16 September
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
16 September merupakan hari ke-258 (hari ke-259 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 107 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Hari Kemerdekaan di Mexico (1810) dan Papua New Guinea (1975);
- Hari Malaysia di Malaysia (1963).
Peristiwa[sunting | sunting sumber]
- 1597 – Perang Tujuh Tahun: Dua belas kapal Korea di bawah pimpinan Laksamana Yi Sun-sin menenggelamkan 31 kapal musuh dan menumpaskan cubaan serangan oleh Jepun.
- 1810 – Miguel Hidalgo y Costilla, seorang paderi di Dolores, Guanajuato, menyampaikan Grito de Dolores kepada pengikut-pengikutnya, memulakan Perang Kemerdekaan Mexico terhadap Sepanyol.
- 1941 – Shah Reza Pahlavi dari Iran terpaksa turun takhta bagi memberi laluan kepada anaknya Mohammad Reza Pahlavi menaiki takhta.
- 1959 – Xerox Chester Carlson
- 1963 - Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara, Sarawak and Singapura bergabung untuk membentuk Malaysia (gambar bendera).
- 1982 – Militia Lubnan yang diketuai oleh Elie Hobeika membunuh sesuka hati di khemah pelarian rakyat Palestin di Sabra dan Shatila, membunuh lebih 700 orang awam.
- 2006 – Pengeboman Haadyai mengakibatkan 4 orang terbunuh dan 82 orang lagi cedera yang melibatkan warganegara asing di samping warga tempatan.
- 2007 – Penerbangan 269 One-Two-GO Airlines terbabas di Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket, mengorbankan 89 penumpang dan anak kapal.
- 2009 – Yukio Hatoyama mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Jepun ke-60.
- 2011 – Helle Thorning-Schmidt bakal menjadi Perdana Menteri Denmark wanita pertama selepas parti campurannya memenangi pilihan raya.
- 2013 – Taufan Ingrid dan Taufan Manuel mengorbankan lebih 50 orang di Mexico.
- 2013 – Seorang lelaki menembak mati 12 orang di pangkalan Tentera Laut A.S. di Washington, D.C.
Kelahiran[sunting | sunting sumber]
- 1895 - Za'ba, cendekiawan Melayu Malaysia
- 1923 - Lee Kuan Yew, Perdana Menteri Singapura yang pertama
- 1985 - Madeline Zima, pelakon A.S.