seperti Golf, Bowling, Dart dan Carrom pada sebelah pagi bermula jam 8.00 pagi. Jemputan dan borang penyertaan adalah sebagaimana kertas lampiran bersama notis panggilan Mesyuarat Agung Tahunan. Jawapan penyertaan hendaklah dimaklumkan kepada pihak Urusetia sebelum 15hb Mac, 2014. Buku Mesyuarat Agung juga akan diedarkan semasa Mesyuarat Agung dijalankan nanti.. Sila hubungi Setiausaha ALUMNI SS iaitu Puan Fadzilah Binti Yasin di H/P : 019-9899181 ATAU Encik Hashim Bin Hj Ibrahim @ chein : 013-9157448.
Sekian, terima kasih
“SATU MATLAMAT SATU SUARA”
Saya yang menurut perintah,
ALUMNI SS
FADZILAH BINTI YASIN
Setiausaha
Kepada semua bekas pelajar SS dijemput hadir Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 2013 Alumni SS:
Tarikh: 10 Ogos 2013 (Sabtu) – Raya ke 3
Masa: 10 pagi – 1 tgh
Tempat: Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
Untuk Maklumat Lanjut:
Fadzilah Yasin: 019-9899181 – FB: Fadzilah Yasin
Ramli Ashari: 019-9344442 – FB: Ramli Ashari
Hashim Ibrahim: 013-9157448 – FB: Hashim Ibrahim
JOM BERSAMA … Terbuka untuk semua bekas pelajar SS tidak kira tahun berapa.
AJK Alumni SS, Hashim Ibrahim turut mohon sumbangan:
Saya bagi pihak PERSATUAN ALUMNI SS memohon bantuan dan sumbangan dari pihak tuan/puan yang berada dalam grup ini agar dapat menyalurkan sedikit sumbangan kewangan sebanyak RM10.00 seorang bagi menjayakan pelbagai aktiviti persatuan dan juga untuk perbelanjaan Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Aidil Adha nanti. Sumbangan tuan/puan bolehlah disalurkan terus ke akaun ‘MAYBANK ISLAMIC’ di no: 563019229857.
Salam semua bekas pelajar SSSS;
Jangan lupa dijemput hadir ke Hi-Tea ALUMNI SS bersama Datuk Presiden (Datuk Hj Mazlan Ngah, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu) pada hari Sabtu 29 Jun, 2013 bermula jam 3.00 hingga 6.00 petang bertempat di The Royale Bintang, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
Bayaran RM80.00 seorang.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Puan Noriah Ashari….Terima kasih
pesanan dari Sdr. Hashim Ibrahim di FB Alumni SS
Recent Comments