Dapatkan Produk Shaklee anda dari Pakar Pemakanan Bertauliah hari ini

Servis konsultasi professional kami adalah exclusive buat pelanggan kami sahaja.


Dapatkan Produk Shaklee dan Set Shaklee berikut dengan paduan cara makan yang betul:

  • Set Kurus Shaklee
  • Set Kesuburan Shaklee
  • Set Bersalin Shaklee dan Set Mengandung Shaklee

18 November 2015

// // 4 comments

Wide Shawl Labuh, Cantik Dan Murah

Assalamualaikum...Hai semua apa kaba? Entri kali ini lain sikit sebab akak nak share pasal satu shawl yang super best ni. Masuk dalam kategori Wideshawl, special sebab die bukan sahaja sangat cantik, bahkan labuh dan yang paling best is murah....

Shawlkan trending, bukan budak-budak mude je pakai shawl, makcik-makcik nenek-nenek pun ade ha jangan main-main.

Akak pun penggemar shawl tegar tapi cerewet yang ampun time pilih nak beli. Sebab kene betul-betul berkenan di mata barula akak beli.

Alkisah akak punye kakak, iye-iye die suruh akak biz shawl ni, memang dah lama terpiki apsal tak jual shawl sebab supply pun senang nak dapat. Tapi rase cam tak berbakat nak meniaga tudung (ha perlu bakat ke).

Memang currently akak nak buat biz lain selain Shaklee. Sekarang zaman makin mencabar memang kene ada lebih dari satu source of income. So akak amikla peluang ni cube plak bantu muslimah-muslimah out there untuk cantik disamping aurat terjaga insyaAllah.

Ingat akak masih pengedar Shaklee yang aktif, even macam-macam ujian tapi tak pernah terpiki nak stop sebab sayangnyela produk Shaklee ni bagus-bagus ruginye kalo orang tak rase kebaikan die.

So tugas siapa nak jadi mulut, mata, kaki, tangan produk-produk Shaklee tu kamilah pengedar-pengedarnya yang tak jemu share benefits of using Shaklee towards our health...

Ok jom sambung pasal Shawl yang special ni. Sebab ape special sangat ni, ish-ish..Ok kite tengok ciri-ciri die

Material shawl ni dari kain Heavy Chiffon, so kalau kite pakai die akan jatuh. Kainnya lembut tapi tebal. Ha camne tu...kalau kite lilit pakai shawl tu memang tak perlu pakai inner neck sebab memang tak nampak pun leher tu...

Panjangnya 2 meter, lebar pulak 0.75 meter, memang cukup besar dan selesa buat perlindungan diri muslimah-muslimah diluar sana. Hujungnya pula bulat (end curve) bukan segiempat ye. Personally memang akak suke end curve punye shawl sebab lagi cantik.

Ok kite dah berkenalan sikit-sikit dengan wideshawl best ni, sekarang akak perkenalkan pada semua
Tadaa.....





























































































Model is wearing Hani Shawl code color #19 Dark Chocolate








Ha apemacam, best tak? Boleh gune Hani Shawl ni untuk kemajlis-majlis rasmi macam majlis anugerah anak cemerlang ke, dinner tahunan kat opis ke, pergi kenduri ke, pergi open house ke, raye ke, shopping dengan famili ke, dating dengan husband ke pergi kuliah ke, kelas ke, keluar dengan member-member ke atau kemana-manala yang inginkan kite tampil anggun, bergaya tapi pada masa yang sama masih sopan dan beradap. Ha gitu...

Ada 22 jenis warna dari lembut, pastel, terang, rare color semua ada. Harganya murah sangat cuma rm25 sahaja untuk sehelai. Offer terbaik abad ini beli 3 helai dapat free postage!!

Kalau tak sabar nak grab jom order sekarang. Caranya mudah bin senang. Just wasap/sms/telegram ke Huda @ 014 9209040. Boleh juga pm akak di Facebook Norulhuda Seman

Beri code number Hani Shawl yang anda ingin beli untuk akak cek stok, jika anda bernasib baik ade stok boleh terus proceed ke next step yeay...

Orait akak pun tak sabo menunggu order adik kakok. Hani Shawl open up your hidden beauty!
Read More
// // 4 comments

Mujahid Dah Boleh Berjalan

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana bagi peluang untuk akak menjadi seorang isteri, menjadi seorang ibu. Akak kawin diusia 30 tahun, time akak kawin tu member baik akak dah ade anak 4 orang.

Jenuh jugak nak menjawab pertanyaan kawan-kawan, saudara-mara sume. Berkat doa semua ade juga sekeping hati yang sudi ambil akak jadi teman hidup sepanjang hayat...Alhamdulillah. Segala Puji Bagi Allah Rabb Sekalian Alam.

2 bulan usia perkahwinan kami, akak sah pregnant. Ya Allah tak tahu nak cakap perasaan. Gembira, terharu, terkejut, bersyukur sangat-sangat...38 minggu mengandungkan Mujahid, Allah keluarkan die dari perut akak.

Sebelum beranak lagi hati akak kuat nak berhenti kerja sebab nak jage sendiri Mujahid. So good bye UOB. Sebelum berkahwin, sebelum kenal husband akak lagi, time akak sendiri pun tak sure akan berkahwin atau tak akak dah nekad, bile ade anak sendiri nanti nak bagi susu badan.

Camne pun ujiannya, mesti fight juga bagi susu badan untuk anak sampai umur 2 tahun. Dan sekarang Mujahid dah 13 bulan 2 minggu 4 hari. Masih lagi menyusu badan. Alhamdulillah akak still berusaha bagi yang terbaik untuk dia.

Memang tak sedar mase berlalu. Mujahid banyak ikut ciri-ciri keluarga ayah die. Lain dari keluarga akak. Jenuh akak peratikan die kat manela trait akak yang ade pada die, hihi lawak jugak bile ingat balik.

Last-last ade jugak iaitu jari-jari die sama ngan akak, haha bukan main hepi akak time tu. Kalo bergambar dengan die tu memang tak nampak rupa akak kat die. Lain..emm takpela nak. Allah anugerahkan Mujahid buat kami pun ya Allah dah tak terhingga nikmatnya.

Diela yang buat kite gelak, geram, penat, seronok, gembira, risau, pening macam-macamla. Itula excitement menjadi parent.

Perkembangan Mujahid kalo follow cerita mak akak banyak ikut akak, cume akak time kecik memang behave, paling senang jaga haha (kembang sikit). Mujahid lelaki so nakal tu sudah pasti tapi still boleh kawal.

Masuk umur setahun tu memang die dah start bertatih cumanya selangkah dua je selebihnya die merangkak lagi. Masuk bulan November ni makin laju die berjalan, sampaila Ahad lepas, balik dari kenduri memang tak nampak die merangkak dah...

Officially Mujahid dah boleh berjalan. Ya Allah seronoknya tengok die jalan kengkang-kengkang dengan kaki comel die tu, kalau kite kacau makin die laju. Lepas ni boleh geng dengan Abang Irfan (sepupu die dah umo 3 tahun).

Tapi dah namanya baby even dah boleh jalan pun still nak bergayut dengan kite jugak. Bile time taknak lepas tu yang hangin tu melekat je, nak buat kerja pun payah. Akak selalu galakkan die berjalan sendiri...praktis sokmo.

Hai anak camtula...makin die membesar physically die akan lebih jauh dengan kite. Yeke? That's circle of life...Hai belum ape-ape dah rase taknak berpisah dengan die...(touching plak :( sob sob...)

Ibu selalu doakan Mujahid membesar jadi anak yang soleh, sihat, kuat, berilmu, berakhlak mulia, beradab sopan. Rajin, terpelihara dari fitnah dajal, kawan-kawan dan apa-apa perkara yang merosakkan, jauhkan Mujahid dari hal-hal maksiat, kuat dan teguh aqidah, berjuang dijalan Allah...:'(

Zaman Mujahid membesar sangat mencabar, penuh dengan fitnah dajal. Dunia dah nak kiamat camnila. Kene didik anak-anak mempunyai aqidah yang kuat. Boleh bezakan yang haq dan bathil. Melaksanakan perintah Al-Quran...

Dah menjadi ibu ni kene banyak berdoa, Allah tak pernah jemu bahkan selalu nak dengar rintihan hati hamba-hambanya. Tapi kite yang sombong, doa selalu nak cepat, kelam kabut, mitak lain tapi pikiran kelaut...Kadang-kadang nak berdoa pun malas, padahal free je.

Hmm okla setakat ni je coretan akak, jika anda dah membacanya hingga keakhir kata terima kasih akak ucapkan.






Read More

04 November 2015

// // 3 comments

Kemboja Kecil di Pekan Pahang

Sejak kebelakangan ni makin terasa kos hidup makin naik. Selama ni memang terasa, tapi sekarang nak beli apa-apa pun kene piki banyak kali. Tapi untuk entri kali ni akak nak share pengalaman kami sekeluarga bermusafir 2 minggu berturut-turut sampai naik pening akak. Ape pun yang berlaku kalo terpaksa outstation tu, camne punye jimat pun habis duit jugak...Sekali sekala, apa de hal...

Last month time cuti hari raya AidilAdha, kami sekeluarga plus adik ipar pergi pulang beraya di Tanjung Agas, Pekan, Pahang. Tempat sedara-mara belah suami. Sebenarnya mak mertua berasal dari Kemboja, lari ketika zaman perang dengan Pol Pot dulu.

Mule-mule keThailand then baru datang ke sini. Lepas tu makin ramai yang datang termasukla saudara-mara die dan banyaknya menetap dan membina kehidupan baru diTanjung Agas. Cuma mak mertua merantau sampai keJohor.

Bila anak masing-masing dah besar dan berkeluarga, die pun melaksanakan planning lamanya iaitu membina sebuah rumah buat dirinya diTanjung Agas. Katanya dekat dengan saudara-mara.


Bestnye kalo dapat rumah yang dapurnya begini :)


Ha camtula serba sedikit sejarahnya, sebab husband orang Johor tapi kalau ditanya kampung die, jawabnya Pekan Pahang.

Kali ni baru masuk kali kedua datang cni, 1st time waktu mengandung Mujahid. Bila dah kata balik time raya Korban memang taksahla kalo tak makan daging korban.

Kami gerak pagi raya, asalnya nak gerak malam tapi husband kepenatan plus demam. So tak jadi gerak malam. Perjalanan lancar alhamdulillah, kami sampai je dalam waktu tengahari. So lunch time.

Apa yang menarik kat sini? Pada saya is makanannya. Yela banyak le makanan-makanan Kemboja yang kita boleh cuba kat sini. Yang akak paling rindu dan tak sabar nak cuba is Nampa buatan tangan sepupu mak mertua, kak Masitah.

Nampa ni sebenarnya air kicap versi Kemboja. Orang-orang belah Siam mesti ada air kicap atau budu tiap kali makan nasik. Budu, air kicap, tempoyak, cencaluk, sambal belacan ini semua pembuka selera tak terhingga sedapnya. Boleh tambah berpinggan-pinggan sampai mak mertua lalu pun tak sedar hihi...

Menu orang Kemboja ni simple-simple je, bak kata husband, menu orang kalah perang...Biasa diorang suke masak goreng-goreng...Sotong goreng, udang goreng, ikan goreng, tak gorang biasa goreng bercili.

Dan semua ni wajib dimakan dengan kicap Nampa. Memang terangkatla sedap tak hingat! Sampai-sampai je tengahari tu kami dijamu dengan kepah goreng bercili, udang fresh goreng dan kari ayam. Akak makan kari ayam je. teringin nak makan udang, tapi kang anakku Mujahid naik ruam pulak dipipinya. Taknak punye taknak sebat jugak sekor huhu...

Pada yang memang tak tahu hujung pangkal air kicap apatah lagi nak berjumpa dengan air kicap atau Nampa yang bersaudara dengan air kicap tu. Meh akak bagi gambaran cket.

Isi kandungan Nampa is bawang putih seulas, ditumbuk dengan 10-15 bijik cili padi plus gula sesudu hingga sesudu setengah. Tumbuk sampai lumat, kemudian keluarkan dari lesung, letak dalam mangkuk pastu kita tuangla kicap cair atau ada jugak yang panggil kicap sotong.

Lepas tuang, kite amik asam jawa atau picit je limau nipis dalam campuran tadi. Dah siap. Benda nila yang wajib ada disetiap rumah orang Kemboja. Asal makan nasik mesti buat Nampa, tak boleh takde.

Hari kedua disini, sepertimana  yang dirancang kami pergi camping di rumah baru mak, rumah tu still dalam pembinaan yang dah dibuat bilik dan ruang tamu yang lain takde, tapi belum siap rumah dan digantung buaian siap-siap kat bawah rumah tu.

Buaian ni pun salah satu signature orang kemboja, kebanyakan rumah dibina tinggi persediaan time air naik. So dibawah rumah digantung-gantung buaian, tempat mereka berbual sambil minum-minum, memang syok dok sembang ramai-ramai kat buaian ni, leka, tidur lagi best sebab berangin je hihi...

Buaian ni diorang buat dari kain baju kurung yang dah tak gune. Ha jimat dan takle membazir baju-baju yang dah buruk dan tak pakai tu, baju tu stil dengan mereka cuma berubah bentuk je jadi buaian hihi...

Mak dah perap ayam siap-siap untuk kami sebab orang Kemboja memang camni, suke bakar-bakar. So kami pun bakar ayam dan menikmatinya bersama, dibelai dengan angin yang agak laju dari sepoi-sepoi bahasa.


Special ayam perap diorang sedap sangat, cicah pulak dengan kicap nampa, perghhh macam tak reti nak stop. Lama jugak kami duk situ tambah-tambah Mujahid lena dekat buaian, dekat 2  jam jugak Mujahid tido.



Sampai mase kami pun chao, balik rumah, enjoy makan daging korban. Tak pasti berapa lama diorang rebus tapi memang lembut habis...sedap!

Sup daging orang Kemboja lainla, rase cam takde rempah ratus sangat, sup ayam diorang pun sama. Tapi sedap je, tak pasti ape resipinya.

Esoknya hari last kami disini, merupakan hari yang paling ditunggu-tunggu sebab apa, apa yang bestnya? Sebab salah satu tujuan kami balik is nak makan mee orang Kemboja. Style diorang more macam Thai people.

Breakfast pagi-pagi makan mee, bubur nasi. Tak makan nasi goreng, bee hon goreng, nasik lemak macam kita. Mee diorang tak pasti apa yang sedap sangat tapi memang sedap luarbiasa, kalah mee celup Thailand!

Disebabkan kami balik raya so mana ade orang nak bukak kedai time raya'n. Jadinya hari sabtu barulah ade orang meniaga.

So pagi tu akak order bee hon sup, untuk Mujahid bubur nasik, husband akak order mee Siam. Order yang sampai dulu is Mujahid punye. Akak pun cubala bubur nasik tu, mak aiiii sedapnya...tak pernah rase camni punye sedap.

Dimakan panas-panas, acuan rase die seimbang, masin, lemak... akak makan sambil-sambil suap Mujahid. Sampai mase datangla cik adik manis yang tak pandai cakap bahasa Melayu bagi order akak.

Dah sampai pun  yang ditunggu-tunggu. Bee hon sup diorang mee die lain sikit, putih, halus macam bee hon kita cume kenyal dan sedap macam soo on. 1st time hirup kuah die...Ya Allah sedapnyela...Terus rasa nak order 2 huhu..padahal mangkuk 1st baru je nak makan.




Bee hon akak dihidang dengan hirisan daging yang direbus empuk, memang lembut betul daging tu. Lobak merah, taugeh, daun sup...nak menjadikan ia lebih tak sabar dimakan, kita tambahla perisa-perisa yang available ikut citarasa kita.

Macam-macam bahan tambah makanan semulajadi yang disediakan seperti gula, lada hitam kisar, taucu, cili padi blend jadi kering, kicap cair masin, kicap pekat, hirisan limau dan lain-lain (tak tau ape nama huhu...)




So kalo kite penggemar pedas tegar kita tambahla cili padi blend kering tu, nak masin ke masam ke manis ape-apela...Dah cukup rase dengan lafaz Bismillah kita pun ngapla bee hon sup legend style Kemboja.

Mee siam husband akak mee die tu mee maggi, akak tak gemar sangat tapi still sedap, akak habiskan die punye mee siam termasuk bubur Mujahid. Siap tapau satu untuk bekal Mujahid tengahari.

Masing-masing dah kenyang kami ke Pasar Minggu kat Pekan. Sebab mak akak pesan beli sea food, biasa kat penempatan Kemboja tempat mak mertua tu memang ada pasar pagi hari-hari. Memang fresh seafood yang dijual.

Cumanya musim-musim raya ni siapa nak turun kelaut tangkap ikan, so takdela orang berniaga seafood fresh lagi murah. Kami pun ikhtiar cari diPasar Minggu Pekan. Best jugak pasar ni besar...
Macam-macam ada, kalau ikutkan hati memang nak je round suke hati shopping beli ape-ape yang menawan hati. Tapi ada baby kecik ni tak boleh dah nak buat ape ikut suke hati.

Sebabnya pagi makin panas, Mujahid pulak bile perut dah penuh akan mengantuk nak tidur. Kesian kat die, takkan nak shopping, jalan-jalan sedangkan anak kita camtu. So dipendekkan cerita, akak pun cepat-cepatla beli seluar Mujahid dan seluar tido pakai kat umah, itu je yang terpiki dan urgent dicari.

Seafood mak akak pesan pun takde, husband akak cakap biasanya siap boleh jumpa udang galah lagi kat pasar tu. Tapi apa daya, peniaga yang jual ikan pagi tu cume due je, sodih, tak merasala mak akak seafood. Memang boleh beli kat KL ni tapi mahal la, lagi satu tak fresh.

Balik dari pasar kami berkelah lagi, huh keje berkelah je, tapi itulah salah satu daya penariknya. Kali ni dekat pantai Batu 8, cantik pantai ni cume tak dijaga kebersihannya. Sayang seribu kali sayang. Tercemar keindahan pantai tu dek tangan-tangan manusia...

Husband punye excited siap pasang kemah lagi untuk kemudahan anak dan isterinya. Tapi kami tak guna pun, anak-anak bujang Masitah guna main je kat dalam tu. Budak-budak lelaki dimana-mana pun memang tak duk diam...

Balik dari pantai kami beli jeruk. Orang jual jeruk tepi jalan je, singgah jap. Lepas gian nak makan. Kami beli 6 balang sampai dapat free asam mangga kering. Alhamdulillah rezki. Bile balik rumah kami discover asam yang free itulah yang paling sedap. Yang selebihnya so...so je

Balik dari pantai, kami pun siap-siap ape yang patut, sebab husband cakap malam tu jugak kami gerak. Die taknak tempuh jem kalo balik hari ahad, even hati akak berat nak balik sebab esoknya boleh lagi makan mee yang sedap tu.

Mak mertua pun memang nak kami balik esok, tapi husband yang buat keputusan so kami akur ajela. Sebelum balik adik ipar mitak singgah kedai  2 hengget. Signboard kedi tu tulis, Sekali Datang, Pasti Kembali.

Akak join gak adik ipar tengok-tengok barang rm2.12, jangan lupe GST rm0.12. Round - round kedai tu, tengok barang-barang die aii best jugak. Macam-macam pilihan ada, menarik dan murah untuk rm2.12.

Yang buat akak tertarik is shaker yang ada, banyak pilihan macam-macam warna dan sangat murah compare ngan harga yang dioffer. Akak pun borong untuk free gift customer Shaklee hihi...Shaker Shaklee takde stok. Pastu mahal rm10 hmmm

Ramai orang dalam kedai ni, staff die pun muke kelat je mungkin penat nak layan customer yang tak pernah putus. Habis membeli, dalam kete sembang-sembang ngan adik ipar. Akak cakap rase nak datang lagi la kedai ni.

Macam best hihi...so memang betulla tag line kedai ni. Sekali Datang, Pasti Kembali. Perjalanan balik yang sangat mencabar sebab mengantuk sangat-sangat. Akak pangku Mujahid, nak tidur pun rase tak save.

Kami berenti kat RNR, beli pau dan husband minum nescafe. Kesian die kene redah jugak even ngantuk tak hingat...

Alhamdulillah selamat kami sampai umah. Terus tido dengan nyenyak dan selesanya, tak piki ape dah...barang pun tak angkat naik sume huhu...

Orait tu je nak share, kalo ade lagi catatan menarik untuk dikongsi insyaAllah akak akan tulis disini...Untuk travel lain akak sambung entri nanti k.
Terima kasih sudi membace entri ni :)















Read More

16 October 2015

// // 7 comments

Daftar Ahli Shaklee Dan Jimat RM94

Assalamualaikum semua, Apa khabar? Welcome Oktober...pejam celik, pejam celik kita dah nak berada dipenghujung 2015. Uihh...gerun plak rase. Semetara masih ada masa ni, meh akak share 1 peluang pemjimatan best melalui Cara Daftar Ahli Shaklee dan Bagaimana Kita akan Jimat RM94 as soon as kita daftar.

Berita hot ni sape yang taknak untungkan, RM94 banyak tu...boleh belanja lauk seminggu. Zaman-zaman ekonomi tak berapa nak stabil ni kita kene bijak berbelanja :)

Bila customer sms atau wasap atau emel akak tanya tentang produk ape yang sesuai untuk bantu selesaikan masalah mereka, biasa akak akan suggest untuk mereka mendaftar bila total purchase lebih rm500.




Atau customer memang nak save budget pun akak akan suggest untuk daftar terus. Ada jugak customer yang memang nak daftar so kita advice accordingly.

Jika anda ingin menggunakan produk Shaklee perlu tak  anda nak daftar menjadi ahli Shaklee atau cukup sekadar menjadi pembeli?

Tak perlula nak daftar, belum tentu lagi akan beli selalu...Ha ada tak fikir camni?

Akak jamin pasti ada punya...Hihi... yela kan tak salah pun kalau kita berfikir demikian. Tapi sebenarnya anda rugi jika tidak mendaftar menjadi ahli Shaklee, apatah lagi jika anda pengguna tegar produk Shaklee. Rugi..rugi...

Meh akak bagitahu kenapa anda perlu mendaftar menjadi ahli Shaklee walaupun anda rasa tak perlu atau tiada keperluan berbuat demikian :-


1. Untung 20%

Sekarang ni zaman perlu berjimat cermat, bila anda daftar je jadi ahli Shaklee automatically anda akan mendapat penjimatan sebanyak 20% harga ahli berbanding harga bukan ahli.

Kita kene bijak berbelanja. 20% bukan sikit dek non. Contoh katela total pembelian kita rm550, kalau kita mendaftar sebagai ahli Shaklee kita hanya perlu bayar rm 440 sahaja, ha berapa dah kita jimat rm110 tau. Banyak ke sikit tu? Banyak dah boleh belanja beli lauk dapur seminggu tu.


2. Percuma Sebotol Vita - Lea yang bernilai rm94!

Ha inilah part yang paling best, tapi ada jugak yang cakap eleh Vita Lea ni boleh buat apa kat aku, macam takde pekdah je...

Wait, wait, wait...tunggu dulu saudara-saudara sekalian. Sabar dulu...Vita-Lea adalah multivitamin pertama didunia yang dicipta oleh pengasas Shaklee iaitu Dr Forest C. Shaklee. Tahun ini genap 100 tahun Vita-Lea dipasaran dunia. Masih diperlukan oleh berjuta-juta umat manusia diseluruh dunia.

Dalam Vita-Lea ada complete 28 jenis vitamin dan mineral dari A sampai Z. Jika kita jenis yang malas nak makan suplemen banyak-banyak ambillah Vita-Lea sebiji, 2 kali sehari. InsyaAllah cukup untuk menampung lompang-lompang nutrien anda.




Kalaupun anda taknak Vita-Lea ni takpela, hadiahkan ibu atau ayah atau suami atau isteri ha mesti diorang gumbira senyum sakan sampai ketelinga. Ditambah dengan rasa terharu dihati...Ha kan bagi kredit buat anda hihi...

Ok untuk cerita lebih lengkap mengenai Vita-Lea ni makan bolehlah baca di entri akak mengenai Fakta Menarik Vita-Lea Shaklee, Multivitamin Paling Lama Didunia 


3. UV = Nilai Mata

Semua produk Shaklee mempunyai nilai mata (UV) masing-masing. So bila kita buat pembelian nilai mata ini akan terkumpul sehingga hujung bulan. Apabila mencecah minima 150 UV, Shaklee akan memberi bonus kepada anda pada pertengahan bulan hadapan.

Pemberian bonus adalah dalam bentuk wang tunai. Ha best tak? 150 UV bukan banyak mane pun tambah tolak rm500 camtu.

Tak perlu nak keShaklee untuk redeem bonus ni, Shaklee sendiri akan hantar kerumah by post. So bonus cash tu ikut suka andalah nak guna untuk apa ya...

Boleh buat beli top up telefon, belanja makan, buat belanja anak sekolah atau apa-apa ajelah yang anda suka. Ha kan dah jimat....


4. Shopping Online

Ha ini adalah salah satu keistimewaan menjadi ahli Shaklee. Anda tak terikat dengan agen Shaklee jika ingin membuat sebarang pembelian. Tak perlula survey-survey harga siapa jual paling murah sebab confirm-confirm anda dapat harga ahli.

So nak murah mana lagi? Anda bebas membuat pembelian produk Shaklee pada bila-bila masa dan dimana jua anda berada. Semuanya dihujung jari anda.


5. Peluang Menjalankan Perniagaan Dari Rumah

Ha yang ini panjang ceritanya dan akan dikisahkan secara detail dalam entry yang lain. Zaman internet ni dah berapa ramai jadi jutawan hanya dari rumah.

Diluar negara ada budak kecik jadi jutawan dengan menjual guli dari rumah, budak-budak remaja pun ramai, budak universiti lagi ramai...sampai tak sambung belajar nak berniaga dll

Jika anda salah seorang yang ingin menjana pendapatan dari rumah atau nak tambah side income dimusim-musim yang mencabar ni, apa kata anda share manfaat produk Shaklee yang telah anda gunakan kepada yang lain.




Iya, hanya dengan berkongsi manfaat, kesan positif yang telah kita peroleh hasil konsisten menggunakan produk Shaklee akan menjemput wang untuk masuk ke akaun bank anda.

Wah best tak? Ingat anda telah memilih antara pilihan produk terbaik didunia, Shaklee adalah pioneer dalam lapangan makanan tambahan. Kita memilih untuk memperbaiki kesihatan instead of rasa diri sihat bila sakit baru sibuk cari penawar.

Kita pilih untuk menjadi lebih sihat supaya usaha kecil ini dapat mencegah kita dari terkena apa-apa penyakit kronik atau degenaratif atau dalam bahasa senang paham is sakit tua contoh kencing manis, darah, strok, gout, batu karang dan seangkatan dengannya.

Makin tak pelik bila sakit-sakit macamni serang golongan-golongan muda, tak perlu usia mencecah 40 tahun dah macam-macam penyakit daftar dengan badan kita... Nauzubillah...

Nampak sangat cara hidup kita sekarang ni memang tak sihat huhu...


Macammana teruja tak untuk mendaftar menjadi ahli Shaklee. Pemberian Vita-Lea secara percuma ialah sehingga 31 Oktober 2015. Bermakna tinggal kurang dari sebulan lagi untuk anda mendapatkan Multivitamin Paling Lama Didunia ni.

Jangan tangguh-tangguh karang menyesal nanti. Untung anda semua ni, saya dulu daftar ahli mana ada dapat apa-apa...Cuma starter kit dan ID Shaklee je...



Cara Mendaftar Sebagai Ahli Shaklee

Ok sekarang tibalah masa yang ditunggu-tunggu, bagaimana nak mendaftar ni. Mudah bin senang. Ada pelbagai cara, tapi saya bagitahu cara yang paling mudah dan cepat.

1. Anda cuma perlu hubungi saya di no +6014-9209040 melalui sms/wasap/telegram. Taipkan DAFTAR AHLI SHAKLEE  jarak kemudian beri detail nama penuh jarak alamat penuh jarak nombor ic/kp jarak dan alamat emel.

2. Anda bank in/pindahkan wang berjumlah RM 80 (RM69 - yuran daftar, RM11 - kadar pos) ke akaun Maybank akak 1640 1710 5403 - Norulhuda Seman.

Jumlah ini untuk pendaftaran sahaja, sekiranya ingin membuat sebarang pembelian bagi mendapatkan sebotol Vita lea, jumlah total perlu confirm dengan akak dulu k

3. Beri bukti pembayaran pada akak, jika anda nak cepat kami akan daftarkan anda hari ini juga, melalui sistem online yang pantas dan mudah.

4. Anda tunggu dengan hati yang gembira, insyaAllah dalam 2-3 hari sampailah produk pesanan anda beserta starter kit dan sebotol Vitalea percuma, tak masuk lagi free gift dari akak sendiri, hihi... untung ke untung?

5. Tunggu apa lagi cepat grab smartphone anda dan daftar menjadi ahli Shaklee dengan saya sekarang juga!




Orait sampai sini je perkongsian akak, diharap bisa membantu anda semua. Boleh hubungi akak untuk sebarang pembelian produk dan pendaftaran menjadi ahli Shaklee.

Akak boleh dihubungi  melalui call/sms/wasap/telegram ke +6014-9209040 atau emel ke [email protected] atau jika senang berhubung di Facebook boleh pm akak di Facebook Norulhuda Seman.

Terima kasih kerana sudi membaca entri ini :)

Read More

13 September 2015

// // 8 comments

Cara Beli Produk Shaklee Dengan Paypal, Kredit atau Debit Kad

Assalamualaikum semua :) Selalu tak kita alami situasi camni, sale gile-gile murah, barang yang dah lama kite duk perati tunggu masa die murah kita nak terkam, tapi sampai mase harga runtuh duit gaji pulak tak masuk lagi...Huwaaa...menangis meroyan hamba.

Untuk entri kali ini akak nak cerita Cara Beli Produk Shaklee dengan menggunakan Paypal, Kredit Kad atau Debit Kad. Sebab tak ramai yang tahu adanya kemudahan ini. Selalunya kita beli guna cash je via online transfer atau bank in ke cash deposit machine.





Memang ada sesetengah orang yang hanya guna kad je, dalam wallet ade duit cash sikit ja. Mungkin sebab takut nak bawak cash banyak-banyak. Yela sekarang macam-macam kes...

Ok jika anda nak beli produk Shaklee, beli pulak banyak stok untuk 1 famili selama 3 bulan. Kira-kira semua total rm6355 (contoh...) kalau kita guna debit kad ada limit pengeluaran. Kalau kita set rm3000 per hari, so cuma boleh keluar atau swipe rm3000 sahaja.

Nak lebih kene reset diATM machine atau call customer service bank. Bunyi macam leceh..So cara mudah kalau kita ada kredit kad. Ha apa lagi gunalah kad kita tu. Tapi masalahnya macammana cara nak beli produk Shaklee dengan kredit kad?


Cara Beli Produk Shaklee Dengan Kredit atau Debit Kad

1. Anda boleh beri maklumat kad kredit anda pada agen Shaklee yang menguruskan pembelian buat anda.

2. Mereka akan isi satu form mengenai maklumat kredit kad anda dan pass pada counter Shaklee ketika pembayaran.

3. Setel, macam tu je...senang tak?


Jangan risau CCV code atau 3 digit nombor dibelakang kad tidak perlu anda beri pada agen hanya beri 16 digit nombor kredit kad  atau debit kad anda dan juga expired date kad. Itu sahaja yang kami perlukan. Jelas, so tak perlu risau k.


Cara Beli Produk Shaklee Dengan Paypal


Untuk pembelian menggunakan paypal pula, pun senang juga hihi... Paypal memang provide service send payment atau money request. Untuk menggunakan service paypal, anda hendaklah mencari agen yang mempunyai akaun paypal contohnya akak nila kan.

Untuk maklumat anda Paypal menawarkan perkhidmatannya ke lebih 203 buah negara. Bukan setakat kita boleh transfer duit tak kisah dalam atau luar negara malah kita juga boleh shopping

Tapi jika anda tidak mempunyai akaun paypal jangan risau, still anda boleh menggunkan service ini, cume bentuk bayarannya bukanlah send payment tapi money request. Ha camne tu?

Ok jom kita teliti satu-satu

1. Send Payment

Jika anda mempunyai akaun paypal anda hanya perlu klik - send payment dan isi maklumat yang diminta iaitu no telefon atau alamat emel penerima.

Dalam kes ini no telefon atau alamat emel agen Shaklee tu la ye. Payment tersebut akan diambil dari kad yang anda daftarkan dalam akaun paypal.

Kemudian just follow je langkah-langkah seterusnya k.



2. Request Money

Ok untuk option ni, anda tak perlu memiliki akaun paypal tapi if takde pun takpe. Cukuplah sekadar mempunyai kredit kad atau debit kad.

Agen Shaklee anda akan send Request Money kepada anda melalui emel. Anda hanya perlu cek emel yang dihantar oleh Paypal.


Dan isikan ruangan yang berkenaan, anda boleh bayar menggunakan kad kredit atau kad debit.

Bila selesai, Paypal akan emel agen Shaklee anda untuk inform yang anda dah pun sent duit berjumlah RMXXXX pada dia.




Ha senangkan, dah receive payment so bolehla proceed order.

Ha semudah ABC je

Ok sekarang takde halangan untuk anda dapatkan produk Shaklee anda. Macam-macam cara, kemudahan dah ada. Sama ada anda nak atau taknak je.

Saya akan bantu anda membuat pembelian tidak kira bila atau dimana jua anda berada (huh dah macam ayat iklan pulak).

Jika anda masih tidak jelas mengenai Cara Beli Produk Shaklee Dengan Paypal, Kredit atau Debit Kad, anda dialu-alukan untuk menghubungi saya. Saya akan cuba bantu anda beserta konsultasi pilihan produk terbaik untuk masalah anda sekali!

Mudah je untuk hubungi saya Huda di +6014-9209040, boleh call/sms/wasap dan telegram. Jika senang berhubung melalui emel boleh emelkan ke [email protected] atau boleh juga pm saya diFacebook, Norulhuda Seman.

Orait akak harap sedikit sebanyak entri ini dapat membantu tuan/puan, anda semua membuat pembelian produk Shaklee dengan menggunakan Paypal, Kredit Kad atau Debit Kad. 

Terima kasih kerana sudi membaca entri ini :)


Read More

08 September 2015

// // 6 comments

Cara Menghilangkan Keputihan Secara Semulajadi Tanpa Ubat

Assalamualaikum hai semua... Apa khabar adek kakok? Akak alhamdulillah..sihat ja, petang tadi ade member Shaklee kami share satu testimoni yang sangat mengujakan. Kami semua excited dan tak sabar nak share mengenai Cara Menghilangkan Keputihan Secara Semulajadi Tanpa Ubat.

Akak pasti ramai wanita mengalami masalah keputihan atau bahasa omputihnya discharge. Keputihan sebenarnya adalah sesuatu yang normal bagi setiap wanita. Keputihan berperanan sebagai 'pembersih' didalam sistem pembiakan wanita.




Cairan yang dihasilkan oleh kelenjar didalam vagina dan serviks membawa keluar sel-sel mati dan bakteria. Ini membantu mengekalkan kebersihan vagina dan membantu mencegah jangkitan.

Jumlah yang keluar tidak tentu, sama juga dengan bau dan warnanya (warna dari jernih hingga ke putih susu), bergantung pada masa kitaran haid kita.

Contohnya lebih banyak keputihan yang akan keluar apabila tiba waktu subur, menyusukan anak atau sedang terangsang secara seksual. Baunya juga berbeza jika kita sedang mengandung atau tak berapa nak rajin jaga kebersihan dalaman huhu...

Semua perubahan diatas tidak memberi sebarang amaran bahaya. Walaubagaimanapun jika warna, bau dan kepekatannya kelihatan ketara luar biasa,  terutama jika ia disertai dengan gatal-gatal difaraj atau rasa panas, kita boleh perasan yang mungkin terdapat jangkitan atau keadaan lain.


Apa Punca Berlakunya Keputihan Yang Luarbiasa?

Apa jua perubahan pada keseimbangan bakteria normal pada vagina akan mempengaruhi bau, warna atau tekstur keputihan. Perkara-perkara berikut boleh mengubah keseimbangan tersebut :-


  • Penggunaan steroid atau antibiotik
  • Bakteria vaginosis, jangkitan bakteria yang biasa pada wanita mengandung atau wanita yang mempunyai ramai pasangan hubungan kelamin.
  • Pil perancang
  • Kanser serviks
  • Chlamydia atau gonorrhea (STDs), jangkitan kelamin
  • Diabetes
  • Sabun wangi, losyen atau mandian berbuih
  • Jangkitan tulang punggung selepas pembedahan
  • Penyakit radang tulang punggung
  • Trichomoniasis, jangkitan parasit disebabkan hubungan kelamin yang tidak selamat.
  • Atrofi Vagina, penipisan dan kekeringan dinding vagina semasa menopause.
  • Vaginitis, rasa gatal-gatal disekitar vagina.
  • Jangkitan kulat.

Jika kita keklinik untuk mendapatkan rawatan mengenai keputihan yang luarbiasa, selalunya doktor akan bertanya beberapa soalan untuk mengenalpasti masalah sebenar kita. Contohnya bila start keputihan yang tak normal ni?

Warna, bau, ada ke rasa gatal, sakit, panas disekitar vagina. Ada banyak pasangan kelamin ke dan sebagainya huhu....

Doktor mungkin mengambil sampel keputihan atau melakukan ujian Pap untuk mengumpul sel-sel daripada serviks anda untuk pemeriksaan lanjut.


Rawatan Yang Diberi Kepada Anda

Rawatan bergantung kepada apa yang punca masalah ini. Sebagai contoh , jangkitan yis biasanya dirawat dengan ubat-ubatan antikulat yang dimasukkan ke dalam faraj seperti  krim atau gel

Vaginosis bakteria dirawat dengan pil antibiotik atau krim. Trichomoniasis biasanya dirawat
dengan ubat metronidazole ( Flagyl ) atau tinidazole ( Tindamax ).


Tips Mudah Elakkan Jangkitan vagina yang boleh membawa kepada keputihan tidak normal

  • Pastikan vagina sentiasa bersih dengan membasuh menggunakan sabun yang lembut dan air suam.
  • Jangan gunakan sabun wangi dan pembersih dalaman wanita. 
  • Selepas ke tandas , sentiasa lap dari depan ke belakang untuk mengelakkan bakteria daripada masuk ke dalam faraj dan menyebabkan jangkitan. 
  • Pakai underwear yang diperbuat daripada 100 % kain kapas, dan elakkan pakaian terlalu ketat.

Ok sekarang akak nak share cara  menghilangkan keputihan tanpa perlu menggunakan segala jenis ubat-ubatan diluar sana.


Kisahnya bermula begini, ade seorang anak gadis yang gundah gulana hatinya dek masalah yang sudah setahun membelenggu dirinya. Keputihan yang dialaminya berpunca selepas makan pil tahan period ketika pergi umrah.

Selain masalah keputihan, beliau juga mengalami masalah period yang tidak teratur dan wajah tidak licin akibat jerawat yang teruk ketika disekolah dahulu.

Dek kerana gusar yang bukan kepalang dan tak tahu dah nak buat ape, si empunya diri cuba berikhtiar dan tanyekan pada ibunya produk Shaklee yang boleh bantu beliau. Ubat antibiotik yang doktor bekalkan pun tak bisa bantu huhu...

Jadi ibunya bekalkan  produk Shaklee yang lengkap untuk bantu selesaikan masalah keputihan ni iaitu B-Complex, Vitamin C, Alfafa, Garlic, GLA dan Vivix. Disamping itu produk-produk ini juga boleh membantu menyelesaikan masalah period tidak teratur dan parut jerawat.

Dengar macam banyakkan? Ok jom sambung cerita, sehari selepas ambil semua ni tumbuh jerawat diwajah empunya diri, tapi beliau ni anak yang taat, ibunya suruh teruskan je ambil semua tu. Dia pun akur

Dan hasilnya, belum sampai seminggu menggunakan Set Keputihan Premium Shaklee dengan bangganya dia beritahu jerawatnya dah hilang, keputihan pun dah berhenti!

Alhamdulillah....Bayangkan masalah yang setahun melanda beliau, tak sampai seminggu amalkan Shaklee boleh setel, phewww....

Inilah kelebihan bila kita ambil set yang lengkap, hasilnya pun cepat. Dan disamping bantu selesaikan masalah keputihan banyak lagi manfaat yang kita akan dapat dari setiap produk yang kita ambil.

Jom check this out!

B-Complex - penting diambil oleh orang yang mengalami masalah keputihan kerana, kekurangan Vitamin B boleh menyebabkan jangkitan divagina.

Vitamin C - Kuatkan sistem imun badan untuk melawan bakteria, kulat, virus dsb.

Alfafa - Bersifat antikulat semulajadi.

Garlic- Berfungsi sebagai pembunuh kulat dan antibiotik semulajadi.

GLA - mengimbangi hormon dalam badan.

Vivix - detoks sel-sel badan dan bertindak sebagai agen antikulat.













Jika anda salah seorang yang dibelenggu masalah keputihan untuk sekian lama, jom cuba Set Lengkap Untuk Keputihan dari Shaklee atau namanya Set Keputihan Premium Shaklee. InsyaAllah akan beri jalan keluar kepada masalah keputihan untuk anda bebas daripadanya.

Untuk pemilihan produk yang lebih tepat untuk masalah anda, boleh hubungi akak untuk keterangan detail dan cara makan exclusive vitamin Shaklee. Ingat cara makan diberi case to case basis bukan main hentam je. Cara makan yang betul akan memberikan hasil yang optima.

So takla membazir duit yang kita laburkan kerana cara makan yang salah tidak mampu menyelesaikan masalah kita. Rugi-rugi....

Orait sampai sini je perkongsian akak, diharap bisa membantu anda semua. Boleh hubungi akak, Huda melalui call/sms/wasap/telegram ke +6014-9209040 atau emel ke [email protected] atau jika senang berhubung di Facebook boleh pm akak di Facebook Norulhuda Seman.

Terima kasih kerana sudi membaca entri ini :)







Read More

Cari Artikel

Loading...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...