Tokwan pun nak ucapkan selamat menjawab soalan peperiksaan SPM kepada cucu semua.
Walau puin tok lambat mengucapkannya. Kerana Tok sibuk sikit hari ini dengan berbagai aktiviti.
Moga berjaya.
Posted in Uncategorized on November 14, 2011 | Leave a Comment »
Tokwan pun nak ucapkan selamat menjawab soalan peperiksaan SPM kepada cucu semua.
Walau puin tok lambat mengucapkannya. Kerana Tok sibuk sikit hari ini dengan berbagai aktiviti.
Moga berjaya.
Posted in cerita tok wan on November 14, 2011 | Leave a Comment »
Tokwan salin dari Group fb NEGARAKU MALAYSIA
Baca dan hayati maknanya.
Telah kami semahkan darah pada batu bersurat,telah kami perahkan limau pada keris wasiat.Sampai masa kami bangkit untuk berjuang.Kami pertahankan bangsa atas nama agama.Sebab wujud bangsa kami kerna membela agama.Bukan sebab bangga kami membela bangsa.Bukan sebab dunia kami membela bangsa.Sebab hakikat kebenaran yang diminta.Sebab kasihkan agama.
Batu bersurat bersemah darah
keris berlangir air pelimau
Sudah tersurat dilipatan sejarah
Waris berbanir diribuan pulau.
Tegak berdiri pertahan agama
Bangkit membela kalam tua
Mudah-mudahan keras azamnya
Menentang ribut angin gelora.
sesetengah orang kadang kadang beranggapan mereka sedang membaca sebuah hiburan di group ini..mereka tidak perasan langsung betapa seriusnya keadaan bangsa kita diasak sekarang ini,di tanah kita sendiri..
sedih,memang sedih..
tegaknya bangsa kita ini adalah utk membela agama.kita semua adalah kubu terakhir agama Allah yg kita cintai ini..hanya dua sahaja bangsa yg benar benar berpegang pada islam sekarang,hanya arab & melayu..
ya,kita semua yg berbangsa melayu ini…
tolonglah ambil sedikit dr group ini,& cubalah berusaha utk memperbaiki status bangsa kita,kalau tidak pada semua,pada dalam diri kita pun cukup lah..ingat lah,kita wujud mesti ada sebab,& mesti ada sebab kenapa islam itu ada pada melayu..& kita perlu tahu asal usul kita,& hanya dari sejarah sahaja panduan kita..
Asal bangsa kami ialah Nabi Adam a.s,manusia pertama.Agama kami ialah Islam. Rumah kaum kerabat kami ialah dari Pasifik,merentasi Asia Tenggara hingga Madagaskar,pantai timur Afrika.Saya pribumi Asia Tenggara.Saya bukan berasal dari Yunnan,Taiwan,India atau dari mana-mana.Asal-usul saya di sini,Asia Tenggara.
-Negaraku Malaysia-
Posted in Uncategorized on November 7, 2011 | 3 Comments »


http://tukartiub.blogspot.com/2011/11/di-kelorok-do-saudi-arabia.html
Apakah maksud Tukar Tiub termasuk Anwar yang memperli ibadat haji ?
Adakah kerana gagal membuktikan pernah pergi haji menjadikan mereka lebih berani hingga ke peringkat menghina ibadat ini ?
Tokwan menggeleng kepala melihat penghinaan pakatan terhadap YAB Perdana Menteri.
Dunia makin rosak. Jangan cucu rosak, merosak atau dirosakkan cukuplah.
Posted in Uncategorized on November 6, 2011 | Leave a Comment »

Tokwan terbayang kat mana kalau tokwan di mekah seperti dalam gambar.
Rasanya tak ternampak dalam jutaan manusia orang sekecil tokwan.
Sempena hari raya aidiladha hari ini mari kita bermaaf maafan.
Dosa kita tetap ada mahu tidak mahu.
Tokwan maafkan semua cucu dan cucu juga maaf jika ada terasa hati dengan tulisan tokwan di sini.
Manusia lemah macam tokwan kena minta maaf.
Mati tidak pasti bila akan datang dan kita memang kena bersedia untuk ‘pergi’.
Makanlah daging korban banyak-banyak hari ini dan jangan takut darah naik. Daging disembelih nama Allah diniatkan keranaNYA tidak akan memberi mudarat.
Percayalah tokwan. Kuasa Allah Maha Hebat.
Sekian,selamat berhariraya. Maaf zahir batin.
Posted in Uncategorized on November 4, 2011 | Leave a Comment »
Tok kesian kepada ayahanda nurul yang nampak kelam kabut nak jawab isu haji beliau.
Katanya dah dua kali.
Tok tak nak persoal tetapi nak tanya tahun berapakah dia tunaikan haji.
Selepas ke sebelum kes liwat?
bila tengok gambar di atas teringat gambar haji Anwar juga pernah menari.
Dengan anak tauke genting highland.
Bapak borek anak rintik betul kan?
Posted in Uncategorized on November 3, 2011 | 1 Comment »
Syukur kepada Allah tokwan dapat melihat wajah muazzin kota suci Mekkah malam ini. Semoga ia memberi satu perkara menarik dalam hidup cucu tokwan untuk hari ini.
Sebarkan di facebook dan twitter cucu semua. Tokwan tak ada fesbok tak reti nak bermukabuku hihihi.