Justin Trudeau
| The Right Honourable Justin Trudeau PC, MP |
|
|---|---|
| Trudeau di Toronto, Jun 2014 | |
|
Perdana Menteri Kanada ke-23
|
|
| Penyandang | |
| Tempoh jawatan 4 November 2015 |
|
| Raja/Ratu | Elizabeth II |
| Governor General | David Johnston |
| Didahului oleh | Stephen Harper |
|
|
|
| Penyandang | |
| Tempoh jawatan 4 November 2015 |
|
| Didahului oleh | Denis Lebel |
|
|
|
| Penyandang | |
| Tempoh jawatan 14 April 2013 |
|
| Didahului oleh | Bob Rae (interim) |
|
|
|
| Penyandang | |
| Tempoh jawatan 14 Oktober 2008 |
|
| Didahului oleh | Vivian Barbot |
|
|
|
| Lahir | 25 Disember 1971 (45 tahun) Ottawa, Ontario, Kanada |
| Parti politik | Liberal |
| Pasangan | Sophie Grégoire (kahwin Ralat: waktu tidak sah–kini) |
| Hubungan | Alexandre Trudeau (adik) Michel Trudeau (adik) James Sinclair (datuk) Charles-Émile Trudeau (datuk) |
| Anak | Xavier Ella-Grace Margaret Hadrien |
| Kediaman | Rideau Cottage (1 Sussex Drive) |
| Alma mater | Universiti McGill (B.A.) Universiti British Columbia (B.Ed.) Universiti Montreal (dihadiri) |
| Agama | Katolik Rom |
| Tandatangan | |
| Laman web | Official website Personal website |
Justin Pierre James Trudeau PC MP (lahir 25 Disember 1971) merupakan Perdana Menteri Kanada ke-23 dan semasa Kanada, dan juga Ketua Parti Liberal.[1][2] Beliau merupakan perdana menteri Kanada kedua termuda selepas Joe Clark, bahkan sebagai anak sulung bekas Perdana Menteri Pierre Trudeau, beliau juga merupakan anak kepada perdana menteri terdahulu yang pertama untuk menyandang jawatan tersebut.[3][4]
Trudeau lahir di Ottawa dan menghadiri Collège Jean-de-Brébeuf. Beliau menerima ijazah BA dalam kesusasteraan Inggeris dari Universiti McGill pada 1994 dan BEd dari Universiti British Columbia pada 1998. Beliau menjadi terkenal di mata umum pada Oktober 2000 dengan mengucapkan eulogi di upacara pengebumian bapanya.[5] Setelah tamat pengajian, beliau bekerja sebagai guru di Vancouver, mengkaji kejuruteraan, dan mengejar ijazah sarjana dalam Geografi Persekitaran. Beliau juga menggunakan kenamaannya untuk memperjuangkan pelbagai perjuangan serta berlakon dalam minisiri TV 2007 The Great War.[6]
Setelah mendalami politik ekoran pemergian bapanya, Trudeau terpilih pada pilihan raya umum 2008 untuk mewakili Papineau di House of Commons. Pada 2009, beliau dilantik sebagai pengkritik Kementerian Belia dan Kepelbagaian Budaya bagi pihak pembangkang dan pada tahun berikutnya menjadi pengkritik Kewarganegaraan dan Imigresen. Pada 2011 pula beliau dilantik sebagai pengkritik Pendidikan Menengah dan Belia dan Sukan Amatur. Trudeau memenangi jawatan ketua Parti Liberal pada April 2013, kemudian memimpin partinya ke arah kemenangan di pilihan raya umum Kanada 2015, yang melonjakkan Liberal dari tempat ketiga dengan 36 kerusi kepada 184 kerusi, iaitu peningkatan kerusi terbesar oleh sesebuah parti dalam sejarah pilihan raya Kanada.
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ↑ "Liberals projected to win majority". Toronto Star. October 19, 2015. Dicapai pada October 19, 2015. Check date values in:
|access-date=, |date=(bantuan) - ↑ "Justin Trudeau to be prime minister as Liberals surge to majority". CBC News. October 19, 2015. Dicapai pada October 19, 2015. Check date values in:
|access-date=, |date=(bantuan) - ↑ "Justin Trudeau plans to announce his cabinet Nov. 4". Toronto Star. October 20, 2015. Dicapai pada October 20, 2015. Check date values in:
|access-date=, |date=(bantuan) - ↑ "'We're back,' Trudeau tells allies abroad". Hamilton Community News. October 20, 2015. Dicapai pada October 20, 2015. Check date values in:
|access-date=, |date=(bantuan) - ↑ "Justin Trudeau*". Fondation Trudeau. Dicapai pada November 5, 2015.
- ↑ Amy Judd (October 20, 2015).