Semak Plugin Anda
Plugin memberi kuasa untuk video, animasi dan permainan Firefox anda. Mengawasi status dan memastikan sentiasa terkini.
Pastikan anda mula semula Firefox selepas membuat semua kemaskini yang disyorkan.
Common plugin anda perlu sentiasa disemak.
Semua plugin (0) rentan
| Plugin | Status | Tindakan |
|---|
| Plugin | Status |
|---|
| Plugin | Tindakan |
|---|
Soalan Common Plugin
Perlukan bantuan? Kunjungi Mozilla Support.Apa itu plugin?
- Plugin ialah bit perisian yang menguasakan video, animasi dan permainan dalam pelayar anda.
- Plugin dibina oleh syarikat luar daripada Firefox seperti Adobe Systems dan Apple.
Mengapa saya harus mengemaskini plugin saya?
- Plugin lama meningkatkan risiko anda untuk diserang malware, virus dan ancaman sekuriti yang lain. Plugin juga boleh menyebabkan gangguan yang mempengaruhi pengalaman pelayar anda.
- Plugin yang sentiasa dikemaskini memastikan pelayar anda lancar dan selamat.
- Plugin tidak semestinya dikemaskini secara automatik, jadi terpulang kepada anda menyemaknya dari masa ke semasa.
Bagaimana boleh Firefox membantu saya?
Pada masa akan datang, Firefox akan mengemaskini plugin untuk anda. Sebelum itu, anda perlu sentiasa semak halaman ini dan kemas kini plugin untuk pastikan Firefox anda sentiasa selamat.
Bagaimana saya boleh lihat plugin yang telah dipasang dalam Firefox saya?
Kami mengesan plugin di atas secara automatik. Untuk paparkan semua plugin yang dipasang dalam Firefox, ikuti langkah tersebut dalam pelayar desktop anda:
- Buka .
- Pilih Add-ons.
- Tekan tab plugin.
Bagaimana saya boleh melumpuhkan plugin?
Dalam Firefox untuk desktop:
- Buka .
- Pilih Add-ons.
- Tekan tab plugin.
- Klik pada menu turun bawah di sebelah plugin yang anda mahu nyahdayakan.
- Pilih "Jangan Sesekali Aktifkan" daripada pilihan yang tersedia.
Amaran: Menyahdayakan plugin bermaksud bahawa anda tidak lagi dapat melakukan beberapa perkara tertentu. Sebagai contoh, jika anda nyahdayakan Flash, anda tidak akan dapat menonton video dalam beberapa laman web.