Halaman utama —
Perlukan sedikit inspirasi untuk penginapan anda yang seterusnya? Mulakan carian anda di halaman ini. Di sini, anda akan dapat mencari destinasi bandar yang terbaik yang disyorkan khas untuk anda. Jika anda sudah mempunyai sebuah destinasi di fikiran anda, gunakan kotak carian untuk mencari tempat penginapan yang paling sesuai untuk anda. Kami juga akan menyimpan keputusan carian anda di ruang “Hotel-hotel yang telah saya lihat” sekiranya anda ingin menempah pada lain masa.
Keputusan carian —
Khususkan carian anda untuk hotel, resort, asrama dan banyak lagi dengan beberapa cara. Gunakan penapis untuk menyusun harga, taraf bintang, kemudahan atau jenis tempat penginapan. Anda akan dapat mencari kawasan kediaman terbaik yang menawarkan mercu tanda terkenal, daerah membeli-belah dan tempat tarikan pelancong yang lain dengan memilih dari senarai di bahagian atas halaman. Anda juga boleh menggunakan peta kami untuk mendapatkan gambaran keseluruhan bagi kawasan yang anda akan diami dan tempat-tempat menarik yang berdekatan.
Halaman tempat penginapan —
Sekiranya anda sudah membuat pilihan, gunakan halaman ini untuk melihat tawaran terkini. Bagaimanakah rupa tempat penginapan itu? Apakah kemudahan dan ciri-cirinya yang terbaik? Adakah tetamu lain telah menikmati penginapan mereka? Maklumat tentang jumlah harga untuk penginapan anda, syarat-syarat tempahan, cara pembayaran, dan jaminan harga terbaik kami, juga boleh didapati di halaman ini.
Untuk teruskan dengan tempahan anda, anda hanya perlu memilih jenis bilik, bilangan bilik yang anda perlukan dan klik “Tempah sekarang”.
Selesaikan tempahan anda —
Anda hanya perlu memasukkan butiran anda, nama-nama tetamu yang akan bersama anda, dan permintaan khas anda untuk tempat penginapan tersebut jikalau ada, di halaman pembayaran kami yang selamat. Kami juga akan meminta maklumat kad kredit anda, yang hanya digunakan untuk menjaminkan tempahan anda. Beberapa tempat penginapan juga menawarkan pilihan untuk menempah tanpa menggunakan kad kredit. Dalam kes seperti itu, maklumat pembayaran anda tidak diperlukan.
TIP: Tiada lagi kerumitan untuk memasukkan butiran anda – anda hanya perlu log masuk ke akaun Booking.com Saya. Anda juga boleh menyimpan maklumat kad kredit anda untuk menempah lebih cepat bagi tempahan anda yang akan datang.
Selesai! —
Tempahan anda telah disahkan. Lihat perincian mengenai penginapan anda yang akan datang sejurus selepas anda selesai tempahan anda. Halaman pengesahan kami juga akan mengandungi polisi-polisi berkenaan dengan tempahan anda dan maklumat hubungan penting sekiranya anda perlu menghubungi kami pada bila-bila masa.
Kami juga akan menghantar emel pengesahan kepada anda. Ia akan mengandungi semua maklumat yang anda perlukan untuk penginapan anda yang akan datang.