Assalamualaikum ♡
Percutian ke Salzburg ni dah lama...tahun 2012...baru sekarang baru nak tulis di sini sebagai catatan diri sendiri agar tak lupa. Cerita lapuk. Sebenarnya banyak yang dah lupa juga. Dari Vienna kami menuju ke Salzburg selama 2 jam lebih dengan
menaiki bas.
Farm house.
Pemandangan indah di sepanjang perjalanan...hanya mengintai di balik jendela bas .Terigin je nak singgah dan menikmati kehidupan di ladang ladang ni. In shaa Allah ...mana tau satu hari nanti.
Setiap beberapa jam...bas akan berhenti di R&R. Kebanyakan R&R di Europe, besar dan bersih. Banyak makanan di jual ...cuma tak jelas halal ke tidak je lah.
Toilet pun bersih dan canggih.
Kami meneruskan perjalanan kami.
Tersnap picture ni secara tak sengaja.
Bila tengok balik baru perasan yang lembu lembu ni tipu je .
Kebanyakan rumah di sana ... ada bunga di jendela atau balcony mereka. Cantik kan.
Nice...bila tengok gown ni...ingat gown sewaktu kecil .
Salzburg bukan lah bandar yang besar macam Vienna atau Munich. Sebuah bandar sederhana besar tapi nyaman.
Kami di bawa oleh tourist guide kami ke Mirabell Garden ni dengan berjalan kaki saja.Disini lah tempat shooting filem Sound of Music sekitar tahun 60-an dahulu...tapi akak tak pernah tengok filem ni. Jadi tak boleh bayangkan saat tourist guide tu bercerita. Sapa yang pernah menonton filem ni sila angkat tangan.
Menurut tourist guide kami, kat sinilah Maria (watak dlm filem tu) dan anak – anaknya menyanyi lagu DO RE MI. Indah sungguh Mirabell Gardens ini, dengan bunga – bunga yang warna – warni, katanya masih sama seperti waktu shooting filem tersebut.
Bunga ros mekar mewangi.
Kami di beri waktu untuk berehat seketika di bawah pepohon yang hijau dan rendang ni. Apa lagi...kami mengambil peluang untuk buka bekalan kami. Perut pun dah berbunyi.
kami di bawa merentasi sungai Salzach ini.
Terlihat banyak mangga di jembatan yang merentasi sungai Salzach ini .
Tanda cinta katanya.Kalau dah berkarat tu...sila polish balik cinta anda ye ..huhu
di rumah ini lah Mozart.. composer lagu lagu klasik yang sangat terkenal itu di lahirkan
Jalan sekitar rumah mozart ni...kebanyakan rumah yang dulunya merupakan kediaman penduduk sini.. telah bertukar menjadi toko toko .
Gerai souvenir
Puppet show
macam macam ada....syoknya kalau dapat main masak masak
Ramainya tourist kat sini...meriahnya suasana.
Duduk duduk ..sambil makan makan.
Udara tidak terlalu sejuk...sangat selesa untuk bersantai santai sambil menghirup secangkir kopi.
Terserempak dengan seorang wanita berpakaian tradisi Austria...kali ini berwarna hijau.
Banyak souvenir di jual di area rumah mozart ni.
hand-made katanya.
Kami tidak bermalam di Salzburg.
Dari Salzburg kami menuju ke Munich/Munchen pula.
Keep Smiling :D


























































