Berusaha bersama-sama untuk sentiasa selamat dalam talian
Semua orang bersama-sama bertanggungjawab memastikan web selamat untuk setiap orang. Ketahui perkara yang anda boleh lakukan untuk melindungi diri dan keluarga anda dalam talian.
Untuk semua orang
Ketahui mengenai alat keselamatan Google yang direka untuk membantu anda mengurus keselamatan dan kerahsiaan data peribadi anda.
Untuk keluarga
Bantu keluarga anda membina tabiat keselamatan dalam talian yang baik dengan menggunakan alat daripada Google dan nasihat daripada rakan kongsi keselamatan keluarga kami.
Alat keselamatan
Sediakan alat keselamatan mudah dan dapatkan maklumat lanjut mengenai cara untuk sentiasa selamat apabila menggunakan Gmail, Chrome, YouTube dan produk Google yang lain.
Dapatkan hasil carian yang mesra keluarga dari Carian
Dengan mendayakan SafeSearch, anda boleh menapis kebanyakan kandungan dewasa yang anda atau keluarga anda pilih untuk elakkan. Jika hasil carian yang tidak sesuai terlepas masuk, anda boleh melaporkannya kepada Google. Kami sentiasa berusaha untuk meningkatkan penapis kandungan kami dan maklum balas seperti ini boleh membantu kami menjadikan SafeSearch lebih baik untuk semua orang.
Lawati halaman Tetapan Carian di www.google.com/preference.
Tandai kotak di sebelah "Tapis hasil carian eksplisit".
Tekan butang "simpan" di bahagian bawah halaman.
Anda boleh klik "Kunci SafeSearch" untuk menghalang orang lain daripada menukar tetapan anda. Anda akan diminta memasukkan kata laluan anda.
Semak imbas web secara tertutup
Anda boleh menggunakan Mod Inkognito dalam penyemak imbas Chrome pada komputer, tablet atau telefon anda untuk menyemak imbas web secara tertutup. Dalam Mod Inkognito, halaman yang anda lawati dan fail yang anda muat turun tidak direkodkan dalam sejarah penyemakan imbas atau muat turun Chrome.
Klik menu Chrome pada bar alat penyemak imbas → Klik Tetingkap Inkognito Baharu.
Tetingkap baharu akan dibuka dengan ikon inkognito terletak di penjuru. Untuk keluar, hanya tutup tingkap tersebut.
Hadkan akses kepada apl dan permainan yang diluluskan sahaja.
Ingin berkongsi tablet anda tanpa mengongsi semua bahan anda? Pada tablet Android yang menjalankan versi 4.3 dan yang lebih tinggi, anda boleh membuat profil terhad yang mengehadkan akses yang pengguna lain miliki kepada ciri dan kandungan pada tablet anda.
Jika anda pemilik tablet, sentuh Tetapan → Pengguna → Tambah pengguna atau profil.
Sentuh Profil terhad → Profil baharu, kemudian nama profil.
Gunakan suis HIDUPKAN/MATIKAN dan tetapan untuk mengurus akses kepada ciri, tetapan serta apl.
Tekan butang Kuasa untuk kembali ke skrin kunci, kemudian sentuh ikon profil baharu.
Setelah semua disediakan, skrin Laman Utama menjadi kosong. Sentuh ikon Semua Apl untuk bermula dengan profil baharu.
