Archive for Mac, 2016
Ku Li Raja Konar Politik
Cuba tengok taklimat yang telah dilaksanakan di Gua Musang.
Terdapat anasir yang tidak sihat cuba mencabar kedudukan Tuanku Sultan Muhammad ke-V.
Berapa kali Istana Kelantan menganggap Ku Li ini sebagai ‘PUOK-PUOK DERHAKA’. Nak apa lagi?
Ku Li dianggap sebagai KEPALA PENDERHAKA.
Apa lagi yang Ku Li mahu?
Nak bertanding lagi di Gua Musang? Rasanya tak lepas.
Nak tuntut kedudukan Sultan? Jauh panggang dari api.
Pilihan yang ada hanyalah main politik bodoh dan nak tunjuk dia masih relevan.
Ku Li sudah tidak relevan. Tak ada tulang belakang. Pemimpin politik yang menjadi kuda kepada orang lain.
Buang masa sahaja layan anak orang biasa yang mengaku raja ini.
Post Mortem Selamatkan Malaysia – Pandan
Habis sahaja perhimpunan Selamatkan Malaysia di Pandan semalam, terus ada pasukan pusat khidmat wakil rakyat Pandan buat post mortem. Post mortem pun banyak group. Kumpulan HQ tak buat post mortem sama dengan Kumpulan Pusat Khidmat Pandan.
Macam-macam yang dimaklumkan. Blog ini hanya buat ringkasan : –
– YB Pandan kecewa kehadiran tak memuaskan
– Jauh meleset daripada target 40k orang
– Tun M tak mampu tarik audience
– Tun M tidak sebut langsung bebaskan Anwar (sudah dimaklumkan Tun MESTI cakap ayat ini)
– Kos tidak dikongsi
– Penganjuran hari kerja jadi punca
– YB Pandan tidak beri khidmat (sebab itu rakyat malas turun)
– Banyak janji YB Pandan belum deliver
Baguslah PKR sudah mula biasakan diri untuk meletakkan Tun di pentas mereka. Tapi arrangement mesti beri mileage kepada PKR. Kalau tak, rugi.
Rafizi selalu ingatkan staff dia, yang penting adalah menarik 5 hingga 10 % mereka yang masih bersama UMNO untuk mengundi pembangkang kali ini.
Perkara itu mesti diusahakan untuk menang dalam PRU akan datang.
Rafizi target untuk menang undi majoriti lebih 35,000 dalam PRU akan datang. Barulah ada gaya sebagai Naib Presiden PKR.
Kalau tanpa jawatan tinggi pun boleh menang 26,729 undi majoriti. Takkanlah dengan bantuan Mahathir tak boleh.
Kumpulan Keris 2314 Mahu Zahid Lebih Berani?
Bila ditanya, ada kemungkinan menang 2/3 kerusi Parlimen. Mereka kata boleh dibuat, dengan beberapa syarat yang mesti UMNO buat seberapa segera.
Nak juga bertanya, apa syarat-syaratnya?
i. Mesti ada peralihan sekurang-kurangnya setahun sebelum PRU. Makna kata, kalau nak PRU tahun 2018, 2017 mesti ada peralihan kuasa.
ii. Zahid mesti dinamakan sebagai PM.
iii. Zahid mesti diberikan hak menentukan siapa TPM (tidak terikat dengan perjanjian yang dibuat sebelum ini).
iv. Ekonomi berada dalam keadaan baik.
v. Tidak ada isu dan skandal besar yang lain.
vi. Mereka yang terlibat dengan 1MDB mesti dibawa ke muka pengadilan.
Grup 2314 ini percaya, kalau kelima-lima syarat ini diterima, maka akan besarlah harapan dan kemungkinan BN menang 2/3 kerusi Parlimen dalam pilihanraya akan datang.
Negeri? Negeri tak penting. Yang kita mahu adalah dua pertiga. Itu lebih utama.
Kita kena puji juga mereka ini, sekurang-kurangnya mereka masih yakin dengan UMNO dan BN. Mereka mahu buat kerja dan yakin kewibawaan Boss merek (Zahid Hamidi) akan mengembalikan kegemilangan UMNO/BN.
Mereka juga kata, Zahid ada “senjata tersembunyi” yang akan hanya diumumkan bila berlaku peralihan kuasa.
Akan ada FEEL GOOD FACTOR, akan ada WOW FACTOR – akan ada usaha meletakkan Zahid sebagai Statesman yang tidak pernah disangka-sangka.
Kita jangan pandang enteng kemampuan Zahid Hamidi. Beliau berjaya survive kemelut Mahathir-Anwar, Pak Lah-Mahathir dan Najib-Mahathir. Master politician. Sangat taktikal dalam gerakan politik.
Cells politik Zahid dikatakan paling aktif pada masa ini. Siap pasang jentera di setiap negeri. Control politik Bahagian yang dahsyat.
Sentiasa call Ketua-Ketua UMNO Bahagian hampir setiap hari.
Kita harap mereka berjaya dengan agenda 2314 ini.
UMNO Selangor dan Kurang Peluru
Apa yang teruk sangat? UMNO Selangor bukan kecil anak. Semua Ketua Bahagian, majoriti lah kita kata, jutawan. Bukan miskin. Takkanlah mereka tak bantu budak-budak Ketua Pemuda.
Selangor ini kurang leader. Yang ada, PM macam tak percaya. PM kena ambil keputusan berani dan tampilkan muka baru di Selangor.
Orang seperti IRMOHIZAM boleh diletakkan sebagai CALON MENTERI BESAR paling wibawa dan dipercayai PMO. Apa salah. Letak sahaja.
Tengok macamana Irmo buat kerja. Bukan macam Noh, sembang lebat, projek rembat.
PMO patut berikan bantuan kewangan maksima kepada Irmo. Bagi dia duit. Bagi dia lebih banyak kedudukan, supaya dia boleh buat kerja dengan lebih baik.
Ini tidak, sikit sangat elaun yang dia dapat.
Kena cari lagi position untuk Irmo. Beri dia peruntukan juta-juta sebulan. Tengok Irmo terbalikkan Kerajaan Azmin Ali.
Cartel Apa Yang Wujud di KBS???
Blog ini konsisten mengatakan, masalah utama negara kita bermula apabila kita ada mediocre menjawat jawatan tinggi di Kementerian dan Negara. Mediocre di peringkat TKSU. Di peringkat KSU. Hinggalah ke peringkat KSP dan KSN.
14hb Mac 2016 – KSN umumkan perlantikan empat orang KSU baru. Dua orang yang terlibat adalah daripada KBS.
Jamil Salleh – pergi ke KPDNKK
Lokman Hakim – jadi KSU KBS
Ada tak logik yang kedua-dua orang ini tak tahu apa yang berlaku dengan Tabung Amanah Sukan Negara? Logik?
Takkanlah KSU/TKSU pergi Opis asyik dengan program Fit Malaysia, sampai lupa dengan apa yang ada di bawah tanggungjawab mereka?
Gagal kenalpasti kelemahan Kementerian pun naik pangkat sampai KSU???
Kumpulan Wang Amanah Sukan ini, pada 2013 sahaja ada RM150,000,000.000. Takkanlah dua KSU/TKSU yang naik pangkat tak perasan?
KSN, kalau ada maruah, TARIK BALIK KENAIKAN PANGKAT KEDUA-DUA ORANG INI, sampai habis siasatan.
Nak songlap macam ini punya banyak, bukan kerja satu dua orang.
Kumpulan Wang Amanah Sukan ini kena approval MoF. Siapa yang approve?
Berapa lagi Tabung Amanah yang kena sakau kita tak tahu.
p/s: SPRM SIASAT SAMA PEJABAT MENTERI!!!
Teruknya RASUAH di Kementerian Belia dan Sukan! Apa Cerita MSN? Apa cerita ISN?
Kementerian mana pun di Malaysia ni, akan ada kartel yang wujud. Tak besar, kecik. Tak kecik, besar. Biasanya kartel ini dari bawah, sehinggalah jejak ke pejabat Menteri.
Menteri KBS kena kerja kuat sikit lah, basmi rasuah. Bukan sahaja dalam KBS, tetapi dalam semua agensi yang ada. MSN? ISN? Bersih?
Bila DAP desak Menteri KBS letak jawatan, itu adalah cabaran. Kita ingat orang muda akan ada perangai baik.
Elok SPRM selongkar semula semua bajet yang ada di KBS.
Fit Malaysia (event) diberi kepada siapa? Bayaran?
Hari Belia Negara (event) diberi kepada siapa? Bayaran?
Yearly budget, perbekalan di dalam MSN tak pernah kurang RM200 juta. Kalau songlap RM10 juta setahun pun mungkin orang tak perasan.
Total bajet KBS untuk 2016 – dekat Rm1 bilion. Kalau tiris macam ini, nampaknya kita boleh agak mengapa sukan kita tak berapa nak mantap.
Takkanlah YB Menteri beri penerangan 3 para, selesai semua isu.
Harap SPRM selidik semua sekali. Alang-alang cari, bio sampai jumpa punca rasuah.
Katanya Pejabat Menteri KBS pun ramai broker.
Itu belum masuk orang kuat DAP yang kerja dengan Menteri.
Tahniah!!!
p/s: kebetulan pula bila isu Guan Eng keluar, KBS kena macam ini. Ada kerjasama dalaman untuk divert isu ke??? Tanya jep.
Hati Hasan Malek Juga Perlu Dijaga?
Yang dia pandai adalah menyusun kedudukan orang tertentu, menyusun projek dan kepentingan perniagaan kepada individu yang dimahukan. Itu dia cekap. Segala benda dan projek di bawah pemantauan Kementerian, memang laju diligan untuk kegunaan sendiri.
Sekarang ini, Hasan Malek sudah dilantik sebagai Duta Kerajaan Malaysia ke Kemboja. Semuanya atas dasar nak menjaga hati dan tidak merajuk.
Sudah-sudahlah tu menjaga hati. Ini tempoh rakyat nak melihat mereka yang mampu dan wibawa dibawa masuk oleh kerajaan di kedudukan strategik.
Jawatan seperti Penasihat PETRONAS, sebagai misal, tidak perlu berkait dengan Bekas Perdana Menteri. Beri mereka yang layak. Yang mampu.
Pak Lah sudah ada MAS, IKIM dan lain-lain. Cukuplah.
Nak perks and benefits apa lagi? Cukuplah tu.
Cukuplah dengan kos besar yang terpaksa MAS tanggung untuk keseronokan Pak Lah dan kaum keluarga. Cukuplah.
Letakkan mereka yang mampu membantu.
Dalam kes PETRONAS, beri kepada seorang yang bijak membantu PETRONAS mengurus kewangan dan mencari peluang baru. Zeti sebagai misal.
Tak ada salahnya.
Atau, gantikan sahaja mantan cyang juga bebal dan tidak menyumbang apa kepada PETRONAS. Mansuhkan jawatan Penasihat. Gantikan Sidek dengan Zeti. PETRONAS akan lebih dihormati.
PETRONAS nak kurangkan Board Members – usaha yang baik.
Maklum Balas Pembaca