
Dalil-dalil yang melarang

قال اللَّه تعالى: { يا أيها الذين آمنوا كتب عليكم الصيام كما كتب على الذين من قبلكم } إلى قوله تعالى: { شهر رمضان الذي أنزل فيه القرآن هدىً للناس وبينات من الهدى والفرقان، فمن شهد منكم الشهر فليصمه، ومن كان مريضاً أو على سفر فعدة من أيام أخر }
183. Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,
184. (yaitu) dalam beberapa hari yang tertentu. Maka Barangsiapa diantara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), Maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (yaitu): memberi Makan seorang miskin. Barangsiapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, Maka Itulah yang lebih baik baginya. dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. Continue Reading
Hidup ini penuh ujian. Ujian kesenangan atau kesusahan. Ada orang yang lulus ujian kesenangan tapi tidak lulus ujian kesusahan yang dihadapi begitulah juga sebaliknya. Hidup ini memang penuh dengan ujian. Adakah kita lulus ujian tersebut? Diri masing-masing lebih arif tentangnya.
Antara ujian dalam kehidupan ialah hilang harta berharga dan barang penting. Rasanya hampir semua insan pernah merasai pengalaman ini. Persoalannya, apakah perasaan awal yang dirasai ketika mengetahui barang telah hilang? Adakah dihadapi dengan kesabaran atau keluh kesah? Jika sabar maka luluslah ujian, jika keluh kesah maka masih lagi perlu keluarkan diri dari kepompong cinta dunia kepada lingkungan cinta akhirat. Nabi saw beritahu kita bahawa kesabaran yang sebenar adalah sifat yang tercetus ketika awal kejadian. Pengasas Bank Rajihi di Arab Saudi pernah diberitahu melalui telefon bahawa ladang ayamnya yang berjumlah jutaan Riyal Saudi terbakar maka keluarlah dari mulutnya puji-pujian kepada Allah swt. Continue Reading

Di bawah saya telah menterjemahkan satu fatwa berkaitan isu ini.
Kesimpulan mudahnya: Ia adalah dibenarkan, selagi mana ia tidak menjatuhkan maruah anak-anak, dan ia dilakukan sekadar untuk bermain-main dengan anak-anak.
Insya-allah, tiada masalah. Hiburkan anak-anak kita 
Continue Reading
assalammualaikum ustaz.
1.saya berumur 19 thn,dan bakal melahirkan seorang anak luar nikah.namun saya berniat untuk tidak menyerahkan anak itu dlm jagaan org lain,tetapi ayah dan ibu saya berkeras dan memaksa saya untuk menyerahkan kpd org lain,jika saya melawan dan membantah,adakah saya dikira anak derhaka?
2.apakah hukumnya jika anak luar nikah yang dilahirkan oleh saya,tetapi ibu saya meminta untuk menjadi ibu susuan kepada anak saya,dan tidak membenarkan saya menyusukan anak saya?
Jawapan:
Puasa Enam & Beberapa Persoalan Mengenainya
Posted by Abu Anas Madani on 6 Oktober 2008
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على رسوله الأمين، وعلى آله وصحبه أجمعين.
Ibadah puasa adalah suatu amalan mulia yang amat digalakkan oleh Islam. Selain puasa fardhu Ramadhan, umat Islam juga boleh melakukan ibadat puasa sunat di luar bulan Ramadhan. Ada puasa sunat yang bersifat mingguan (seperti berpuasa pada hari isnin dan khamis), puasa bulanan (tiga hari dalam sebulan) dan puasa tahunan (hari Arafah, ‘Asyura’ dan enam hari dalam bulan Syawal).
Puasa adalah satu ibadah yang besar keutamaannya. Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah sallallahu’alaihiwasallam bersabda, Allah subhanahu wata’aala berfirman (dalam hadis Qudsi):
(( كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ لَهُ إِلا الصِّيَامَ؛ فَإِنَّهُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ… وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ )) رواه مسلم.
Maksudnya: “Setiap amal manusia adalah untuk dirinya kecuali puasa, ia adalah untuk-Ku dan Aku memberi ganjaran dengan (amalan puasa itu).” (Rasulullah menjelaskan): “Demi Allah yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, nafas orang yang berpuasa adalah lebih harum di sisi Allah berbanding wangian kasturi.” [Sahih Muslim no: 1151] Selain hadis di atas, terdapat banyak hadis lain yang menerangkan keutamaan puasa sunat.
Abu Said Al-Khudri ra berkata: Rasulullah saw bersabda:
(( مَنْ صَامَ يَوْمًا فِي سَبِيلِ اللهِ بَعَّدَ اللهُ وَجْهَهُ عَنْ النَّارِ سَبْعِينَ خَرِيفًا )) رواه البخاري.
Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa satu hari pada jalan Allah, nescaya Allah swt menjauhkan mukanya dari api neraka selama 70 tahun”. [Sahih Al-Bukhari no: 2840]
Di antara puasa sunat ialah puasa enam hari pada bulan Syawal. Bersempena dengan bulan Syawal ini, artikel ini akan membincangkan tentang puasa sunat ini.
Dalil Puasa Sunat Enam Syawal. Continue Reading