1962
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
- Rencana ini adalah berkenaan dengan tahun 1962. Bagi kegunaan lain, sila lihat 1962 (nombor).
| Abad: | Abad ke-19 · Abad ke-20 · Abad ke-21 |
| Dekad: | 1930-an 1940-an 1950-an 1960-an 1970-an 1980-an 1990-an |
| Tahun: | 1959 1960 1961 1962 1963 1964 1965 |
1962 merupakan tahun biasa yang bermula pada hari Isnin. Ia berlangsung dari 24 Rejab 1381 hingga 4 Syaaban 1382.
Peristiwa[sunting | sunting sumber]
Tarikh tepat tidak pasti[sunting | sunting sumber]
- Papan kekunci Model 33 dan pangkalan penebuk pita untuk input dan output komputer dipasarkan oleh Syarikat Teletype.
- Stereo-Pak, sebuah kartrij pita magnet storan audio yang juga dikenali sebagai kartrij 4-runut, direka oleh Earl "Madman" Muntz.
- APL dibukukan oleh Kenneth E. Iverson dengan tajuk Bahasa Pengaturcaraan A.
- FORTRAN diterbitkan.
- SNOBOL (singkatan untuk StriNg-Oriented symBOlic Language, iaitu Bahasa Bersimbol Berorientasi Rentetan) dalam pembangunan.
- Sistem grafik Sketchpad dicipta oleh Ivan Sutherland.
- Permainan Spacewar! dihasilkan dengan komputer PDP-1 dan diperkenalkan kepada umum di MIT.
- Syarikat Commodore Business Machine menjual sahamnya kepada umum.