Thursday, December 13, 2018

Ketam Telur Masin Resepi Mudah Dan Sedap

Assalamualaikum...
Pernah makan Ketam Telur Masin tak?Kalau belum pernah kenalah cuba sekali, saya percaya bagi penggemar Ketam dan yang suka telur asin ni akan jatuh chenta...Lemak2 kuning telur masin tu bila bersatu dalam kuah mak aih...memang sedap.Ada lak pedas2 siket...tambah aroma daun kari hummm apa nak kata lagi...Korang imejin la sendiri hehee...Kalau nak guna udang pun boleh, saya pernah buat versi Udang Telur Masin. Kalau nak buat sotong pun boleh jugak.Tapi sotong tu kena goreng macam Sotong Celup Tepung terlebih dahulu, lepas tu follow step telur masin.
Sebenarnya Ketam Telur Asin ni dah banyak kali jugak la saya buat, guna ketam nipah pun pernah..lagi sedap sebab 'tangan'dia gemukkkk hahaa..banyak isi.Tapi tahu sajalah harga Ketam Nipah kat Penang ni mahal ya ampun....
Okeylah jom kita semak resepi Ketam Telur Masin
Nak masak pun cepat, rasanya sangat mantap..Kalau guna lagi banyak telur masin lagi sedap.

RESEPI KETAM TELUR MASIN
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan: 
2 ekor Ketam  (potong 2)
1 sudu besar butter
3 biji Bawang Putih dicincang 
6 btg cili padi dipotong  
1 tangkai Daun kari 
2 biji telur masin siap rebus (ambil kuning+1putih)
1/4 cawan susu cair
Garam dan kunyit
1/2 kiub ayam  
Minyak masak 

Caranya 

  1. Ketam dilumur dengan garam kunyit dan goreng secara deep fry.Ketepikan.Keluarkan minyak gorengan ketam (tinggal sedikit anggaran 2 sudu untuk menumis).
  2. Masukkan butter ,kemudian tumis bawang putih, cili padi, daun kari, dan telur masin. Kacau-kacau sehingga berbuih. 
  3. Kemudian masukkan susu cair. Kacau dan kacau lagi biar semuanya sebati. Tunggu sehingga kuah memekat.Sesuaikan (LiNa Pg masukkan 1/2 kiub ayam sahaja)
  4. Masukkan ketam yg telah digoreng tadi. Balik-balikkan biar hingga kuahnya mesra, bersalut dan sebati dengan ketam. Boleh tutup api dan siap untuk dihidang! 

Wednesday, December 12, 2018

Terima Kasih Brahim's Food

Assalamualaikum....
Alhamdulillah rezeki tengahari kelmarin abang citylink mai ding dong..ingatkan barang shopping online yang sampai, rupanya parcel dari Brahim...cantik kotak bungkusan tu..
Terima Kasih Brahim's senang lah kije saya ni pasni hehe.Agak kalau malas nak masak. kita masuk microwave dan panaskan jer..gunting tuang dalam pinggan hahaaa..setel.Mudah kan?Sedap2 pulak tu produk Brahims ni.Okey jom kita tengok apa yang ada kat dalam.Banyak hari tak buat n3 terus blur tak tahu nak karang apa...Ajoommm layan gambar jer.Hati berbunga riang ni tak leh nak tulis apa dah
Ni lah kotak dia...
Semua ni sedap2 tau...Sambal Tumis tu saya memang tak boleh move on sedap...Senang sangat kalau nak buat Nasi Lemak ke apa...Panaskan jer..masuk ikan bilis setel.
 Buku Resepi
 Mini Chopper Kenwood..macam3 tau plak saya ni xde FP...dapat yang comel ni senang la kije tak payah gigih menumbuk la pasni....
Alhamdulillah....rezeki Allah bagi...Terima kasih Brahim

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...