Isnin, 17 Julai 2017

Najib Troll Pembangkang Lagi - Naik MRT Boleh Pergi Penjara Sungai Buloh..

Semenjak dua menjak neh Najib suka sangat troll pembangkang. Awalnya Najib troll Rafizi dalam isu pelancaran MRT dengan hashtag #TheRealKangMove dan semalamnya Najib troll pula tentang penjara Sungai Buloh - konon nak sindir Anwar Ibrahim yang dipenjarakanlah tu.



"Bermula esok, perjalanan untuk melawat kenalan di Sungai Buloh dari Kajang akan menjadi lebih mudah dan selesa!," katanya di Facebook beliau.

Kajang - wakil rakyatnya ialah Datin Seri Wan Azizah, isteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini dipenjarakan di Sungai Buloh.

Rata-rata netizens membaca status tersebut sebagai troll untuk menyindir pihak pembangkang terutamanya keluarga Anwar Ibrahim.

Troll neh selalunya dikaitkan dengan rasa gembira. Najib ceria - maka dia boleh troll orang dengan suka hati. Mungkin keceriaan Najib ada kaitan dengan keputusan survey. Seperti yang kita sedia maklum sejak beberapa bulan yang lepas, pasukan peninjau yang dilantik oleh BN telah bergerak ke seluruh Malaysia bagi mengutip tinjauan tentang pendapat rakyat mengenai sokongan mereka terhadap parti-parti politik.

Tinjauan juga dilakukan dengan pelbagai cara. Offline dan online. Secara borang ataupun mengisinya di alam maya. Secara panggilan mahupun bertemu empat mata. Dengan pasukan strategik BN yang mantap dan berjaya menguasai internet tidak seperti 8 tahun terdahulu, rasanya sudah sampai masanya untuk pembangkang merasa was-was dengan kemampuan mereka bagi mengekalkan kemenangan di kerusi sedia ada. Usah merasa terlalu selesa. Jangan sampai dah terhantuk baru nak tergadah.

Ramai Puji MRT Meskipun Tak Suka Najib - Netizens Sangkal Dakwaan MRT Hadiah PM Buat Rakyat.

Rabu lepas (12 Julai) media sosial dibanjiri isu pelancaran MRT fasa II yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak. Najib bersama rombongannya termasuk anak dan isteri beliau menaiki MRT di beberapa lokasi dan shutter bus bagi merasai sendiri pengalaman menaiki pengangkutan itu yang pertama kalinya beroperasi di laluan Semantan - Kajang.

Disember lepas Najib melancarkan MRT Fasa I yang beroperasi di laluan Sungai Buloh - Semantan. Pelancaran fasa II melengkapkan laluan MRT Sungai Buloh - Kajang seperti dalam perancangan asal projek.


MRT Sungai Buloh - Kajang kini beroperasi sepenuhnya bermula 17 Julai (hari ini). Ketika melakukan operasi percubaan terdapat dakwaan Najib dan rombongannya telah menyebabkan beberapa penumpang diarah berpindah ke belakang bagi memberikan laluan kepada rombongan Najib yang menaiki MRT itu pada rabu lepas.

Dakwaan penumpang diarah ke belakang

Dakwaan yang ditulis oleh Andrew itu viral di media sosial selepas Malaysiakini melaporkan perkara itu.


"Disebabkan Najib dan rombongannya dijadualkan menaiki MRT (pada hari itu), kakitangan MRT telah bertindak mengosongkan gerabak hadapan yang menyebabkan penumpang (dipaksa) perlu berganjak ke ke arah belakang. Bila agaknya ahli politik mahu sedar bahawanya mereka disitu untuk berkhidmat kepada rakyat dan bukannya rakyat perlu menyenangkan hidup mereka," tulis Andrew dalam Facebook beliau.

Dakwaan Andrew itu bagaimanapun dinafikan oleh pasangan suami isteri Yilyn Chan dan William Cheah yang sebenarnya turut dijemput untuk menyertai rombongan Najib menaiki MRT pada percubaan pertama. Beberapa individu ternama dan berpengaruh terutamanya di media sosial juga diajak dalam rombongan berkenaan. Antaranya Wak Doyok dan blogger-blogger terkenal Malaysia.

Menurut William Cheah tiada kejadian penumpang diarah berpindah ke belakang seperti dakwaan Andrew dan rakyat Malaysia perlu berbangga dengan pencapaian (pembinaan MRT) berbanding mengkritiknya secara keterlaluan tulisnya di Facebook.

Tambah William Cheah lagi, kerusi shutter bus telah siap ditandakan dengan nama masing-masing dan lokasi MRT yang dinaiki oleh Najib itu juga sebenarnya belum dibuka kepada umum. Jadi bagaimana mungkin dakwaan penumpang lain dihalau ke belakang oleh rombongan Najib, dakwa William lagi.

Bagaimanapun Andrew mempertahankan dakwaan beliau kerana sebenarnya situasi Andrew dan William adalah merujuk kepada dua lokasi yang berbeza.


Menurut Andrew, Najib mulai menaiki tren di Pusat Bandar Damansara, iaitu di laluan yang telah pun dibuka kepada orang ramai, manakala pasangan suami isteri William dan Yilyn pula hanya mula (dan menyertai rombongan Najib) menaiki tren di laluan yang belum dibuka kepada umum.

Pada awalnya selepas rombongan Najib menaiki tren dari laluan Pusat Bandar Damansara, dan kesemua penumpang biasa perlu keluar semasa di Semantan, rombongan Najib masih berada di dalam tren untuk meneruskan perjalanan ke lokasi yang belum dilancarkan kepada umum.


Malaysiakini turut dikecam kerana melaporkan berita fitnah kononnya ( rombongan Najib menghalau penumpang ke belakang) namun didapati dua versi cerita yang berbeza adalah disebabkan ia berlaku di dua lokasi yang berlainan.

Netizens raikan MRT tetapi..

Tinjauan di laman sosial juga mendapati rata-rata netizens memuji pelancaran MRT bagi memudahkan perjalanan ke destinasi pilihan. Malahan tindakan kerajaan memberikan discount sehingga 50% (80% dengan kad Touch N Go) turut dipuji ramai netizens termasuk oleh mereka yang kerap menyokong pembangkang.

Bagaimanapun ada yang mempertikaikan kos pembinaan MRT dan juga mengaitkan pengurangan tambang dengan PRU yang akan diadakan dalam masa terdekat. 

Page Tentera Troll Kebangsaan Malaysia pula mengkritik tindakan sesetengah netizens cina yang mempertikaikan pelancaran MRT kerana memberikan komen yang keterlaluan - seperti tidak menghargai pencapaian negara yang sepatutnya dibanggakan rakyat.

Salleh kata MRT hadiah PM buat rakyat

Salleh dalam satu kenyataan yang dipetik dari portal Malaysiakini dilaporkan berkata pembinaan MRT ialah hadiah PM buat rakyat Malaysia. 

Kenyataan itu bagaimanapun mengundang rasa marah netizens ke atas menteri berkenaan. 

"Hadiah? Hang ingat duit kerajaan neh mak bapak hang punya ka? Ini tanggungjawab kerajaan la," kata Adam Harith.

Manakala Clifford Tan pula memberikan respon "Ia dibina menggunakan wang pembayar cukai (dan siapa tahu jika ada penyelewengan di dalamnya dan apa yang dilesapkan bersama projek ini). Menyediakan dan menyelenggara pengangkutan awam adalah menjadi tanggungjawab asas kerajaan. Najib menuntut pujian ke atas satu perkara yang memang dari azali menjadi tanggungjawab pemerintah untuk melaksanakan kerjanya,".

"Teknikalnya, wang yang dibina untuk projek guna duit rakyat jadi sepatutnya MRT ialah hadiah rakyat untuk rakyat," kata Kenny Teoh pula.

"Kepala bana hadiah PM. Itu semua duit rakyat bodoh! Muslihat nak tutup duit berbillion dia songlap. Kalau gift naik free train la. Ini kena bayar. Lepas tu sepuluh kali nak naikkan tambang, puihh la," luah Sidique dalam nada seperti kemarahan. 



Pihak kami bersetuju dengan kebanyakkan pendapat yang diutarakan oleh netizens bagi membidas kenyataan Salleh Keruak. Bagaimanapun Salleh Keruak masih terlalu jauh untuk memegang gelaran yang pernah disandang oleh Ahmad Maslan, jika itu sesuatu yang diimpikan beliau. Bodek-bodek beliau setakat ini walaupun bengong masih terlalu hambar jika dibandingkan dengan Ahmad Maslan.

Selagi Salleh Keruak tidak membuat apa-apa kenyataan bodoh bagi menyaingi kenyataan Ahmad Maslan - GST boleh turunkan harga barang; selagi itulah netizens akan kekal menobatkan Ahmad Maslan nombor 1 - menteri paling bengong dalam sejarah Malaysia untuk abad ini sekurang-kurangnya. 

Netizens Pertikai Tindakan Pukul Pasangan Mencuri Tabung Masjid.

"Pasangan suami isteri (pakcik & makcik) di pukul kerana dituduh mencuri duit tabung masjid. Duit tabung masjid sepatutnya digunakan untuk membantu orang susah bukan sekadar digunakan untuk bagi SAMPOL pada ustaz-ustaz sahaja," demikian status yang ditulis oleh Tok Usin Ceroi di halaman Facebook beliau.
Gambar-gambar pasangan yang didakwa mencuri tabung masjid juga disebarkan oleh individu berkenaan.


Tambah beliau lagi, "Kalau kat gereja siap ada lagi tabung untuk orang susah. Moralnya tidak perlu pukul sampai macam tu, memang dalam kesempitan sangat tu, lain lah kalau mat gian yang pi curi tu. Memburukkan imej Islam saja pi pukul macam tu," katanya.
"Sepatutnya kita membantu bukannya menyusahkan lagi,mungkin anak-anak depa sedang kelaparan kat rumah, bagaimana perasaan anak-anak yang sedang lapar tu bila tengok mak ayah depa diperlakukan sedemikian. Cuba kita pejamkan mata dan duduk sekejap di tempat anak-anak depa. Apa kita rasa?," katanya lagi.
Ramai netizens yang menyokong pandangan tersebut dan mempertikaikan kewajaran memukul pasangan mencuri apatah lagi di khayalak awam.
Abby Abadi turut memberikan pandangannya atas isu tersebut. Menurutnya walaupun pasangan itu melakukan kesalahan sepatutnya perkara itu diselesaikan secara baik, jangan sampai terjadinya kes pukul-pukul orang sampai mati akhirnya kita pula ke tali gantung.
Menurut laporan Harian Metro, pasangan yang didakwa mencuri itu adalah pasangan suami isteri di mana si suami berusia 27 tahun dan isterinya berusia 31 tahun. Mereka didakwa kantoi mencuri apabila si suami cuba mengalihkan kedudukan CCTV dan tangannya dilihat memegang pemotong besi.
Bagaimanapun suspek lelaki kelihatan terkejut dengan kehadiran penduduk di masjid berkenaan sebelum bertindak cuba melepaskan diri namun akhirnya dikepung dan dibelasah orang ramai.
Siasatan mendapati wang hasil sumbangan didapati hilang dengan kunci mangga bagi tabung besi masjid telah dipotong. Wang berkenaan juga dilaporkan dijumpai pada badan suspek. 
Kejadian dilaporkan berlaku di Masjid Nurjannah Kariah, Ayer Hitam Pantai, Masjid Tanah pada jam 6.30 petang semalam.

Sabtu, 15 Julai 2017

Carbon Credit, Kelantan Akan Dapat 5 Juta Setahun? Boleh Percaya Ke Soal Husam.

Oleh : Husam Musa
Dua Kali Tahniah! Semua Perbelanjaan CP Ditanggung Hasil Jualan Serapan Karbon
Tulisan ini respon saya kepada saudara Mortazi Ismail. Tulisan dengan nama diri sebenar dan dengan cara baik, wajar diberikan respon.
Dalam buku anggaran Budget 2016 atau mungkin termasuk 2017 ( saya tidak berkesempatan menyemak) dicatitkan Kerajaan akan menerima hasil karbon trading sejumlah RM 50 juta, pada hal perjanjian belum pun ditanda tangani.
Itu dikira bercakap benar? Itu bukan mengelirukan?
Perjanjian belum tanda tangan tetapi hasil telah dicatit.
Akhirnya, wang yang dicatit tidak masuk sampai akhir tahun. Macam mana hendak masuk? Perjanjian belum ditanda tangani.
Tetapi itu tidak mengelirukan? Itu cerdik?
Kata saudara Murtazi, Kerajaan cerdik kerana menjelang 2017, Kerajaan akan mendapat RM 5 juta setahun sebelum stok karbon diaudit lagi.
Kerajaan sudah dapat wang itu?
Belum lagi. Hanya disebut oleh Dato Anuar Tan di dalam DUN.
Apa jaminan dan kepastian akan dapat? Entah dapat entah tidak.
Jika dicatit di dalam buku Budget sebanyak RM 50 juta yang perlu diundi oleh Adun untuk diluluskan, pun akhirnya hanya catitan tanpa wang, ini kan pula sebutan biasa di dalam DUN.
Tetapi itu bukan mengelirukan atau cubaan mengeliru?
Mari kita melihat apa kata perjanjian. Mengikut perjanjian, saya difahamkan ia ditulis begini:
Schedule 5 : Jadual Pembayaran
Payment derived from Carbon Trading or REDD
i. The allocation in percentage out of the annual net/gross profit will be on the ratio of 55% for the State Government while Climate Protectors entitles for 45%.
ii. ..... the aforesaid payment shall be made payable annually before or on 31st January for each year, commencing from the second year of the agreement. The payment table is as follows:-
1st payment. 31st January 2018. 55%
Jelas yang disebut di sini adalah, peratus bayaran bahagian Kerajaan sebanyak 55% , bermula tahun kedua perjanjian/commencing from the second year of the agreement.
Perjanjian termeterai Januari 2017.
Januari 2018 adalah tahun kedua perjanjian.
Kerana itu CP mesti membayar dan bayaran itu bukan bayaran menunggu kajian, tetapi bayaran sebenar seperti perjanjian!
Jangan keliru dan cuba mengelirukan.
Saudara Murtazi boleh mengelirukan orang lain, tetapi janganlah berjenaka dalam isu sebesar ini dengan Adun yang dipilih rakyat.
Saya difahamkan, tidak ada mana-mana klausa dalam perjanjian menyebut mengenai tempoh kajian 12-24 bulan.
Januari 2019, tempoh 24 bulan menjadi genap. Jika dikatakan selepas 24 bulan baru bayaran penuh akan diperolehi, kenapa Januari 2019 juga bayaran yang dikatakan akan diterima tetap RM 5 juta?
Siapa keliru siapa?
Lihat kembali apa yang dicatat di atas, 'net/gross profit'.
Maknanya apa? Setakat saya faham, maknanya semua jumlah jualan serapan karbon oleh CP terlebih dahulu perlu menolak kos atau expenses CP.
Ia selari dengan definition expenses dalam apa yang saya diberi faham kandungan perjanjian yang berbunyi:
Definitions
Expenses means all expenses of whatsoever kind or nature properly and reasonably incurred by CLIMATE PROTECTORS in the course of providing the Services, including without limitation all fees of the External Consultants, legal and accounting fees, air travel, accommodation expenses and commissions but not including any Taxes.
Orang cerdik macam Saudara Murtazi boleh faham dengan jelas apa yang dicatit di atas.
Semua perbelanjaan ditolak terlebih dahulu oleh CP dari apa jua hasil yang ia kutip. Baru diserahkan net 55% kepada kerajaan.
Pertama, siapa yang menentukan perbelanjaan itu adalah benar, wajar, telus dan lainnya?
Ini satu lagi isu.
Saya difaham, tiada ditentukan dalam perjanjian. Ia kebebasan syarikat sepenuhnya.
Apa jaminan syarikat jujur nanti?
Kedua, syarikat yang dimiliki oleh empat orang pemegang saham mendapat 45% atau terendah 40% selepas lima tahun, bersih.
Perbelanjaan operasinya ditanggung menggunakan hasil pendapatan atau apa jua jualan.
Siapa lebih beruntung? Kerajaan atau syarikat?
Apa modal dan pelaburan syarikat kalau perbelanjaan operasi program ini tertanggung sepenuhnya?
Bukankah untung percuma?
Dan itu dikatakan cerdik? Kerajaan lebih cerdik atau syarikat?
Kembali kepada kiraan YB D Anuar Tan dalam sidang DUN Belanjawan pada akhir 2016, kiraan adalah seperti berikut:
A. Setiap hektar terdapat 20 kredit karbon
B. Setiap kredit karbon boleh dijual dgn RM 25 satu kredit
C. Bermakna, setiap hektar akan memperolehi :
20 X 25 = RM 500 se hektar atau RM 202.35 se ekar.
Soalnya, dari mana Dato Anuar Tan mendapat angka ini? Pada hal, katanya kajian belum dibuat.
Bukankah ini nanti juga tidak benar? Sedang Kerajaan dan rakyat sudah menjadi Mat Jenin?
Jika angkanya sudah ada dan angka ini benar, bukan bertujuan mengelirukan, mengapa Kerajaan tidak menggunakan angka itu sahaja untuk disahkan?
Adakah ini bukan mengelirukan?
Kecuali Kerajaan pun ragu tetapi bercakap berdegar-degar utk mengelirukan rakyat.
Alhamdulillah, setakat ini saya belum keliru walau pun cuba dikelirukan.

Jumaat, 14 Julai 2017

Pengkritik Selar Aktivis LGBT Melayu Muslim Letak Jawatan Dalam DAP.

Semalam, 13 Julai 2017, portal Free Malaysia Today (FMT) melaporkan bahawa Numan Afifi (NA), seorang pejuang hak LGBT telah meletakkan jawatan dalam DAP kerana tidak mahu ia terkesan atau terjejas oleh politik, berdasarkan laporan bertajuk “Subang DAP youth leader denies quitting over ‘gay iftar’”.
Sumber - Facebook
Dalam penafian bahawa tidak ada perkaitan dengan perletakan jawatan NA, Pengerusi Kebangsaan DAPSY, Wong Kah Woh, seperti dilaporkan FMT, menyebut bahawa “He resigned on his own initiative” dan disokong oleh Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan, Rajiv Rishyakaran mengikut laporan berita yang sama.
NA meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Publisiti DAPSY Subang dan juga jawatannya di Sekolah Demokrasi. NA walaubagaimanapun menafikan bahawa perletakan jawatan ini mempunyai hubung kait dengan kecaman hebat yang dilemparkan berikutan iftar gay yang dianjurkan pada 10 Jun 2017 yang lalu dengan sokongan gerakan dan pendukung liberal seperti mantan pengurus program Sisters in Islam, Suri Kempe, Dorian Wilde dan Nisha Ayub dari Justice For Sisters.
Memetik laporan FMT tersebut, NA menyebut “I think for the cause I’m doing, I don’t want it to be affected by politics. So I think it’s best for the activism I’m doing to not be influenced by politics” kepada Malay Mail Online (MMO).
NA adalah presiden kepada sebuah kumpulan yang diasaskan oleh beliau yang mendukung hak LGBT dan beliau juga terlibat dalam Pelangi Campaign sehingga kini.
Meskipun begitu, apa yang menghairankan saya adalah, mengapa, kerajaan Pulau Pinang yang dipimpin oleh DAP boleh memperkenan bahkan menyokong dan memuji penubuhan Jawatankuasa Transgender Pulau Pinang sekiranya ia boleh dan berisiko terkesan dengan agenda, perancangan atau strategi politik parti DAP ataupun kerajaan Pulau Pinang?
Pada 17 Mei 2016, Malaysiakini melaporkan, dengan tajuk “Panel transgender Pulau Pinang jadi realiti”, bahawa Jawatankuasa Transgender Pulau Pinang telah mengadakan mesyuarat julung kalinya di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada 17 Mei 2016 selepas tujuh tahun kerajaan negeri dilobi oleh gerakan LGBT melalui Ahli Dewan Undangan Negeri DAP Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu yang menjadi pengerusi sementara jawatankuasa transgender itu, dan dibantu oleh Exco Wanita ADUN DAP Padang Lalang Chong Eng dalam merealisasikan pembentukannya.
Lalu timbul persoalan, apakah ADUN DAP Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu atau ADUN DAP Padang Lalang Chong Eng kedua-duanya tidak berasa khuatir sekiranya gerakan LGBT di Pulau Pinang ini akan terjejas atau terkesan oleh agenda, perancangan, strategi atau permainan politik parti DAP ataupun kerajaan Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng?
Mengapakah apa yang berlaku di Pulau Pinang adalah sebaliknya yang berlaku kepada NA di Subang sehingga beliau ‘terpaksa’ meletakkan jawatan tanpa ada pujuk rayu dan sokongan daripada pimpinan DAPSY untuk Numan kekal sebagai Setiausaha Publisiti DAPSY bagi meneruskan perjuangan LGBTnya di atas platform politik?
Ataukah kerana NA ini seorang Melayu dan beragama Islam lantas DAP tidak boleh menjamin survival politiknya sekiranya NA kekal memegang jawatan dalam DAP sehingga menyukarkan DAP untuk memancing undi Melayu beragama Islam?
Jadi, apakah pendirian DAP sebenarnya dalam isu LGBT?
Menurut laporan berita Malaysiakini tersebut, Teh menyebut bahawa “Saya melihat ini (penubuhan jawatankuasa transgender) sebagai sebahagian daripada reformasi dewan undangan negeri; kami telah menetapkan keutamaan dalam perjuangan ini,”. Teh juga menyebut bahawa walaupun beliau telah melobi selama tujuh tahun, “Tetapi ia berbaloi. Melihat jawatankuasa ini menjadi kenyataan adalah matlamat saya, jadi saya akan berterusan di dalamnya,”.
Apakah antara aktiviti dan kempen mereka? Jawatankuasa tersebut berhasrat untuk mengiktiraf transgender sebagai sebuah kumpulan minoriti yang perlu diberikan layanan istimewa, mengikut jantina yang mereka pilih. Secara khususnya, jawatankuasa tersebut mahu berkempen melibatkan layanan mereka di hospital dan penjara serta tandas berasingan bagi transgender.
Kempen ini sebenarnya selari dengan saranan Sisters in Islam (SIS) dalam kenyataan media pertubuhan feminis liberal tersebut bertarikh 28 November 2016 bertajuk “RUU355 is a matter of concern for all Malaysians”, dalam mempertikai cadangan pindangan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau dikenali sebagai RUU355, bahawa “Muslim trans-women have been constantly targeted by religious authorities and inhumanely treated by being placed in male prison, where they are then subject to sexual violence”.
Di dalam artikel bertarikh 6 Disember 2016 dengan tajuk “RUU355: SIS and the attempt to obfuscate Islamic criminal law”, saya menulis bahawa “SIS also brings up allegations of transwomen being subjected to discrimination and sexual violence when put together with other male prisoners. This is a nonsensical criticism as it only implies that such transwomen must be placed together with female prisoners in order to accommodate their needs as such women regard themselves as being born male. But this is not permitted by Islamic teaching”.
Mengkritik penubuhan jawatankuasa tersebut, Perkasa melalui Pengerusi Biro Hal Ehwal Islam Dr Amini Amir Abdullah menyebut bahawa “Perkasa berasa kesal kerana kerajaan DAP Pulau Pinang tidak menjaga sensitiviti umat Islam dalam isu yang berkaitan dengan perkara halal dan haram.” dan “Dalam Islam, kelompok transgender tidak mendapat sebarang pengiktirafan kerana mereka yang melakukan penyerupaan (tasyabbuh) jantina sama ada dari segi tutur kata, tingkah laku, pakaian dan perhiasan serta seumpamanya adalah haram dan berdosa besar,”.
Lim Guan Eng, bagaimanapun, menafikan bahawa kerajaan Pulau Pinang telah mengiktiraf golongan LGBT. Sebaliknya, menurut laporan Malaysiakini bertarikh 2 Jun 2016 bertajuk “Bila kami iktiraf LGBT, soal Lim”, Ketua Menteri Pulau Pinang ini mendakwa “Ia adalah satu usaha individu oleh salah seorang ADUN – dari DAP. Beliau membangkitkan isu Jawatankuasa Transgender untuk menjaga kebajikan komuniti itu di DUN dan beliau memperoleh sokongan ADUN lain,”.
Laporan Malaysiakini tersebut turut berbunyi “Beliau (Lim Guan Eng) berkata ini adalah satu lagi fitnah daripada PAS sebagai sebuah kerajaan negeri sedangkan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang tidak pernah mengadakan mesyuarat mengenai isu itu”.
Anehnya, menurut catatan Hansard DUN Pulau Pinang bertajuk “Soalan dan Jawapan Lisan dan Bertulis”, ADUN Tanjung Bungah ada bertanya kepada Ketua Menteri Pulau Pinang yang berbunyi “Huraikan isu-isu semasa dan keadaan golongan transgender dalam Negeri Pulau Pinang. Apakah strategi dan langkah Kerajaan Negeri untuk membantukan golongan ini dari segi keperimanusiaan dan adakah peruntukan diperuntukkan kepada jawatankuasa transgender yang diluluskan di Dewan Undangan Negeri?”.
Lim Guan Eng sendiri menjawab bahawa “Strategi dan langkah Kerajaan Negeri untuk membantu golongan ini adalah seperti berikut:-
(I) Penubuhan satu jawatankuasa bagi membincangkan garis panduan yang boleh diterima untuk menangani masalah golongan transgender, khususnya keganasan di dalam lokap dan masalah yang di hadapi di hospital. Jawatankuasa ini telah pun ditubuhkan dan dipengerusikan oleh YB. ADUN Tanjung Bungah.
(ii) Jawatankuasa tersebut dicadangkan untuk bekerjasama dengan NGO-NGO lain untuk memberi bantuan kepada golongan transgender dan juga meningkatkan kesedaran orang awam, mengenai diskriminasi yang dialami oleh golongan transgender supaya mereka tidak akan didiskriminasi oleh golongan awam.
(iii) Jawatankuasa tersebut dicadang digunakan sebagai platform untuk menerangkan isu HIV/AIDS kepada transgender.”.
Tambahan pula, turut hadir semasa mesyuarat julung kali jawatankuasa transgender tersebut di DUN Pulau Pinang adalah aktivis daripada NGO Sisters yang disebut sebagai “tetamu Teh”.
Di dalam catatan Hansard bertarikh 17 Mei 2016, Teh menyebut bahawa “Terms Of Reference (TOR)…(dengan izin) “mak nyah”…disediakan penasihat saya yang berpengalaman dalam bidang ini dan golongan transgender ini”.
Lim Guan Eng, sambil mengalu-alukan mereka, dilaporkan Malaysiakini sebagai berkata bahawa “Ia terpulang kepada Teh atau mana-mana wakil rakyat untuk menjemput mana-mana orang yang difikirkan sesuai untuk menghadiri persidangan dewan undangan Negeri (termasuk aktivis LGBT)”.
Jadi, mana mungkin ia hanyalah satu “usaha individu”. Bahkan ADUN Tanjung Bungah bukan sekadar menerima “sokongan ADUN lain” bahkan sokongan Lim Guan Eng dan kerajaan negeri Pulau Pinang yang diketuai DAP sendiri!
Sekiranya ahli politik DAP seperti Teh dan Chong mahu memperjuangkan hak-hak LGBT, mereka sepatutnya mengikut jejak langkah NA, melainkan kedua-duanya mahu memanfaatkan kedudukan dan pengaruh politik mereka untuk menjayakan agenda songsang ini.
Tidak hairanlah Dorian Wilde, presiden Transmen of Malaysia mendakwa semasa program iftar gay pada 10 Jun yang lalu, bahawa “Tidak lama lagi semua akan diberikan hak masing-masing. Paksi kita telah berkembang dengan banyaknya,”.
Tidak hairanlah sekiranya tayangan filem gay Vietnam bertajuk “Lost in Paradise” boleh dijadualkan pada 11 Julai 2017 di Performing Arts Centre of Penang atau Penangpac, yang akhirnya dibatalkan atas desakan umat Islam yang menyedari bibit normalisasi LGBT tersebut lebih awal.
Tidak hairanlah NA boleh bergiat aktif dalam gerakan LGBT dan Pelangi Campaign walaupun masih menjawat jawatan Setiausaha Publisiti DAPSY dengan keterlibatan beliau dalam perancangan satu program, sebelum iftar gay, iaitu pada 6 hingga 8 Jun 2017 di Taylor’s University untuk kempen LGBT “Courage in the face of adversity” yang kemudiannya juga dibatalkan.
Jadi saya mahu bertanya kepada ADUN DAP Teh, Chong, bahkan Lim Guan Eng, bilakah Jawatankuasa Transgender Pulau Pinang ini akan dibubarkan?

Tiada Lagi Elaun Sara Hidup, Guru Pelatih Disaran Pinjam PTPTN.

Kerajaan akan menghentikan elaun sara hidup dan perjalanan kepada guru pelatih mulai Jun tahun depan, kata Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Chong Sin Woon, lapor Ismaweb.
Beliau bagaimanapun berkata, pembiayaan bagi mereka yang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) akan diteruskan.
“Keseluruhan kos bagi empat tahun pengajian PISMP ialah RM27,831. Ini masih akan ditanggung oleh kerajaan,” katanya dalam laporan tersebut. Ismaweb memetik sumber dari sebuah akhbar berbahasa Inggeris.
Menurut portal itu lagi, guru pelatih disaran memohon pinjaman daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi menampung keperluan hidup mereka.
Gambar - Ismaweb
Katanya, mereka yang sedang mengikuti PISMP akan terus menerima RM430 sebulan untuk elaun sara hidup dan elaun perjalanan tidak lebih RM500 setahun sehingga mereka tamat pengajian.
Chong berkata, elaun dan yuran kursus di Institut Pendidikan Guru setahun bagi program pra-PISMP sebanyak RM8,163 juga akan dibayar oleh kerajaan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...