Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email
WELCOME TO MY BLOG
"Interest is the most important things in life
happiness is temporary,but interest is continuous"
GEORGIA O'KEFFE
L.O.V.E
"I am happy to be alive
as long as I can paint"
FRIDA KAHLO
PASSION
"I've been absolutely terrified every moment of my life
and I never let it keep me from doing single thing I wanted to do"
GEORGIA O'KEFFE
INSPIRATION
"To be an artist
you need to exist in a world of silence"
Louise Bourgeois
>

Sunday, 15 January 2017

Idea Sketch

Ummul Azkee


IDEA, SKETCH DAN IMAGINASI


        Waktu sekarang menunjukkan 12.21am, dan UA in mood untuk menulis di sini. Waktu malam dan sunyi adalah waktu paling UA suka untuk menulis di blog, tiada gangguan dan lebih tenang nak menyusun ayat.

        Ok, insyallah tahun ini UA azam mahu perbaiki skill melukis, lebih banyak bereksperimen dan lebih kreatif dalam penghasilan sesuatu artwork. Sejujurnya UA suka melukis sesuatu yang real atau dalam definisi seni dipanggil realism ataupun still life (boleh google untuk lebih memahami) lukisan yang kita hasilkan dengan lihat secara terus atau melalui photography. Penghasilan lukisan sebegini sebenarnya bukan sesuatu yang mudah. Ia memerlukan sepenuh tumpuan, memakan masa dan juga memerlukan penglihatan yang tajam. Sangat mencabar tapi menyeronokkan. 

      UA bukan sudah tidak berminat dengan lukisan realism, tapi cuma ingin lebih kreatif dalam penghasilan artwork kerana artwork yang kreatif  lebih memberi impak. Bagi UA menghasilkan sesuatu yang mememerlukan daya pemikiran dan imaginasi yang tersendiri itu menjadikan sesuatu lukisan itu bermakna dengan cerita tersendiri dan ia membuatkan kita berfikir di luar kotak.


      Setelah puas mengelamun dan mencari idea untuk sketch pertama di tahun 2017, UA mulakan dengan lakaran menggunakan pensil terlebih dahulu,selepas itu menggunakan pen.




        Kemudian baru UA teruskan dengan warna dan akhir sekali masukkan detail pada sketch ini.
Sketch ada bermacam sketch, ada sketch untuk latihan skill melukis yang fokus pada bentuk dan garisan dan ada juga untuk proses penghasilan Idea.
 Untuk sketch yang UA buat kali ini adalah sketch untuk penghasilan idea, teknik (cara)dan medium (bahan/warna) bagi UA. 
     Dalam sketch ini UA gunakan drawing pen, watercolours dan juga connector pen dari Faber- Castell. Penggunaan lebih dari satu medium pada sesuatu lukisan disebut Mix Media.





     Setelah beberapa hari penghasilan sketch ini sedikit demi sedikit &idea yang datang secara tiba-tiba, membuah kan hasil lukisan diatas. Harap perkongsian ini memberi sedikit ilmu tentang dunia seni. Kalau mahu lihat proses lukisan UA ini berserta beberapa video boleh lihat di instagram UA di@ummulazkeearts .
   Moga bermanfaat dan pada yang minat melukis boleh mencuba-cuba. Jangan takut mencuba kerana melukis merupakan salah satu cara untu kita ekspresi diri kita sendiri.

   Sekian. Selamat Malam.

Tuesday, 10 January 2017

FemMist beri keselesaan sepanjang hari

Ummul Azkee


FemMist | Penjagaan khas untuk wanita





     Hai! Selamat pagi semua. Moga ceria sepanjang hari ini hendaknya. Mesti waktu begini semua tengah sibuk ke office atau bagi suri rumah macam UA ni sedang mengemas rumah ataupun memasak kan. Pagi ini UA saja nak berkongsi produk yang UA gunakan setiap hari untuk keselesaan diri sendiri, FemMist!

    FemMist ini sebenarnya adalah produk penjagaan bahagian intim wanita yang mudah digunakan tanpa perlu kita kerap ke tandas. FemMist ini adalah salah satu produk dari Furley Bioextract yang mengeluarkan produk berasaskan pati manggis. Pada yang pernah baca entri sebelum ini mesti tahu tentang minuman kesihatan berasaskan manggis, Ostania Mangosteen  Amrita yang UA ceritakan itu.




    FemMist ini ada produk semulajadi yang selamat digunakan. Ia berasaskan ekstrak maggis dan manjakani yang bertindak melawan jangkitan bakteria, fungus , keputihan dan menganjalkan kulit. Ia dirumus khas untuk memberi kesan pantas dan kesegaran berpanjangan. Dengan penyerapan yang tinggi kerana ia digunakan tanpa perlu membilas dengan air  yang sangat membantu untuk wanita kekal kering dan segar sepanjang hari lebih-lebih bagi wanita yang lasak dan sibuk sepanjang hari.





     Didatangkan dengan botol kecil berbentuk spray dan ringan memudahkan penyimpanan dan penggunaan untuk wanita. Mudah di bawa kemana, walaupun dalam handbeg yang kecil. UA sendiri sentiasa bawa FemMist kemana sahaja bagi menjaga keselesaan dan kebersihan sepanjang hari. Produk ini sangat lah berguna pada UA kerana memberi keselesaan dan ia boleh digunakan 3kali setiap hari. 




   Pada yang berminat untuk mencuba boleh dapatkan secara online di laman web rasmi Furley Bioextract di furleybio store .Dan istimewa buat pembaca blog ini yang ingin membeli FemMist boleh dapatkan diskaun RM10 dengan menggunakan coupun code FBIO-1NS semasa cheout pun pengesahan pembelian.

    Maklumat lanjut mengenai produk lain boleh juga kunjungi laman sosial Furly Bioextract di FACEBOOK ,INSTAGRAM dan juga TWITTER.

    

Januari & Cerita Mengubah hidup

Ummul Azkee

Di Januari



   Hai,semua. UA berentri lagi buat kali kedua di bulan januari kali ini. Ok kali ni nak bercerita pasal Januari jer tau! Biasanya semua orang excited dan bersemangat di bulan januari ini kan. UA pun excited juga. Harapannya nak mulakan hidup baru, semangat baru, impian baru, wishlist baru, manusia yang baru,semuanya baru lah, maklumlah awal tahu, semangat pun berkobar-kobar semacam kan? betul tak?





   Tak salah pun semua tu kan, nak jadi manusia yang lebih baik, sebab kalau kita mahu kan perubahan dalam hidup, nak majukan diri, nak jadikan diri lebih baik, kan itu bagus! Dari tiada perubahan atau tak mahukan perubahan yang lebih baik dari tahun ke tahun, Walaupun setiap perancangan itu atas ketentuan Dia, dan mungkin banyak dugaannya. Kadangkala juga apa yang kita rancangkan tak berjalan seperti yang kita mahukan. Tapi niat kita mahukan perubahan itu pun sudah cukup baik kan? Jadi mari jalan terus, jangan menoleh kebelakang. Terus positif dan usaha lebih lagi di tahun baru ini.

ORANG BARU DAN MEMBINA KEHIDUPAN BARU


  Bercerita bab bulan januari kali ini ada dua banyak  perkara baru yang UA dapat .hihi. Yang pertamanya seronok nak cerita yang UA baru dapat anak buah baru semalam. Anak buah kedua UA, anak adik perempuan kedua UA. Seronok rasanya bila ada orang baru dalam hidup walaupun bukan anak sendiri. Anak buah pun mesti lah anggap anak sendiri kan.




   Dan yang kedua nya insyallah dalam akhir bulan ini akan dapat adik ipar baru, bertambah besar keluarga kami, dan insyallah juga adik perempuan kelima akan melahirkan baby pertama bulan tiga nanti. Tiga orang baru dalam hidup UA tahun ini , happy tak terkata, terutamanya bab baby tu, Seronok dia lain sebab dah lama tak merasa ada baby dalam keluarga. hihi..




IMPIAN DAN FOKUS DI TAHUN 2017





  Dan buat diri sendiri pula, UA akan usahakan setiap impian dan sasaran UA di tahun ini terutamanya dalam bidang seni lukis. Impian yang UA impikan sejak dari kecil, mahu terus hidup dengan berus, kanvas dan warna. Dan pastinya UA mahu ke satu tahap yang lebih tinggi, lebih baik.


  Yang pastinya semua perubahan ini bukan hanya untuk diri sendiri, ini untuk anak-anak, suami dan keluarga. Insyallah UA akan usaha sedaya mungkin untuk lakukan perubahan dalam hidup, dengan cara yang UA mahukan. Yang mungkin ada orang yang takkan faham. Apapun jalan yang dipilih, yang pastinya ia takkan mudah. Perlu usaha, usaha dan usaha.

  Moga segala impian dimakbulkanya. Moga-moga impian ini lebih menyedarkan UA yang segalanya berlaku dengan ketentuannya jadi perkara yang sentiasa perlu diingati adalah jaga hubungan dengan Dia, mohon kekuatan dari Dia, minta pada Dia. Insyallah segala yang diimpikan akan dimakbulkanNya. Amin.





Monday, 9 January 2017

Rancang percutian 2017 bersama Air Asia di Traveloka.

Ummul Azkee

 Rancang percutian paling murah di Traveloka bersama Air Asia
 

     






Hai! Selamat tahun baru 2017 semua! 2016 sudah melabuhkan tirainya, pastinya banyak momen indah kita lalui tahun lalu, yang kurang indah pasti ada, tapi yang kita mahu ingat pastinya yang indah-indah belaka kan? Ada bermacam cara kita boleh lakukan untuk mencipta momen gembira buat diri sendiri mahupun bersama keluarga kn? Salah satu caranya adalah dengan pergi bercuti, betul tak? UA pasti semua orang mesti suka pergi bercuti, pergi makan angin tempat di negara bermusim sejuk, bergembira dengan keluarga.Siapalah tak suka kan?



cantiknya jepun.destinasi impian UA ni.. google image.


  UA pun suka kalau ada peluang pun teringin juga pergi bercuti,rehatkan minda dari reality life yang sibuk yang kadang-kadang buat kita stress. Naik flight,melawat tempat menarik, mesti seronok kan?

  Permulaan bagi tahun 2017 ini antara perkara dalam wishlist UA adalah pergi bercuti ke destinasi impian UA dengan keluarga, tapi dalam fikir penuh tanda tanya, berapa kos bercuti? berapa harga tiket penerbangan? Di mana nak cari tiket dengan harga yang murah dan menepati bajet? Ramai yang bagi pendapat kalau nak pergi bercuti lebih elok buat perancangan awal.

    Dalam tengah sibuk nak survey segalanya, ada seorang kawan ni dia cadangkan UA ke laman web traveloka . Katanya di situ ada macam-macam promosi diskaun bagi tiket penerbangan dan juga penginapan hotel dan kita boleh booking tiket penerbangan dan penginapan tarikh yang kita mahukan.





   Selain dari itu, kawan-kawan dan saudara mara berceritalah dengan UA tentang penerbangan yang paling berbaloi untuk di pilih di Traveloka. Mereka ni nasihat panjang lebar lah katanya kalau nak " the cheapest flights and save money" Air Asia lah pilihan yang paling tepat. Masa itu dengar je segalanya, sebab tak tahu apa tentang Air Asia, tapi setelah UA dengar pengalaman mereka dan cari maklumat dengan lebih teliti, tak dinafikan Asia Asia sememangnya pilihan yang terbaik. Nak tahu kenapa boleh baca di bawah.







5 sebab kenapa Air Asia pilihan yang terbaik untuk penerbangan destinasi percutian


1. Tawarkan harga tiket paling murah

Sebab utama Air Asia jadi pilihan UA adalah kerana mereka menawarkan harga tiket penerbangan paling murah.Setelah survey, memang Air Asia menawarkan harga tiket yang sangat murah. Ini memang tidak boleh dinafikan lagi kerana kini terdapat pelbagai lapisan masyarakat yang memilih Asia Asia untuk percutian mereka. Bertepatan dengan tagline Air Asia "Everyone can fly".
Walaupun terkenal dengan syarikat penerbangan tambang murah, Air Asia sering juga menawarkan harga yang lebih rendah dengan promosi dan pakej penerbangan yang menarik yang mana menjadi antara sebab Air Asia menjadi pilihan traveller untuk mendapatkan tiket penerbangan termurah.






2. Tempat duduk Premium yang sangat Selasa

    AirAsia are the cheapest flight with maximum comfort . nak tahu kenapa? Mari nak cerita.Pada UA bab tempat duduk ni yang paling  penting! Dengan penerbangan dalam masa yang panjang, UA paling titikberatkan keselesaan sebab sebagai ibu beranak dua ini, kalau pergi bercuti memang meletihkan juga dengan drama dua puteri ini. Jadi keselesaan itu paling penting! Mula-mula fikir juga tempat duduk premium tu macam mana ya. Lepas kaji baru tahu yang tempat duduk premium ni dalam satu penerbangan itu hanya ada 12 kerusi sahaja yang hanya tersedia untuk penerbangan Air Asia X. Dengan hanya 12 kerusi, jadi tak ada lah sesak dan padat kan? tempat duduk kita lebih luas dan selesa! dan kerusi juga boleh direbahkan seperti katil, jadi memang sangat selesa, tak adalah duduk tersengguk-sengguk masa tidur. Dan Tempat duduk ni juga dilengkapi dengan skrin privasi, penyandar kepala dan kaki boleh laras, bantal serta duvet. Jadi berbaloi kalau pilih Air Asia, murah lepas itu selesa!

google image


3. Hidangan makanan yang menarik

   Cerita bab makan ni boleh jadi lapar. Nak tahu kenapa sebab masa UA tengah survey untuk booking rupanya Air Asia kan ada pre-booking untuk hidangan makanan sekali. Senangnya hidup pilih je nak makan apa atas flight nanti. Kalau anda tekak melayu, tekak orang asia jangan risau semua hidangan makanan ASEAN favourite orang Malaysia semua ada, antara senarai hidangan yang di sediakan Air Asia adalah Nasi Lemak Pak Naseer, Biryani Ayam Masal Ashok, Ayam Berinti Southwest, Pai Shepherd, Nasi Dagang, Pasta Sayuran.
Pada peminat masakan mamak tak perlulah risau sebab ada juga pilihan menu Mi Goreng Mamak Kamal dan juga Teh tarik. Menarik kan? Jadi jangan bagi alasan tak nak travel sebab makanan flight tak best ya!






4. Kepelbagaian Laluan penerbangan

   Hajat UA ingin travel ke destinasi impian di serata dunia bakal jadi kenyataan insyallah, dengan Air Asia yang  menawarkan penerbangan paling murah dalam abad ini,Haruslah UA rancang percutian setiap tahun kerana kini Air Asia sudah menawarkan penerbangan sehingga lebih 20 destinasi di seluruh Asia, selain dari melakukan penerbangan domestik seperti Tokyo, Beijing, Busan, Sydney, Gold Coast, New Zealand, dan banyak lagi. banyak pilihan laluan penerbangan yang disediakan oleh Air Asia boleh kita pilih.
Tak pernah lagi UA pergi travel overseas, pada yang belum macam UA ni moh lah kita rancang percutian setiap tahun, Mesti seronok! tiket pun murah dengan Air Asia kan. Jangan lepaskan peluang, Rugi tak pergi tengok tempat orang kan.






5. BIG POINT

   Zaman sekarang memang trend kumpul points/mata ganjaran. Di mana sahaja pasti ada konsep beli dan kumpul mata, di pasaraya besar pun ada. Air Asia pun tak terkecuali menggunakan konsep points ini. Tapi yang menarik dengan Big points yang diperkenalkan Air Asia ini dengan setiap pembelian tiket flight kita akan dapat points dan sebagai ganjaran kita boleh menebus tiket penerbangan percuma ke destinasi pilihan kita di seluruh Asia. Best kan? Tak dapat barang tapi tiket penerbangan tau! Boleh sambung travel lagi. Dan prosedur tebus points pun sangat mudah, boleh buat secara online pada bila-bila masa.






  Jadi dah tahu di mana nak dapatkan pakej percutian paling murah dan berbaloi kan? Jangan lupa ke laman web traveloka. Rancang percutian kita dari sekarang dan buat pilihan penerbangan percutian yang terbaik dengan Air Asia, banyak kelebihannya!

   













 

Monday, 12 December 2016

Dua barangan pilihan Ua dalam box of joy

Ummul Azkee


Dua barangan pilihan hati dalam box of joy




Jadi entri kali ini,UA ingin kongsikan dua favourite item dalam box of joy yang UA rasakan sangat menarik hati iaitu  pertamanya SanDisk Ultra Dual OTG (on  the go) Drive 3.0 64GB yang sangat comel dan sangat berguna untuk blogger seperti UA.

   




       Yang bestnya dengan barang ini ia boleh digunakan pada android,smartphone dan tablet. Ia memudahkan kita move dan share files atau tranfer gambar/lagu dari smartphone terus ke drive 
ini,dan juga boleh gunakan pada dekstop atau laptop.

   SanDisk Utra dual drive Otg ini sangat berguna buat para pemilik smartphone,tablet dan pengguna android kerana dengan satu saat mereka boleh  free up space pada gajet tanpa perlu tranfer pada laptop/ desktop terlebih dahulu. Sememangnya berguna pada UA sebagai blogger kerana selalu menggunakan smartphone untuk capture gambar di entri blog sehinggakan selalu  full space dan memerlukan UA untuk tranfer gambar pada laptop untuk edit gambar tersebut. Dengan adanya SanDisk Ultra Dual Otg ini memang memudahkan kerja UA. 

  SanDisk ini ada dijual di laman web Lazada. Jadi kalau berminat untuk dapatkannya boleh klik link SanDisk untuk pembelian.


   Barang kedua yang menarik hati UA dalam kotak misteri, Box Of Joy adalah White Coffee, Perasa Pandan dalam tin yang cantik. First time UA tahu tentang perasa ni. Mula-mula rasa pelik tapi sebab UA memang sukakan White Coffee, UA tertarik hati untuk mencuba. dan rasanya memang sedap. Minum panas-panas pun sedap, sejuk-sejuk pun lagi sedap. Memang terbaik rasa dia, setiap pagi UA mesti minum white coffee ini. Kalau terasa nak cuba boleh je beli di Lazada,lebih mudah boleh klik di link white coffee pandan

   


LAZADA ONLINE REVOLUTION dengan potongan harga 95%!


   Sesiapa yang berminat ingin dapatkan barangan kesukaan UA dalam box of joy boleh dapatkan dengan harga yang lebih murah kerana mulai hari ini sehingga 14.12.2016, LAZADA telah melanjutkan kempen online Revolution yang menawarkan diskaun sehingga 95%. Jadi bolehlah dapatkan barangan yang kita inginkan pada harga yang lebih murah. sangat-sangat berbaloi kan?dan tempoh m jadi tunggu apalagi, terus ke laman web lazada ya! klik banner di bawa, pilih barangan pilihan anda sambil berjimat. Kerana diskaunnya tersangatlah menarik!


 online revolution






Box Of Joy, Kotak misteri yang menarik hati

Ummul Azkee

BOX OF JOY SEMPENA KEMPEN ONLINE REVOLUTION



Beberapa minggu lepas UA dikejutkan dengan kedatangan abang si penghantar barang. Mulanya ingatkan hadiah yang UA beli untuk Adriana di satu laman web itu, rupanya bukan. Besar bungkusan nya, apabila buka rupanya tiga barang dan ada satu kotak yang bertulis Find A Joy In Every Parcel.
    



    Masa itu barulah UA tahu bungkusan itu dari Lazada, sebab ada tengok blogger lain juga dapat kotak yang sama di instagram. UA Buka je kotak itu macam-macam barang ada dan of cause mestilah rasa seronok sebab semua barangan sangat menarik hati.




  Jenama barang yang terdapat dalam kotak box of joy semuanya terdiri daripada jenama popular dikalangan kita semua seperti Nestle seperti Nescafe, Loreal, SanDisk, FoodPanda, Maggi, MamyPoko, Milo dan Tefal.

  Kesemua barangan yang terdapat dalam box of joy ini boleh dibeli di laman web lazada dan ia boleh diperolehi dengan harga yang lebih rendah kerana lazada biasanya akan mengadakan jualan murah setiap bulan.

LAZADA ONLINE REVOLUTION dengan potongan harga 95%!


   Buat pengetahuan semua, LAZADA kini sedang mengadakan kempen online Revolution yang bermula dari 11.11.2016 sehingga 12.12.2016 dengan jualan murah yang sangat-sangat berbaloi dan tempoh masa jualan telah di lanjutkan hingga 14.12.2016, jadi cepat-cepatlah terjah laman web lazada ya! klik banner di bawa untuk shopping, Selamat menjamu mata dan happy shopping! :)


 online revolution






Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Distributed By Blogger Templates20