Archive for Februari, 2016
c& Politik Solo
Itu sahaja matematiknya. Tak payah panjang.
Bila Bahagian Pagoh sahaja yang berbunyi, itu petanda you memang tak tahu jaga orang bawah. Simple. Bila projek pun you faraid sesama ahli keluarga, maklum adik beradik ada 40 orang, inilah jadinya.
Pelik. Cukup pelik. Tak ada satu Bahagian pun di Johor yang berbunyi selain Pagoh.
Segamat?
Labis?
Ledang?
Muar?
Ayer Hitam?
Batu Pahat?
Kluang?
Mersing?
Kota Tinggi?
Tebrau?
JB?
Gelang Patah?
Pontian?
Sekijang?
Bakri?
Parit Sulong?
Sri Gading?
Simpang Renggam?
Sembrong?
Tenggara?
Pengerang?
Pasir Gudang?
Pulai?
Kulai?
Tanjong Piai?
Mana pergi Ketua-Ketua UMNO Bahagian, Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Naib, Ketua Wanita, KP dan KT? Takkan tak ada sorang pun yang Marzuki dan Nardin jaga dengan elok?
Atau memang Pegawai Muhyiddin bangang dan kaki balun projek sendiri?
Sedih, bila jadi macam ini. Tak seorang pun yang bersama Muhyiddin? Apa kerja Setiausaha Politik sebelum ini? Goyang kaki?
Semua ini menunjukkan Muhyiddin ini memang tidak ada kekuatan. Malah, kalau hari ini kita suruh siapa sahaja lawan Muhyiddin, dia boleh kalah.
Sebab itu, jangan ambil jawatan FREE. Kena lawan. Kena ada kesetiaan.
Bila jadi macam ini, apapun tak guna lagi.
Tak payah la nak tunjuk terer sangat.
Rahman Dahlan Lemah Sebagai Pengarah Strategik – Lantik Nazri Aziz!!!
Masalah dengan pimpinan kita ini, bila seorang yang kuat bercakap dianggap strategik dan pandai. Sedangkan apa yang dia cakap tak membantu parti pun. Tak membantu Presiden pun.
Balik-balik cerita Kementerian. Balik-balik cerita pasal pembaharuan PBT. Apa dia buat untuk parti.
Samalah juga dengan kes Irmohizam (Ketua Strategi UMNO). Apa yang dia buat? Apa yang Irmo bantu gerakan UMNO di Selangor. Masih dengan konsep belia 4B yang sudah lapok.
Rahman Dahlan kena belajar banyak dengan Nazri Aziz. Sekali dia sungkit isu, habis berterabur gigi musuh. Muhyiddin pun tersembam. Shapie Apdal pun tersembam, Habis orang semua tak tahu nak kata apa.
Ini baru strategik. Bukan buat benda-benda bodoh dalam twitter tu.
Apa sahaja yang Rahman berjaya setakat ini? Cuba beri contoh? Ada?
Sembang kosong pun boleh lah.
Rahman ini hanya mengharapkan kuota Sabah sahaja. Selamat kerana kuota. Kalau harap performance, hancur.
Kementerian ke mana. Strategik ke mana. Apa pun tak terbawa.
Majlis Tertinggi Mesti Berani!
Muhyiddin patut ambil masa, cuba tengok balik apa kesilapan yang pernah dia buat dulu-dulu. Pertama, jahanamkan politik Tan Sri Othman Saat di Johor. Bukan setakat ambil jawatan, malah hina Tan Sri dengan sehina-hinanya. Anak-anak Tan Sri pun habis kena rembat oleh Muhyiddin.
Lepas tu mula dekatkan diri dengan Anwar. Kawan. Masuk circle. Bantu duit. Beri macam-macam kepada penggerak politik Anwar. Maka, naiklah Muhyiddin dengan tangannya sentiasa berada di pinggang Anwar.
Sekarang ini Muhyiddin nak tunjuk dia baik dan alim.
Eh, tak ada masalah. Elok pandang diri dan berhenti dengan terhormat. Ambik apa yang dapat. Cukup cukuplah bawak berehat.
Harta Muhyiddin, 13 keturunan pun tak habis makan.
Harta para pegawai Muhyiddin, 3 keturunan pun masih cukup. Termasuklah Marzuki, Nizar, Nardin, Ainon dan segala tok nenek yang ada dalam tu.
Beri Najib cukup masa untuk kembalikan kepercayaan rakyat. Kalau degil, elok sangatlah MT buat keputusan GANTUNG mamat sorang ni.
Jangan bagi dia buat onar. Dia pun bukannya baik sangat.
Mahadzir Khalid kalau jahat, boleh tunjuk senarai tender makanan bermasak/keselamatan dan segala macam lagi yang difaraid sesama sendiri. Belum masuk tender ICT yang sentiasa diberikan kepada menantu.
Esok, MT mesti buat keputusan berani. Gantung dahulu Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden. Berkuatkuasa serta merta.
Retorik Tender Terbuka Azmin Makan Diri
Azmin yang diterangkan mengenai maslahah. Soal kepentingan ummah. Soal PKR mengemukakan pentadbiran yang lebih unggul dan cemerlang. Soal menjaga kebajikan rakyat. Semua Azmin tahu. Semua Azmin dengar. Soal fiqh waqi’. Soal fiqhut taghyir. Semua Azmin faham.
Sebab itu, sebelum menjawat jawatan MB Selangor, Azmin sebenarnya antara orang yang paling galak bercakap pasal open tender dan bagaimana itu akan membantu kerajaan untuk jangka masa panjang.
Azmin juga belasah PM dengan isu tender 4G – yang diberikan kepada syarikat-syarikat kroni seperti Syed Mukhtar dan Packet One.
Soalnya sekarang, kenapa Azmin sendiri pun tak pakai tender terbuka? Kenapa mesti dahulukan syarikat enterprise? Kenapa mesti direct award?
Ini semua Allah nak tunjuk. Jangan cakap benda yang ko sendiri tak buat. Banyak kali Allah pesan dalam Quran.
Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan. QS. Al-Shaff: 3
Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?. QS. Al-Shaf: 2
Sekarang ini Azmin adalah pemimpin PKR paling hipokrit dan tidak kotakan janji. Lebih teruk lagi, katanya Azmin bersekongkol dengan beberapa Ketua UMNO Bahagian di Selangor untuk faraidkan projek. Dahsyat.
Yang beri pun hebat. Yang minta pun hebat. Dengan Najib pun mintak. Dengan Azmin pun mintak. Janji dapat
Azmin Sedia Panah Politik Kepada Guan Eng?
Keputusan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang menamatkan khidmat dua ADUN PKR dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di negeri itu dibantah gara-gara berkecuali dalam usul dibawa ADUN BN pada sidang DUN, tahun lalu.
Free Malaysia Today melaporkan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata perkara itu tidak sepatutnya berlaku dan pihaknya akan mempertahankan tindakan dua ADUN terbabit.
“Biro Politik PKR buat keputusan, kita membantah sebarang tindakan terhadap Adun dan kita akan mempertahankan mereka yang menggunakan DUN untuk memberikan pandangan dan maklum balas.
“Mereka bukan buat fitnah tetapi sebagai ADUN mereka memberikan maklum balas dan pandangan. Perkara ini perlu diraikan dan tidak perlu diambil tindakan,” katanya.
Semalam, Guan Eng dilaporkan menamatkan khidmat dua ADUN PKR, Ong Chin Wen dan Cheah Kah Peng dari GLC negeri itu gara-gara beliau sudah tidak mempunyai keyakinan kedua-duanya dapat berfungsi secara profesional dan berkesan susulan kes di sidang DUN Pulau Pinang, tahun lalu.
Biarkan BASHAH Pilih Team Sendiri
Jangan main politik syok sendiri. Tak mungkin MB baru dapat jalankan amanah dengan berkesan jika Bashah tak mampu ada team sendiri. Jangan kacau strategi dia kalau nak MB baru jadi lebih berkesan. Kena tukar.
Minta maaf cakap, ramai kalangan Exco lama pilihan Mukhriz memang tidak pandai buat kerja. Itu hakikat. Mukhriz lemah dan lembab bukan sebab dia seorang. Tapi kerana team yang dia ada itu lemah dan tidak ada visi.
Nak kekalkan team sama, tapi nak result yang berlainan. Ini bukan strategi, ini nak suruh Bashah mati berdiri.
Bagi chance Bashah pilih team dia. Lantaklah kalau Bashah nak letak orang yang dah tua dan berumur pun. Janji pandai buat kerja.
Exco lama macam Sabrina, Suraya, Rawi, Tajul – semuanya tidak ada idea. Ada yang ikut cakap laki. Ada yang ikut cakap bini. Kalau suruh maintain, jangan harap Bashah nak dapat keputusan lebih baik.
Tak payah lah orang lain nak masuk campur. Bashah patut diberikan peluang dan kebebasan untuk pilih team dia.
Maklum Balas Pembaca