Archive for April, 2015
Barisan Nasional’s (BN) Rompin by-election machinery director, Muhyiddin Yassin is optimistic that the party can win with more than 15,000 majority votes although he concedes that it will be tough.
Muhyiddin said the conviction was based on the efforts shown by the party machinery which was now in full swing, meeting voters in all areas of the constituency.
“So far, everything has been going on well and no problems encountered within the party machinery. We want it to further improve while issues like the Goods and Services Tax (GST), Felda Global Ventures (FGV), the economy, employment and cost of living have been clarified,” he said.
—————————–
Benarkah begitu Tan Sri? Selesai semua isu? GST tidak ada perkara yang berbangkit? FGV?
Tidak tahu samada kenyataan Muhyiddin ini adalah berasaskan kebenaran, atau sebenarnya mahu mengejutkan jentera yang suam-suam kuku di Rompin. Jentera yang disusun oleh barisan Menteri kanan, diperkuat dengan jentera hebat bertaraf McKinsey (dipimpin oleh YB Ehsanuddin) – katanya sedang lemas dan kerisauan.
Kalangan orang kepercayaan YB Ehsanuddin sendiri mengeluarkan kenyataan:-
– ‘Ini yang payah kalau mantan BILIONAIRE. Mati kita nak suap orang dengan duit’.
– ‘Ubatnya duit sahaja. Gugur banyak. Banyaklah undi’.
– ‘Kalau orang Asli pun pandai demand. Melayu apatah lagi’.
– ‘Jentera H20 cakap sahaja. Duit kedekut. YB Ehsan yang terpaksa keluar duit sendiri’.
– ‘Payah kalau bekerja dengan Menteri blur’.
Ayat-ayat ini bersepah di kedai-kedai makan. Jentera lesu dan lembab. Duit dan pelincir kurang.
Apakah benar 15000 itu angka yang mudah? Sweeping victory?
Nampaknya Tan Sri sudah letakkan sasaran yang tinggi. Kalau angka awal kiraan Dato’ kurang inci, belum cecah 10000. Ada PDM yang dulu menang, boleh ada potensi kalah.
Ada janji arwah BILLIONAIRE yang tak tertunai.
Duit sahaja ubatnya.
April 30, 2015 at 5:12 pm
Dalam banyak-banyak khabar angin, apa yang sedang menjadi bualan di kalangan orang kanan KJ adalah perkara yang paling menarik pada ketika ini. Mungkin terlalu teruja dengan berita yang mereka dapat, budak-budak Ketua Pemuda UMNO Malaysia sudah menyambut berita kembalinya ahli keluarga KJ ke Putrajaya sebagai sesuatu yang sangat positif kepada boss mereka.
Menurut cerita, seorang bekas Menteri dari Negeri Sembilan akan dilantik sebagai Penasihat Khas YAB PM Bertaraf Menteri dalam masa yang terdekat ini.
Dengan hakikat UMNO akan bertempur tahun hadapan (sekiranya usul untuk menangguhkan Pemilihan gagal), maka mantan Menteri ini sememangnya mempunyai kuasa mencatur yang sangat mantap di dalam PMO.
Siapa kata Najib tidak baik? Mantan Menteri yang banyak mengutuk, menghina, menidakkan, menafikan kepimpinan Najib akan diserap kembali ke dalam sistem kerajaan. Ini sesuatu yang positif kepada KJ.
Kenapa mesti tempat JJ orang Pahang?
Ah, siapa peduli soal Penasihat dari negeri mana. Yang penting buat kerja. Bantu Najib. Bantu KJ. Selesai.
Katanya, Najib amat gembira dengan strategi lambung dan julang yang dibuat oleh Pemuda UMNO. Najib merasakan ini adalah satu usaha hebat Pemuda UMNO Malaysia.
Silap Wanita dan Puteri tidak lambung dan julang. Kalau tidak, rasanya ada kemungkinan Kak Ijat dan Emy pun masuk kabinet.
Jika khabar angin ini benar, maka KJ akan mendapat laluan yang sangat mudah untuk menjejaki kerusi Naib Presiden. Berdasarkan rating, tempat kedua dalam tangan. Kalau mahu nombor 1, mesti ada game sedikit di beberapa buah negeri.
Politik Malaysia apa pun boleh jadi. Asalkan pengerasnya bagus dan baik.
April 29, 2015 at 7:14 pm
Gegak gempita negara ASEAN apabila isu-isu tertunggak selama hampir 20 tahun dapat diselesaikan kononnya secara gentleman antara Hsien Loong dan Najib Razak. Bukan main spin media mengatakan ini adalah titik baru hubungan Malaysia-Singapura yang tidak pernah wujud sebelum ini.
Dengan Singapura, di zaman Mahathir memang hubungan macam tak stabil. Kejap macam ini. Kejap macam itu. Masing-masing pertahan agenda sendiri. Mahathir tekan nak tukar Tambak Johor kepada Jambatan yang lebih baik, sesuai dengan keadaan semasa, ditolak oleh Singapura.
Kononnya ada perjanjian yang tak boleh dikaji semula. Mesti pertahan.
Soalnya, apakah Singapura ini ikhlas dalam hubungan dengan jiran?
Syarikat yang ditubuhkan M+S Pte Limited diibaratkan macam ikatan baru Loong dan Najib. Takkan terpisah.
Belumpun lama, M+S Pte Limited telah membawa kes Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa (The Permanent Court of Arbitration). Isu? Kos pembangunan SGD1.4 bilion (pembangunan di Tanjong Pagar, Kranji dan Woodlands) patut ditanggung oleh siapa? Malaysia? Singapura?
Isu begini pun tak boleh nak selesai sesama sendiri?
Jambatan Bengkok, Scenic atau Apa?
Isu jambatan ini isu strategik. Mahathir fikir jauh melangkaui 2020. Bukan isu kepentingan diri.
Sampai bila Malaysia nak jadi SECOND CHOICE kepada Singapura.
Jangan lupa negara kiasu itu sudah komited meluaskan Pelabuhan Tuas dengan kos lebih SGD875 juta (kepada syarikat Korea, Daelim Industrial). Target, TUAS akan handle melebihi 65 juta twentyfoot TEUs. Dua kali ganda apa yang Singapura uruskan tahun ini.
Apakah RAPID Pengerang/Port Tanjung Pelepas mampu berlawan dengan TUAS? Singapura yang tak ada hasil LNG pun jadi negara paling kedepan dalam storage LNG. Apa jadi dengan kita?
Sebenarnya, kita makin lama akan terus tewas dengan game strategik Singapura. Najib bukanlah PM paling berjaya jika situasi ini tidak diperbaiki.
Jambatan Bengkok bukan soal ego Mahathir. Tapi kena tanya sejauh mana kita nak kekal jadi feeder kepada Singapura.
Kita bukan main seronok bila dilambung Singapura. Tapi kita tak tahu sebenarnya mereka jauh lebih advanced dalam perancangan. PEMANDU kita pun sebenarnya dalam diam bekerja untuk memudahkan Singapura menjadi negara paling advanced di rantau sebelah sini.
April 27, 2015 at 6:57 pm
Turun dua hari ke Rompin, sudah cukup untuk blog ini membuat kesimpulan bahawa gerakerja parti masih berada di standard lama dan lesu. Masih lagi berkira-kira tentang “berapa nak kena bayar untuk dapatkan undi’, sedangkan usaha membangun sokongan secara sukarela seperti masih di peringkat zero.
Bila Sang Menteri diberikan tugasan menjaga Rompin, kita sudah boleh agak cara kerjanya. Cuma beza kali ini, ada beberapa nama yang disebut-sebut sebagai pakar strategi baru kepada parti dan kerajaan.
Dua nama ini dikatakan mempunyai killer instinct untuk memastikan kemenangan lebih bergaya kepada calon BN.
Pada kebiasaannya, beberapa agensi diberikan amanah dan tugasan untuk mendapatkan feedback dan maklum balas. Tapi kali ini, ada agensi baru yang diberikan lesen besar untuk bergerak ke bawah dan kononnya membuat kerja-kerja bawah tanah.
Salah seorang, adalah seorang YB yang pernah menjawat banyak jawatan dalam kerajaan. Ironi, semua jabatan yang dia pegang, kelam kabut dan huru hara. Hancur. Kali ini, pegang satu Jabatan baru, yang kononnya akan memastikan jutaan belia kepada BN.
Minta maaf cakap, individu ini tidak ada kemampuan pun. Hanya setakat bercakap dan mengampu Pak Menteri dan Perdana Menteri. Gerakerja tak tersusun. Kacau bilau.
Gandingan bersama Dato Kurang Inci Heitech Padu nampaknya mendominasi kerja parti. Yang sedapnya, individu sama juga yang hampir menyebabkan Sang Menteri tergolek dalam PAU yang lalu. Kali ini, kononnya boleh pastikan kemenangan melebihi majoriti yang lalu.
YB Hampas dan Dato Kurang Inci inilah penggerak kononnya paling berkesan di Rompin.
Ramai orang hanya jadi pemerhati. YB Hampas dan DKI akan susun semua jadual dan capaian politik.
Ramai orang kuat parti sendiri sudah berbulu dengan sembang lebat dua orang ini. Cerita-cerita tentang komplot jatuhkan Najib ini cerita sampingan sahaja. Cerita paling utama, bagaimana Menteri senang lenang outsourced kerja kepada orang lain.
Bajet? Unlimited. Cakap sahaja berapa nak.
Thorbaek!
April 24, 2015 at 6:31 pm
Heboh di kalangan jawatan Turus, Jusa A, B dan C – bahawa selepas daripada ini, PEMANDU yang pada awal pentadbiran DS Najib dilihat sebagai kumpulan paling bijak dan cekap; akan berada secara selamanya di dalam pentadbiran Kerajaan.
Soal kewujudan PEMANDU dan kewajaran ianya dikekalkan ini disebut banyak kali dalam Parlimen. Ramai di kalangan wakil rakyat BN sendiri menganggap PEMANDU ini sebagai kumpulan penghabis dana kerajaan, tanpa memberikan impak positif pun kepada Najib dan Barisan Nasional.
Mana Idris Jala?
Ramai juga di Putrajaya yang bertanya, mana suara-suara bijak Idris Jala saat PM berdepan dengan macam-macam dugaan? 1MDB ini adalah juga idea asal Idris Jala. Penubuhan MPRC (sebagai Governor kepada Petronas) pun idea Idris Jala. Apa jadi dengan semua ini?
Apa jadi dengan NKRA? NKEA? SRI?
Menurut sumber, Idris Jala mahu dijadikan Permanent Staff Kerajaan (Penasihat Utama Perdana Menteri; bertaraf Menteri Kanan). Kontrak Idris Jala sebagai Senator habis bulan 9. Tetapi dia sudah seperti tidak bekerja sejak PRU yang lalu.
Sekarang in hanya menyibukkan diri di majlis-majlis prestij dan tesengih bila diperkenalkan sebagai ‘My Right Hand Man’ oleh PM.
Katanya, kalangan pegawai kanan kerajaan pun tak selesa apabila, semua yang berjawatan Director di dalam PEMANDU – akan diconvertkan sebagai Pegawai Jusa Kelas A apabila dimasukkan dalam EPU.
Semua yang berjawatan Head – akan dapat menduduki kedudukan Jusa B.
Cukup cukuplah menghabiskan duit kerajaan.
Mansuhkan PEMANDU. Kekalkan kepercayaan kepada Pegawai Perkhidmatan Awam yang ada. Jangan buang masa dan buang duit.
April 23, 2015 at 6:43 pm
Parti Keadilan Rakyat (PKR) cancelled all its programmes in Permatang Pauh yesterday, believed due to an emergency meeting in Selangor.
PKR media coordinator for Permatang Pauh by-election Mohd Hafizan Mazuki issued a statement calling off all yesterday’s programmes involving PKR deputy president Mohamed Azmin Ali, who is also Selangor Menteri Besar, PKR Youth deputy chief Dr Afif Bahardin and PKR’s Penanti assemblyman Dr Norlela Ariffin.
“Those programmes, including a ‘kenduri rakyat’ (people’s feast) and the launch of PKR operation centre in Guar Perahu, were cancelled due to various reasons,” he said in the statement.
However, it was strongly believed that the PKR leaders were now in Selangor to meet PAS leaders to discuss on the cooperation of the two opposition parties ahead of Permatang Pauh by-election.
It was reported Sunday that Permatang Pauh PAS division chief Omar Hassan had issued an ultimatum to PKR to retract its statement against supporting PAS’ Private Member’s Bill on hudud if they want PAS support at the by-election.
Read more: http://www.theborneopost.com/2015/04/21/pkr-cancels-all-programmes-in-permatang-pauh-to-resolve-issue-with-pas/#ixzz3XuCCjz2U
Sengaja pagi ini nak ambil berita dari Borneo Post sebagai contoh dan rujukan. PKR seringkali mengatakan Sabah ini adalah medan sokongan baru kepada mereka. Tak tahu apa impak berita seperti ini kepada politik PKR di Sabah? Ada kesan? Pasti ada.
PKR menangguhkan pengumuman calon Permatang Pauh sehingga malam sebelum penamaan calon. Apakah ini strategi? Strategi atau tidak, rasanya ini hanya menampakkan bahawa PKR sedang berdepan dengan krisis yang serius.
Azmin sudah berulang kali mengatakan, ini bukannya masa untuk keluarga Anwar mengangkat darah daging sendiri sebagai calon. Sebagai Mursyidul kepada idea Keadilan Raya, Azmin mahu PKR kali ini membawa calon yang muda dan segar.
Dalam mesyuarat semalam pun, Azmin mengambil contoh bagaimana PAS (sebuah parti terompah) berani meletakkan calon muda; kurang 40 tahun di Rompin. Keberanian seperti ini yang PKR perlukan. Bukan kroni dan nepotisme.
Ternganga ahli mesyuarat dengan penegasan Azmin. Nak diapakan? Dia Timbalan Presiden. Bukan kecik anak.
Soal pertembungan dengan PAS ini soal asing. Yang lebih penting, PKR masih tak tahu siapa yang mahu diletakkan.
Kalau last minute, rasanya Amanat Sungai Buloh akan terpakai di saat akhir. Siapa yang namanya Anwar tulis dari dalam penjara, akan menjadi calon.
Jabatan Penjara pun pening nak susun rombongan demi rombongan untuk mendapatkan sokongan dari dalam penjara. Hebat Anwar. Dalam penjara pun masih boleh control parti.
April 21, 2015 at 7:08 pm
Biasa istilah budak remaja sekarang, kalau beromen ada istilah geli-geli. Tak bersifat terlalu seksual. Tidak boleh orgasme. Hanya setakat geli-geli.
Dalam politik pun ada kaedah begitu. Sokong tak sokong sangat. Atau sokong belakang-belakang. Atau buat dua personaliti. Kejap kata sokong. Tapi bila depan “master”, kata anda tak terlibat dan tak pernah beri sokongan kepada sesiapa pun.
Muhyiddin ini memang ada Phd bab politik geli-geli ini. Sekejap kata nak. Sekejap kata tak nak. Sekejap kata nak beredar. Sekejap kata nak kekal. Sekejap kata Najib baik dan berprinsip. Sekejap kata Najib tidak ada tulang belakang dan lemah.
Permainan politik geli-geli inilah yang meletakkan Muhyiddin ditempatnya sekarang. Sebagai Timbalan Presiden dan Timbalan Perdana Menteri.
Tun Mahathir sepatutnya lebih kenal permainan politik GELI GELI Muhyiddin ini.
Muhyiddin sendiri tahu, dia tidaklah sekuat mana. Tak perlu rasa kuat, kerana hakikatnya tidak.
Dalam politik, Muhyiddin lebih maklum, kalau berperang – mesti ada kemungkinan jadi LONE SURVIVOR. Tapi nasib belum tentu baik.
Sebab itu, bila Muhyiddin minta supaya PEMILIHAN UMNO jangan ditangguh, mesti dilaksanakan megikut jadual – berapa KERAT Ketua UMNO Bahagian yang kata setuju dan beri sokongan? Berapa? Ada?
Muhyiddin sudah buat agakan sokongan. Almost zero.
Pemilihan UMNO akan ditangguh. Hampir pasti. Siapa yang kata wajar diteruskan, akan jadi kambing hitam yang terkorban dalam pertempuran nanti. Kalau ada telor, buat statement.
Jadi tak ada apa sangatlah nak dikelam kabutkan dengan statement kosong Muhyiddin:
“YOU’RE NOT ALONE SIR”.
Ini statement geli-geli. Tak sampai kemuncak pun.
Statement orang lama yang BARANG-nya pun tak berapa nak naik.
April 20, 2015 at 11:41 am
Kiriman Terdahulu
Maklum Balas Pembaca