Rabu, 1 Februari 2017

Megalomania

Jadi. Syamsul tanya, "Kau fikir kau siapa?"

--------------------------------------------------------------------

Merasa diri yang terpaling power. Konon-kononnya. Obses dalam mendominasi dan mengeksploitasi. Yang kononnya cakerawala ini mengorbit berpaksikan dia. Bajet-bajet peribadi sempurna tanpa tersedarkan naluri narsistiknya menjengkel lagi jelekkan pada pandangan orang lainnya.

Walhal, itu cuma ketidakseimbangan bendalir dalam otak kecilnya.

Khamis, 26 Januari 2017

Sesi Berkenalan Dengan Bumi

Hutan Lipur Berkelah


Dengan berhujan basah, penat lelah, rintang berliku lagi berhelah, adrenaline mengalir membuang resah, berkerjasama mengharung yang susah, sampailah ke puncak Air Terjun Berkelah. Tersergam disana pemandangan indah, pepohonan hijau damai terserlah, air terjun yang menderu dari balik bebatu nan gah. 

Salam perkenalan pada Bumi, baru kenal diri yang kerdil ini. 


Rabu, 18 Januari 2017

Tutup Sebelah Mata

Amin hirup udara yang nyaman dipagi itu sambil duduk bersandar pada pokok sambil berbantalkan lengannya. Dari tempat dia berehat, dapat dia perhatikan kumpulan biri-biri berbulu gebu macam cotton candy makan rumput dan bermain kejar-kejar dikaki bukit. Padang hijau melata dengan permaidani hijau permai menyelimuti bukit amat sesuai bagi Amin, si pengembala kambing untuk mengembala.

Selang seketika, datang seekor makhluk naik belon udara panas. Dari jauh nampak macam jin, atau jembalang. Mukanya hodoh. Pakai topi nazi, dan sangat rasis. Tapi badannya gedempol dan ketot. Amin benci makhluk kemetot.


"Oiiiiiiii" Laung si jembalang dari atas.


Amin pandang.


"Oiiiiii, cabut weh.. ada serigala kat situ" Laung si jembalang lagi.


Amin pandang lagi, dia buat bodoh. "Hantu punya jembalang, nak game aku lettew, dah la pakai seluar Levi's, yahudi tu" bisik hati Amin.


Amin keluarkan telefon pintarnya, ambil video dan post di facebook


Dia taip status: "Jembalang laknat cuba merogol biri, 1 like = 1 doa kematian jembalang tersebut, ketik like dan share #mohonviral #rogol #biribiri #jangankataabangtakpayung"


Puas. Amin senyum, belon udara tadi dah berlalu.


Sementara itu, tiga ekor biri-biri Amin telah diculik oleh sindiket Serigala Malam yang terkenal dengan aktiviti pemerdagangan organ.


--------------------------------------------

We all create a narrative based on what we think is important.We see what we want to see. But just because you're not looking at something, doesn't mean it's not there. (Angela Zamparo in Imperium, 2016)

Ramai yang mahu jadi Tuhan, menjatuh hukum sebelum jelas pun kebenaran. Ramai yang berhenti mendengar, hanya kerana yang berkata-kata tidak sehaluan pada warna kulit, kepercayaan, aliran politikal yang mendengar. Lantas dicantas selumat-lumatnya sehingga tak tersisa sedikit pun kebenaran itu. Dan dipilih hanya pada yang memenuhi ruang sempit benaknya. 

Khamis, 12 Januari 2017

Perjalanan: Mula

Pergi kerja, balik kerja. Faiz bosan, hari demi hari berlayar dalam sungai rutin yang sehala dan linear. Walau dibenak fikiran beliau kadang terlintas untuk persetankan segala, namun beliau terus mengharunginya. "Tanggungjawab, komitmen, ekspektasi, aku lakukannya kerana aku lelaki yang punya semua ini", bermonologue beliau sendiri.

Tetapi sampai bila?

Faiz berasa yang kebosanan ini akan perlahan-lahan membahamnya kepada kematian, kematian inspirasi, motivasi anjakan nilai diri. Dijerut ketat dengan lilitan responsibiliti menyesakkan respirasi. Dengan permainan ilusi ruang selesa yang sementara, membuat beliau leka dan terus menelan kebosanan ini dengan alasan-alasan cliche semata.

Lelaki yang dulu berimpian, wawasan dan dahagakan cabaran. Lenyap perlahan-lahan, pudar umpama gelap menelan senja.

"Aku perlukan adventure" bisik Faiz pada dirinya dalam nada tegas membangkitkan semangat diri.

Mungkin suatu hari, bangun pagi si Faiz ini, persetankan segala rutin yang membosankan ini. Kopak dadanya, sauk tangan kedalam kerangka dada, gapai jantung yang berdegup dan pamkan darah dan bangkitkan adrenalin dan lari serata penjuru dunia dan jeritlah beliau sekuatnya, "Aku bebas!"

Rabu, 11 Januari 2017

2017

Tirai layar dilabuhkan
Berlatarkan ulang tayang dipaparan
Perlahan tenggelam disebalik tirai
Meninggalkan audien tergapai-gapai
Mencipta konklusi sendiri akan apa yang disajikan
Dengan kolektif informasi tadi
Persembahan seterusnya dimulakan
Tidak menunggu sesiapapun yang ketinggalan

---------------------------------------------------------------

Hidup berpaksi ekspektasi
Letih lelah lupa apa di impi

Jumaat, 23 Disember 2016

Fatherhood

At times, I believe I do want to be a father. Watching those little human running around, blabbering gibberish, mimicking adult's word and action, watching them grow day by day, learn a new thing, surprise you with some random "I love you daddy" moment. And so on.

But sometimes, I feel like I'm not entitle for all that joy. I mean, I'm not a good son myself. My father is not the greatest but he's still my father. He just.. not around. And I have no idea what's a good father looks like, neither that I know whether I could be a good one?

Have faith and be a good husband, that is the best thing I can do.

At least for now.

Selasa, 18 Oktober 2016

Ku Sangkakan Panas Hingga Ke Petang

Ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan kat tengah highway.
Mengertikah kamu semua akan deritanya seorang rider, sejuk, basah, menggeletar, dalam pelukan sejuknya  aircond pejabat. Rintik-rintik hujan yang hanya air, tak bisa membinasa, bila dirempuh pada kelajuan motorsikal, pedih bagai ditujukan bertalu-talu peluru kecil. Baru teruji jiwa bikers kental. Oh dunia

Selasa, 13 September 2016

Jahat

Lantakkan mereka nak bergelumang dengan kotor dunia.
Jangan dah terngadah, baru nak kenal langit tu tinggi ke rendah.

Andai nanti, kau tersungkur dijurang yang terbawah.
Jangan cuba gapai tangan aku.
Sebab aku, sejuk. cold. macam ais.

Aku jahat.

Jumaat, 2 September 2016

Lelaki Ini Pergi ke KFC. Apa Yang Dia Lakukan Seterusnya Amat Mengejutkan

Seorang lelaki berusia 27 tahun dilaporkan pergi ke KFC di Damansara.

Tiba-tiba, dia keluar balik.

Mengejutkan, kan?

Selasa, 23 Ogos 2016

Pandangan Yang Kosong

Sedang aku makan dekat kedai masa lunch, kat kedai jenis masakan melayu. Lauk standard ayam sayur lima-enam ringgit.

Datang si pengemis kasih, mengemis secebis kasih dari aku. Tangannya di hulur mengharap. Mata merendah merenung tanah, kosong. Minta sikit, katanya.

Aku pandang dia, kosong.





Adakah telah mati kemanusiaan dalam diri aku?