PEMILIK BLOG - Reena Sidek

Hai, Selamat datang ke blog Reena Sidek.. Untuk sebarang servis pengiklanan, review atau gift boleh emailkan saya di [email protected]

author

Webfilm Cooking Hustle TNB CNY2017 Penuh Dengan Mesej Keharmonian

Leave a Comment

Webfilm Cooking Hustle TNB CNY2017 Penuh Dengan Mesej Keharmonian


Korang ada tengok tak iklan TNB semperna Chinese New Year 2017 yang bertajuk Cooking Hustle... Sebelum tu aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru Cina buat warga Malaysia yang menyambut CNY... Ok berbalik kepada iklan TNB, iklan ni kalau korang tengok memang ada unsur jenaka. Berkisahkan 3 orang menantu yang akan memasak dengan menggukan macam-macam skil, kemudian akan di hidangan kepada ibu mertua mereka.. Apa kata korang tonton dulu video iklan TNB ni..


Dah tengok... Apa yang korang paham tentang iklan Cooking Hustle ni? bukan sekedar lawak jenaka je kan, ada yang ingin di sampaikan TNB di dalam iklan ni untuk semua rakyat Malaysia. Aku akan huraikan apa yang aku faham dengan iklan ni..

Dalam iklan Cooking Hustle ni, semua ahli keluarga berkumpul dan 3 orang menantu perempuan di bagi tugasan untuk menyediakan juadah untuk Chinese New Year. Dengan kebolehan yang ada, masing-masing berusaha menunjukkan kepakaran cooking hustle supaya Maharani (ibu mertua) suka dengan masakan mereka. Apabila makanan telah siap di masak, kemudian di hidangkan kepada Maharani untuk di adili tapi malangkan makanan yang di masak ketiga-tiga menantu tidak menepati citarasa Maharani.. Huhuhu.. Nasib baik ada Maharaja (bapa mertua) yang bijaksana, dengan menggabungkan ketiga-tiga masakan menantu dan menjadi satu hidangan je. Keajaiban berlaku dan makanan tersebut menjadi lazat dan menggembirakan Maharani dan semua ahli keluarga... Happy ending.. Korang nampak tak moral of the story cerita ni..

Antara moral yang di ceritakan dalam iklan Cooking Hustle ni ialah :

  • Di tekankan bahawa Tahun Baru Cini adalah masa keluarga mengetepikan segala perbezaan dan merapatkan semula ikatan. 
  • Ketika ahli keluarga yang hadir adalah lebih penting daripada apa yang d hidangkan di atas meja. 
  • Sikap masing-masing mungkin menjadi punca pertelagahan di musim perayaan , apatah lagi dalam keluarga yang ramai. Sepatutnya perbezaan dirai bukan di ketepikan.
  • Seperti hidangan tahun baru yang beraneka jenis saiz, rasa dan rupa., begitulah juga ahli keluarga kita.
  • Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
  • Kebahagiaan tercipta apabila kita semua bersatu hati dan mesra antara satu sama lain.


Table Of Harmony

Kalau korang dah pergi ke website Table Of Harmony korang boleh join Mystery Dish.. dan mengetahui apa hidangan misteri korang... Cara nak join Mystery Dish ni senang je :

Mula-kula korang masuk website ni https://betterbrighter.my/tableofharmony

Webfilm Cooking Hustle TNB CNY2017 Penuh Dengan Mesej Keharmonian

Klik UNVEIL MYSTERY DISHES

Kemudian Klik DISCOVER WHAT MYSTERY DISH YOU ARE AND JOIN THE TABLE

Webfilm Cooking Hustle TNB CNY2017 Penuh Dengan Mesej Keharmonian

Jawab soalan yang di berikan berdasarkan pesonaliti korang.. Pilih A, B, C atau D

Webfilm Cooking Hustle TNB CNY2017 Penuh Dengan Mesej Keharmonian

Jeng.. jeng.. jeng....Mystery Dish aku ialah Burnt Skin Chicken...

Aku dah rungkaikan Mystery Dish aku, korang? Apa tunggu lagi, jom la rungkaikan Mystery Dish korang.. Senang dan mudah je... Ikut langkah-langkah di atas... 

Korang juga boleh layari media sosial di bawah untuk maklumat lebih lanjut :

💻 Website : https://betterbrighter.my/
Read More

Antara Menu Sarapan Pagi Yang Mendorong Kenaikkan Berat Badan

Leave a Comment
Antara Menu Sarapan Pagi Yang Mendorong Kenaikkan Berat Badan

Antara Menu Sarapan Pagi Yang Mendorong Kenaikkan Berat Badan

Sarapan adalah waktu makan yang penting sebab sarapan membekalkan tenaga dan nutrisi yang tubuh anda perlukan. Ramai yang tidak mengambil sarapan kerana terlalu sibuk dan takut menjadi gemuk. Walhalnya dengan pengambil menu sarapan yang betul ia mampu menjadi anda lebih produktif dan cergas.

Namun begitu, ada beberapa menu sarapan yang sebenarnya mampu menyebabkan kita naik berat badan antaranya ialah:

1. Secangkir Kopi
  • Kopi mengandungi kafein dan dianggap sebagai menu sarapan yang tepat kerana kafein sangat berguna untuk mendorong hormone adrenal dalam tubuh. Namun begitu, dengan hanya meminum kopi sebagai menu sarapan ia bisa memperlambatkan peningkatan metabolism dalam tubuh.

2. Kuih – Muih
  • Sesetengah orang memilih untuk makan kuih – muih sebagai menu sarapan, tetapi tanpa mereka sedar, kuih sebenarnya mengandungi kandungan gula dan tepung yang akan menaikkan berat badan anda secara perlahan. 

3. Roti
  • Roti, terutamanya roti putih mengadungi kandungan tepung yang tinggi dan ia bukanlah makanan ideal untuk sarapan kerana roti mempunyai kalori serta gluten tinggi yang mampu menganggu kesihatan pencernaan sekali gus membuat berat badan anda naik.

4. Bijiran Keemasan
  • Bijiran atau pun sereal keemasan mengandungi gula buatan yang sangat tinggi. Rasanya memang enak lebih – lebih bila dimakan dengan susu namun tanpa kita sedar menu ini mampu membuat berat badan anda bertambah.

5. Nasi 
  • Sudah menjadi makanan ruji bagi orang Malaysia malah ada yang tidak selesa jika tidak mengambil nasi sehari suntuk. Nasi tidak sesuai menjadi menu sarapan kerana ia mengandungi kaborhidrat yang tinggi dan sekaligus memperlambatkan proses pencernaan. 

Semua senarai menu pagi di atas merupakan makanan kegemaran rakyat Malaysia.. Tapi bukan sahaja sarapan pagi je punca berat badan naik tapi rutin makanan harian iaitu apa yang di makan setiap masa.. Kalau pagi dan ambil makanan berat, tengah hari dan makan malam harus kawal apa yang di makan.. 
Read More

Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin

Leave a Comment
Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin Terasa macam lama sangat tak buat giveaway kat blog. Beberapa minggu lepas, mummy buat giveaway di facebook je. Meraikan sahabat facebook pula katanya. Okey lah, berbalik pada Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin. Seperti biasa, syaratnya mudah sahaja. Jom join ramai-ramai !

Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin



GIVEAWAY TUDUNG BAWAL BERSAMA AZLINDA ALIN

Syarat - syarat Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin

1. Buat satu entri blog yang bertajuk Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin
2. Tinggalkan URL entri anda di ruangan komen entri ini.
3. Follow blog , G+ dan subscribe YouTube
4. Giveaway ini berlangsung dari 19 Januari 2017 - 31 Januari 2017

3 warna tudung bawal akan diberikan pada 3 pemenang (pemilihan warna secara rawak). Warnanya ialah pink, oren dan kelabu.

Keputusan pemenang pula akan di umumkan pada bila-bila masa selepas tarikh tutup.

Untuk memudahkan info, boleh add mummy dalam bloglist. Senang nak tahu info bila mummy update pemenang Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin

GIVEAWAY TUDUNG BAWAL BERSAMA AZLINDA ALIN

Ini contoh tudung bawal mummy warna biru dan hitam. Material tak panas, mudah pakai, mudah gosok dan mudah bentuk juga

GIVEAWAY TUDUNG BAWAL BERSAMA AZLINDA ALIN




Read More

OST Sayang Papa Saya Tak

1 comment

OST Sayang Papa Saya Tak



Aku kini terjebak dengan drama Sayang Papa Saya Tak. Drama ni memang mampu menceriakan aku.. Ost drama ni pun best, sedap telinga ni nak layan... jom kita layan OST dia.. 

LIRIK LAGU GIRL - DAFI (OST SAYANG PAPA SAYA TAK)

Jika cinta kau guna mata
Mungkin nanti kau kan pilih dirinya
Jika cinta kau guna hati
Mungkin kita kan kekal lama lagi
Lebih jauh-jauh lagi
Lebih besar-besar dari
Semua yang pernah kau miliki

Girl, kata ku jangan kau keliru
Entah siapa yang kau mahu
Pilih mana satu
Dia atau aku
Dan kau berdiam tak tahu

Girl, mana satu yang engkau mahu
Siapa ada di hatimu
Pilih mana satu
Dia atau aku
Jangan kau berdiam

Kata mengata di kata-kata
Ngada mengada dia ada ada

Jika engkau aku miliki
Pasti aku cinta kau lebih lagi
Lebih jauh-jauh lagi
Lebih besar-besar dari
Semua yang pernah kau miliki

Girl, kata ku jangan kau keliru
Entah siapa yang kau mahu
Pilih mana satu
Dia atau aku
Dan kau berdiam tak tahu

Girl, mana satu yang engkau mahu
Siapa ada di hatimu
Pilih mana satu
Dia atau aku
Jangan kau berdiam

Biar keputusannya
Apa kesudahannya
Biar semua dari hati

Tiada lebih makna
Dari ucapan cinta
Ikhlas biar dari hati

Girl, kata ku jangan kau keliru
Entah siapa yang kau mahu
Pilih mana satu
Dia atau aku
Dan kau berdiam tak tahu

Girl, mana satu yang engkau mahu
Siapa ada di hatimu
Pilih mana satu
Dia atau aku
Jangan kau berdiam

Kata mengata di kata-kata
Ngada mengada dia ada ada

Tajuk Lagu : Girl
Penyanyi : Dafi
Lirik & Komposer : Omar K / Azhael / Ezra Kong
Terbitan : Lol Entertainment Sdn Bhd
Edaran : Indigital Sdn Bhd

Lagu tema drama Sayang Papa Saya Tak? dinyanyikan oleh Dafi dengan single terbarunya berjudul 'Girl'. Lagu tersebut adalah ciptaan Hael Hussaini, Ezra Kong dan Omar K. Info lanjut drama klik disini.

 
Read More
Previous PostCatatan Lama Laman utama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...