YES! – Promosi percutian hujung tahun sempena cuti sekolah kembali lagi.

Published by:

” YES! Year end promotion “  kembali lagi. Dah ada perancangan ke nak bercuti ke mana-mana ? Ikut perancangan nak ke mana ? Malaysia saja ke ? Singapore ? atau Indonesia ? Sini tengok ada promosi sangat hebat dari TRAVELOKA. Ini berita gembira. Traveloka  , Malindo Air , Citibank dan juga banyak hotel terpilih bergabung untuk merealisasikan impian kita untuk bercuti bersama keluarga.

Untuk tempahan tawaran percutian hujung tahun sempena cuti sekolah ini korang boleh klik link — > YEAR END SALE PROMOTION 

Lebih 100 hotel menawarkan potongan harga murah murah dan tengok ke tiga-tiga kempen  di bawah :

  • ADVENTUROUS DEALS YOU CAN’T SAY NO TO!

    yes

Lebih 100 hotel menawarkan potongan harga yang sangat berbaloi. Apa yang lagi best ? Travel period dan stay period tu anytime , maksudnya tempah sekarang bercuti kemudian ikut tarikh yang tuan puan free. Cuti sekolah tak lama dah. Lepas bulan November dan Disember ada lagi cuti tahun baru cina. Masa ni lah kita nak bercuti dengan keluarga kan.

Semasa pilih hotel tu , jangan risau ada banyak pilihan boleh pilih hotel dengan breakfast , dengan katil besar ke kecil ke .. semua senang. Just masukkan saja tarikh pergi dan tarikh nak menginap di mana . Dan pilih click-click semua maklumat tersedia.

Kena ingat :

  1. Tarikh booking 8-14 November sahaja. So book sekarang .. jangan tunggu lagi.
  2. Booking sekarang boleh guna untuk travel anytime dan tinggal anytime.
  3. Mesti masukkan code promo semasa membuat pembayaran selepas booking flight dan hotel. Nak code promo ? KLIK LINK DI NO 7.
  4. Tiada minimum transaksi.
  5. Valid untuk semua jenis airline dan hotel.
  6. Promosi ini terhad untuk pembayaran menggunakan MYR/RM sahaja.
  7. Tak boleh combine dengan promosi lain.
  8. LINK PROMOSI – jEMPUT TENGOK .. 
  • SMARTER TRAVEL BEGINS WITH THE RIGHT CHOICE

    yes-2Ini berita gembira buat pemegang kad Citibank , Ada diskaun jika korang buat pembayaran meggunakan kad bank Citibank. Apa lagi , grab semua promotion dah alang-alang nak pergi bercuti tu kan.

Continue reading

Syamim 3 tahun – 11.11.16

Published by:

Assalamulaikum , syamim dah masuk 3 tahun pada 11.11.16. Cepat nya masa berlalu kan. Sekarang ni syamim masi lagi menyusu susu ibu. Tak mau air / susu lain. Bercakap agak pelat.

Tetapi syamim menjadi anak paling romantik , paling sweet talking , paling pandai memuji orang. Pampers masih lagi pakai. Berapa hari dah cuba ceraikan pampers tu. Tapi budak dah cerdik , sendiri ambik pampers nak pakai .

syamim-3y

Selamat hari lahir anak ibu. Walaupun syamim selalu ngaku anak ayah je! Doa ibu .. tak ada lain .. hidup lah dengan sihat dan gembira.

Agak-agak blog ini akan bertahan 7 tahun lagi tak ?

Potong line streamyx , Langkah penjimatan kos

Published by:

Assalamualaikum , Hai … apa khabar semua ? hee berita gembira kat korang , sekarang potong streamyx boleh bagi alasan langkah penjimatan kos tau. Saya sebenarnya malas nak register baru di rumah sewa baru , jadi potong saja lah. Salah satu sebab nya nak jimat kos juga lah. Sekarang semua mahal lah. Terasa betul. Tetapi ..

Semasa nak potong line saya pergi ke kaunter TM Point , bil saya sebulan RM134. Tak sangka pula ye. Kalau kita nak potong sebab nak jimat  pegawai tu offer kepada saya RM100 sebulan , jika saya nak teruskan langganan. Wah !  kalau tau dah lama buat. Jimat RM34 sebulan tau. Hurmm tapi dah lewat lah.potong-line-streamyx

Lepas potong TM Streamyx , pergi langgan u-mobile hero pakej pulak. RM98 sebulan. Tukar nombor yang sama dari tunetalk ke umobile. Tunetalk pun bukan elok sangat. Line internet laju tapi kalau nak bercakap macam dalam gua. Walaupun tunetalk sebenarnya best. Topup RM30 dapat percuma 1gb data. Topup RM50 dapat percuma 1.5gb data. Tetapi .. saya jarang call orang. Semua whatapp saja. Call mak pakai telefon rumah.

Itu dulu , sekarang kena call mak guna mobile lah. Lagi pun takpe sebab umobile bagi unlimited call ke mana-mana nombor.

So saya jimat

RM134 + RM30 – RM98 = RM 66 Continue reading

Tarikh keputusan UPSR 2016 diumumkan dan cara semak online sms

Published by:

Calon UPSR 2016 akan menerima keputusan UPSR mereka pada bulan November ini. Anak sulung saya juga merupakan calon UPSR. Berdebar juga menunggu keputusan UPSR. Apa pun keputusan yang di terima oleh anak kita sebagai ibu bapa haruslah bertenang.

INFO TENTANG CARA BUAT SEMAKAN KEPUTUSAN UPSR 2016

Pada tarikh rasmi keputusan UPSR 2016 diumumkan keluar nanti, calon boleh mendapatkan keputusan tersebut melalui sekolah masing-masing bermula jam 10 pagi Selain itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) turut menyediakan perkhidmatan semakan ringkasan keputusan secara online dan sistem pesanan ringkas.

  1. Tarikh pengumuman rasmi keputusan UPSR 2016 —– > 17 November 2016 hari khamis.
  2. Laman Sistem Aplikasi Semakan Keputusan UPSR 2016 Secara Online —– > SEMAKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN.
  3. Semakan keputusan UPSR melalui SMS — > Taip : UPSR (jarak) ANGKA GILIRAN dan hantar ke 15888 Contoh: UPSR mm202022 hantar ke 15888
  4. Slip keputusan penuh — > Boleh di dapatkan di sekolah masing-masing seawal jam 10 pagi pada tarikh rasmi keputusan upsr di keluarkan

P/S : Saya comfirm akan semak online , atau sms .. tunggu anak balik dari sekolah lambat le .. ke boleh pergi tunggu di sekolah juga  huwaaa