nuffnang

Saturday, December 12, 2015

Nak Pinjam Duit Boleh?

Tadi duk borak2 via wassap ngan sorang kawan nih....


Dia bukak citer about my other fren yg tak ku sangka telah meminjam duit puluh ribu gak la daripada dia... janji nk pinjam jap je (mmg semua pun janji gtu) alih2 makan bulan gak la baru bayar balik, itu pun lepas my fren tu merayu...marah dan amukkan yg meminjam tu... 

Seriously tak sangka sbb yg meminjam tu level otai2 dan nampak banyak duit la,, well nampak je la kan.. hakikatnyer... wat naya kawan... so beringatlah.. kalau kita mampu bagilah pinjam.. ye lah ada je kawan2 kita yg betul2 terdesak perlukan duit... tapi ada jugak yg jenis dah jadi perangai dia jenis suka meminjam2 demi nk nampak mewah... masa nk buat post ni teringat plak... pernah dah rupanyer aku buat post pasal kawan pinjam duit ni...



Ni aku share pengalaman aku sendiri... kawan lama tuu yg buat onar, dan bila baca balik pasal apa dia bersungguh post kad jemputan tu maybe sebab dia nak kan alamat dan no tel kawan2 yg lain utk senang dia pinjam duit, masa tu kan tak glamer sgt lg fb..sebab bila diselidik.. mmg ada pon kwn2 aku yg lain dia mintak pinjam gak..

Sunday, December 06, 2015

Cara Untuk Berhenti Merokok by Syed Alwi



ini pulak cara merawat buasir





Mamba




Rasanye setiap kali mai kedai kopi ni mesti duk kat meja nih...

Wednesday, December 02, 2015

Senang Sangat Ke BM ni?

Baru lepas tengok vdo interview Sinar FM Sarapan Pagi yg ada Mark Adam bercerita pasal dia nangis bila sampai Malaysia tengok KLIA dan KLCC tu... masa tu dia cakap dia tak pandai sangat cakap BM dan BI pastu lama2 dia belajar cakap BM thru tgk tv.. terpk plak CikCloudy.... senang sgt ke bahasa malaysia / melayu kite ni ye... rata2 pendatang asing yg datang sini kejap je dpt menguasai bahasa kita... 

Tapi serius lawak lah interviu Mark Adam tu... dia cerita cerita sedih tapi jadi lawak...


Sunday, November 29, 2015

Friday, November 27, 2015

Tuan Anas Mikael Trending di Google

pic fr astro gempak


no 2 tuu ! punyer lah ramai orang carik pasal TUAN ANAS ni kat internet yer


kepada yang tak sabar nak tunggu apa ending citer ni... meh baca full synopsis Tuan Anas Mikael ni..



SINOPSIS FULL TUAN ANAS MIKAEL

Cik Ayu Maisara, seorang graduan akaun dari UiTM menerima tawaran Tuan Anas Mikael menjadi tukang cuci selepas diugut oleh Tuan Anas. Kisah mereka bermula bila Ayu menggantikan tempat Cik Su, ibunya untuk melakukan tugasan mengemas di rumah Tuan Anas. Cik Su telah memberitahu detail tentang tugasan yang perlu disempurnakan yang menyebabkan Ayu menyangka Tuan Anas ni cerewet orangnya. Bila Ayu menggantikan tugas mak dia, Ayu tersalah mop tangga sehinggalah menyebabkan Tuan Anas tergelincir jatuh.
Lepas terima tawaran Tuan Anas, kerja-kerja Ayu bukan setakat mengemas rumah je, Tuan Anas meminta belajar memasak kesukaannya, memandu kereta dan dibawa ke pejabat dengan alasan mahu menjadi seorang yang sempurna di mata Tuan Anas. Bila di tanya kenapa, Tuan Anas kata dia mempersiapkan Ayu untuk menjadi project manager di sebuah hotel Tuan Anas di Krabi.
Dalam masa yang singkat, Ayu berjaya menuruti kehendak Tuan Anas. Belajar segala-galanya tentang dapur dan pejabat. Yang penting pada Ayu, kena ada keyakinan. Tuan Anas kata, kalau Ayu jaga dia elok-elok... dia pun akan jaga Ayu elok-elok. Itulah password mereka .
Bila projek di Krabi berjalan, Ayu dihantar sebagai projek manager di sana. Tugasan sebagai Projek manager tu sepatutnya disandang oleh Safra Ariana. Safra tidak berpuas hati dengan tindakan Tuan Anas. Sikap Safra yang tak menunjukkan dia berminat untuk bekerja dan memilih Ayu sebagai Projek manager. Tuan Anas sebenarnya akan dijodohkan dengan Safra, cucu Tun Akhiruddin yang juga bisnes partner Tuan Anas .
Di Krabi, Tuan Anas akhirnya meluahkan rasa cinta pada Ayu. Ayu umpama tarik tali. Cik Su pernah berpesan agar jangan jatuh cinta pada Tuan Anas agar peristiwa lama tidak berulang ( percintaan mak dan ayahnya dulu ) . Tapi Ayu hanya setuju untuk berlakon menjadi girlfriend Tuan Anas depan mak Tuan Anas sebab Tuan Anas nak mengelak daripada berkahwin dengan Safra. Bila tiba masa untuk memperkenalkan Ayu sebagai girlfriend, lain pula yang jadi bila Tuan Anas memperkenalkan Raisya Putri ( Peguam Syarikat ) sebagai girlfriendnya.
Ayu Maisarah Ayman, anak kepada Maisurah dan Ayman Akhiruddin. Perkahwinan Ayman dengan Maisurah ditentang sehinggalah dia kahwin lari dengan Maisurah dan tinggalkan keluarga dan harta yang menimbun. Siapa sangka, pertemuan dia dengan Tuan Anas membongkar misteri keluarga ayahnya sendiri. Ayman merupakan anak kepada Tun Amina dan Tun Akhiruddin. Safra pula cucu angkat kepada Tun Akhiruddin dan Tun Amina. Safra ni, anak kepada Dato Azhar, anak angkat Tun Akhiruddin dan juga merupakan adik beradik angkat kepada Ayman, ayah Ayu.
Ayah Ayu dah meninggal dibunuh perompak. Itu kata surat khabar. Tetapi hakikatnya, Dato Azhar yang bunuh kerana rasa cemburu yang melampau. Pada Dato Azhar , Dia hanya akan dijadikan pilihan kedua bila Ayman tidak mahu. Dato Azhar juga dipaksa berkahwin dengan ibu Safra bila Ayman menolak keras pilihan keluarganya sedangkan waktu itu Dato Azhar sudah mempunyai pilihan lain. Tak angin tak ada ribut Tuan Anas bersetuju untuk berkahwin dengan Safra. Ayu yang cuba menggagalkan perkahwinan Tuan Anas dengan Safra dan merancang sesuatu tetapi dihalang oleh Tuan Anas. Tuan Anas juga tahu jika Ayu mengaku yang Ayu adalah cucu tunggal Tun Amina dan Tun Akhiruddin nyawa Ayu dalam bahaya. Ini kerana Dato Azhar akan melenyapkan semua waris Ayman .
Kedegilan Ayu menonjolkan diri di depan Tun Amina sebenarnya merosakkan plan Tuan Anas. Dato Azhar terkejut bila Ayu Maisarah berani menonjolkan diri. Dato Azhar terus memaksa agar Ayu menyerahkan Yayasan Ayman pada Dato Azhar. Ayu akan menyerahkan Yayasan pada Dato Azhar tetapi bersyarat. Batalkan perkahwinan Tuan Anas dan Safra. Dato Azhar berpura-pura setuju dalam masa yang sama Ayu dicolek dan akan dibunuh bersama Cik Su dan Tun Amina.
Dengan Bantuan Tuan Anas Ayu , Cik Su dan Tun Amina selamat tetapi Dato Azhar ditembak mati. Sejak Ayu menonjolkan diri sebagai cucu Tun Amina . Tanpa sedar Tuan Anas selalu mengikut gerak geri Ayu kerana risaukan akan keselamatannya. Selepas kematian Dato Azhar hidup Ayu dan Cik su berubah. Mereka tidak lagi menyewa rumah malah mereka tinggal dirumah Agam milik Tun Amina dan Tun Akhiruddin. Safra dihukum penjara kerana cubaan membunuh Tuan Anas. Tuan Anas menghilangkan diri tanpa berita. Hinggalah suatu hari Tun Amina merancang sesuatu mereka diketemukan kembali. Sebenarnya mummy Tuan Anas tak kisah siapa bakal menantunya yang penting kebahagiaan Tuan Anas. Mummy Tuan Anas memilih Safra sebagai menantu kerana ingin membalas budi Tun Akhiruddin pada keluarganya. Ayu gembira bila Tuan Anas Mikael kembali padanya setelah lama menghilang.


Read more: http://www.perekacerita.com/2015/09/tuan-anas-mikael-astro-ria.html#ixzz3sTrmUFS9

Friday, November 20, 2015

Laluan Bas Rapid Kuantan



Ni dia jadual perjalanan bas rapid kuantan... letak kat blog ni senang nak refer.

TUAN ANAS MIKAEL

Sapa tengok citer Tuan Anas Mikael???? ngeeee...

Best kan... walaupun mcm cheesy sgt..walaupun mcm byk je tak logik... but well who cares.. as long as it make us feels good kan.. sengih sorang2 tgk citer tu..ahakss..



location dalam citer ni punyer lah mewah... rumah tuan anas mmg perghhh.. buatku tertanya2 rumah siapakah itu? ofis dia pun cantik giler... warna tema hitam tuu.. yg rumah tun aminah tu tau dah rumah datuk aliff syukri terlajak laris tuu... yg rumah tuan anas tu rumah ziela jalil kah? sapa tau?? tnya cik gugel pon tak jumpe jawapan..

Wednesday, November 11, 2015

Of Perempuan Keras Kepala

Perempuan keras kepala yg paling lelaki tak suka.

Setuju?

Mengalah tak bererti kalah. Tapi, susah nak senang2 mengalahkan... kite buat keras kepala sebab kite nk org2 lelaki ni paham sepaham, pahamnye akan isu yg diperdebatkan atau apa yg kita tak puas hati tu. 

Tapi lelaki ni... dia paham pun luaran dia buat tak paham jek... 

give n take je lah...

So... sebab itulah men r from mars n women r fr venus....