Arab Springs

Lagi Berita

#SelangorBaru #Sudahlah #PembangkangSelangor

Permasalahan pembangkang Selangor hanyalah mengikut buku skrip antara mereka yang kononnya ketuanya pasti disayangi rakyat Selangor.

Paling dirisaukan, apabila memberi report-report yang pasti Perdana Menteri bakal terkena jerat dengan pemimpin pembangkang yang sudah pasti tidak disukai ramai kerana kepimpinannya di Selangor ini dalam membimbing pembangkang yang lesu.

Amat menyesakkan, menurut sumber mereka-mereka yang berkepentingan sudah "setting" orang-orang atau pemimpin tertentu untuk menjadi calon pada Pru 14 nanti.

Kalau begini caranya, memang sahlah Selangor jangan bermimpi untuk Umno tawan. Selagi pemimpin yang tidak disukai rakyat dengan lagak mukanya begitu sombong, orang melihat pun agak rimas. Sudah pasti akan terpalit nama Umno yang tidak bersalah, tetapi pemimpin tersebut yang buatkan Umno Selangor makin gelisah.

Patutlah Azmin begitu yakin akan sokongan rakyat Selangor kepadanya, kerana pembangkang di Selangor ini yang dia harapkan menjadi saingan dirinya, sudah nampak jawapan tidak berkaliber.

Sudahlah media untuk memberi keseimbangan terhadap pentadbiran Azmin sangat gagal, pemimpin yang ada pun lesu sahaja, hanya segelintir yang nampaknya betul-betul bekerja demi rakyat.

Entahlah, kesedihan bagi Selangor kerana pemimpin pembangkangnya nampak lesu. Maaf telanlah walau ia pahit. Kebenaran takkan mampu menutup cerita yang sebenarnya.

Tukar kepimpinan pembangkang Selangor. Anda sahaja mampu mengubahnya.

#Sudahlah
#SelangorBaru

Zainudin Maidin Sudah Gila - Datuk Huan Cheng Guan

Bila sesuatu kecelakaan berlaku, layakkan bekas menteri ini dipanggil manusia?

Mungkin kerana sudah gila, dikaitkan pula kematian dengan segalanya berlaku kerana Najib Razak.

Memang layak dia kita kata dia memang sudah gila.

http://datukhuanpcm.blogspot.com/2017/02/tarik-balik-gelaran-tan-sri-dan-pecat.html

Tidak Kepada Himpunan RUU355 Kata Biro Politik PKR


PKR memang didalamnya penuh dengan gandaan minda liberal, mereka peduli apa perihal undang-undang Islam, sedangkan mereka tahu, kekuatan umat Islam perlu dipertingkatkan.

Kerana akal mereka terlalu memilih logik, kerana politik, asal boleh untung, perlu dikejar dahulu, kafir juga dikejarkannya.

PAS pasti susah untuk bekerjasama dengan PKR selepas ini.



AIDCNews – 16/02/17 – Keputusan mesyuarat Biro Politik PKR yang menolak perhimpunan di Padang Merbok bagi menyokong cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau dikenali sebagai Akta 355 pada 18 Feb ini tersebar di media sosial.

“Keputusan Mesyuarat Biro Politik Bil 1/2017 bertarikh 10 Januari 2017:-

“Biro Politik bersetuju supaya KEADILAN tidak menyertai himpunan berkaitan usul pindaan RUU355 anjuran Parti PAS yang akan diadakan pada 18 Febuari 2017 ini. Harap maklum,” kenyataan ringkas daripada nota Setiausaha Agung dipetik.

Penolakan PKR terhadap perhimpunan PAS itu telah tersebar meluas di media sosial termasuk di Facebook ‘Menyokong penuh Tuan Guru Presiden dan kepimpinan ulama‘

“Jika ianya benar…Maka sudah terang nyata tanpa bersuluh pendirian PKR dan hala tuju parti mereka.Kesian!!!!,” ulas facebook pro PAS itu.

https://aidcnews.wordpress.com/2017/02/16/keputusan-biro-politik-pkr-tolak-perhimpunan-355-tersebar/

Azmin Tidak Gentar Siasatan SPRM Menurut Sumber

Dato' Jamal sudah serahkan dokumen kepada SPRM berkenaan penyelewengan dana YAWAS atau Yayasan Warisan Anak Selangor, namun menurut sumber yang admin dapat, Azmin tidak gentar sedikitpun sekiranya SPRM ingin menyiasat sekiranya ada salah laku dalam pentadbirannya.

Azmin sedia menyerahkan segala apa sekalipun dokumen atau siasatan paling hebat dari SPRM untuk membuktikan yang dia ada menyeleweng, ini kerana katanya, apa yang dilakukan tidak sedikit pun ada salahlaku serta unsur rasuah, tidak mungkin didikan Anwar Ibrahim mengajar untuk menjadi rasuah, pentadbiran Selangor paling suci dan hebat daripada pentadbiran Najib Razak.

Kita lihat dan tunggu apa SPRM akan lakukan. Kalau dipihak kerajaan perseketuan bukan main cepat bertindak, adakah dengan pembongkaran dari Dato' Jamal ini akan memberi satu malapetaka kepada BN kerana pihak PKR adalah paling suci dalam Malaysia.


Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos hadir ke Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, petang ini, bagi menyerahkan dokumen penyelewengan dana Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) melalui Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dan Khairat Kematian Negeri Selangor berjumlah RM200 juta.

Jamal berkata, tindakannya menyerahkan dokumen tersebut untuk meminta SPRM menjalankan siasatan melibatkan penyelewengan dana rakyat yang disalurkan kepada ahli parlimen tertentu di daerah Hulu Langat, Gombak dan Petaling.

Kata beliau lagi, dana tersebut turur disalurkan kepada beberapa ahli parlimen Wilayah Persekutuan termasuk Parlimen Pandan, Cheras, Kepong, Batu, Wangsa Maju, Bandar Tun Razak, Lembah Pantai, Seputeh dan Segambut.

Tambahnya lagi, wujud keraguan apabila dana skim itu yang disalurkan kepada Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli bukan melalui akaun Pejabat Khidmat Ahli Parlimen, sebaliknya melalui akaun individu atas nama Muhammad Firdaus Hashim.

Menurutnya lagi, dana SMUE yang dikendalikan oleh Dr Tan Kee Kwong dipercayai telah disalah guna pihak tertentu.

Tindakan Jamal menghantar dokumen kepada SPRM itu susulan protes dilakukannya dua hari lalu di hadapan Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam yang mendapat perhatian orang ramai apabila beliau membawa 15 van jenazah dan keranda sebagai simbolik penyelewengan dana Yawas.

http://www.selangorpress.net/selangor/2017/02/jamal-serah-dokumen-penyelewengan-dana-yawas-kepada-sprm/

AMK Tuntut Najib, KJ Mohon Maaf Atas Protes ‘Keranda’ Jamal

Mungkin panas hati tindakan Dato' Jamal membongkarkan penyelewengan dana Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) bernilai RM200 juta. hari ini Angkatan Muda Keadilan (AMK) menuntut Dato' Jamal meminta maaf kerana menggunakan keranda untuk tujuan politik.

Isu yang dibangkitkan oleh Dato' Jamal tidak dapat dijawab dengan cermat oleh Azmin serta exco-exco belaannya, sudahlah songlapkan wang yang diamanahkan, untuk menyelamatkan diri, AMK terpaksa petik nama DS Najib Razak serta Khairy Jamaluddin, kononnya mereka merestui apa yang dilakukan oleh Dato' Jamal itu menghina agama Islam.

Tidak dipastikan menghina Agama Islam arahnya yang mana? Adakah untuk memberitahu secara sinis cara kerajaan PKR Selangor gunakan duit haram, itu melanggar hukum agama?

Kepada Dato' Jamal, admin sarankan bongkarkan lagi ketahitan perangai kerajaan Selangor pimpinan Azmin hipokrit.

Lawan sampai tumbang PKR dan sekutunya.


Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini menuntut Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abd Razak dan Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan seluruh rakyat Selangor atas kejadian protes di hadapan Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam, semalam yang didakwa mencemarkan imej Melayu dan Islam.

Timbalan Ketua AMK Pusat, Dr Afif Bahardin berkata protes yang diadakan oleh Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos dan Exco Pemuda Umno Malaysia, Datuk Armand Azha Abu Hanifah itu biadab dan tidak berperikemanusian.

Afif berkata lagi, kegagalan Najib dan Khairy membuat permohonan maaf dalam tempoh 24 jam membuktikan bahawa tindakan dua kepimpinan Umno itu direstui oleh mereka.

“Jika mereka gagal untuk meminta maaf dalam tempoh 24 jam, ini membuktikan bahawa Datuk Seri Najib dan YB Khairy membenarkan dan merestui tindakan biadap ahli mereka yang telah mencemar imej Islam dan Melayu.

Baca seterusnya http://www.selangorpress.net/selangor/2017/02/amk-tuntut-najib-kj-mohon-maaf-atas-protes-keranda-jamal/

Dato' Jamal Buat Hal Lagi

Sejak bertuala di SUK, bawa tilam dan aiskrim free, nama Dato' Jamal tidak asing lagi kepada media arus perdana dan media sosial, paling diingati bila dia bertuala didepan pagar SUK Selangor untuk memberitahu kepada semua orang Selangor, krisis air makin parah.

Azmin mungkin malas nak layan, tetapi seni politik Dato' Jamal ibarat menampar perit yang terasa pedihnya walaupun nampak cara Dato' Jamal agak kartun, badut serta jenaka.

Kena ingat, kerajaan pimpinan Azmin adalah salah satu kerajaan yang paling hipokrit kerana banyak isu besar melanda di Selangor yang orang Selangor tidak nampak, jawapan biasa kita dengar ahh tak mengapa janji bukan Umno.

Isunya bukan pasal Umno kawan, isunya ketelusan, kalaulah kerajaan Selangor pimpinan Azmin main hentam perihal-perihal primis maksiat serta pusat judi, adakah kerajaan Selangor membuat duit dengan dana yang tidak halal?

Bukan sedikit pusat-pusat judi haram, pusat maksiat, rumah urut serta pelacuran. Dulu tuduh Umno macam-macam, sudahnya kerajaan Selangor cukup subur dengan perihal maksiat.

Pas pun diam sahaja, kalau hal Umno dahulu bukan main, sekarang kerana nak tunjuk mereka kuat, hal-hal yang nampak remeh ini mereka biarkan.

Salute Dato Jamal Yunus





Baca seterusnya

http://jawaber6.blogspot.my/2017/02/jamal-bawa-18-van-jenazah-ke-bangunan.html

Zaharin Bakal Bertanding Di Parlimen Bandar Tun Razak Atas Tiket Bersatu?

Zaharin Bakal Bertanding Di Parlimen Bandar Tun Razak Atas Tiket Bersatu?

Sumber dalaman Yayasan Kepimpinan Perdana mengesahkan bahawa Bersatu telah hampir selesai dalam rundingan pembahagian kerusi dengan komponen Pakatan Harapan, PKR untuk persediaan menghadapi PRU14 yang dijangka dalam tempoh beberapa bulan sahaja dari sekarang.

Nak diikutkan, banyaklah kejutan yang boleh dilihat dari senarai yang dipamerkan itu tapi sudah tentu yang paling mencuri perhatian ialah kerusi Parlimen Bandar Tun Razak – kerusi parlimen PKR yang sekarang disandang Khalid Ibrahim atas tiket Bebas setelah dibuang dari PKR pada tahun 2014.

Bersatu difahamkan bakal mempertaruhkan bekas veteran UMNO yang kebelakangan ini lebih menonjol sebagai pengkritik nombor satu Najib Razak di media sosial dan juga aktivis politik terkenal di kawasan itu, Datuk Zaharin Yassin sebagai calon parti tersebut dalam PRU14 yang akan datang.

Menarik tentang Zaharin, beliau dikatakan mendapat tawaran secara peribadi dari Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menyertai parti tersebut – sesuatu yang amat jarang berlaku dalam politik negara ini melainkan individu tersebut benar-benar hebat.

Zaharin yang berpengalaman luas dalam politik sehingga pernah diamanahkan untuk memegang pelbagai jawatan penting dalam UMNO dan BN di Bandar Tun Razak, adalah  calon yang paling sesuai dan mampu mendatangkan kejutan kepada BN.

Antara lain, disebalik imej sebagai seorang ahli politik yang dianggap ‘biasa’, Zaharin sebenarnya mempunyai kekuatan tersendiri dalam penulisan politik, dibuktikan dengan kemampuan menarik lebih 40,000 pengikut di akaun Facebook miliknya.  Pada zaman hari ini, penguasaan di media sosial seperti Facebook dan Twitter adalah keperluan yang wajib ada bagi setiap ahli politik selain pengalaman dan kelulusan.

Selanjutnya :
http://www.suarapakatanharapan.com/2017/02/07/zaharin-bakal-bertanding-di-parlimen-bandar-tun-razak-atas-tiket-bersatu/