Archive for Februari, 2015
Lead Role :
Cost : RM35million
Duration : 8 months
Medium : Blogs
Portals
Facebook
Instagram
Twitter
Target : Youth/Urban segment; professionals
Project Manager,
…………………………….
YBhg Dato’ ???????????????????
——————————————————————————–
Blog ini nak ucap setinggi tahniah kepada mereka-mereka yang sudah mendapat nota untuk terlibat dalam satu usaha kerja online media yang paling dahsyat dalam sejarah politik. Angka RM35 juta ini sememangnya amat menarik kepada mereka yang mempunyai lifestyle ala-ala rich and famous. Yang tak boleh telan makanan selain daripada yang dimasak di Bangsar Shopping Centre. Kedai lain? Not my taste.
Tak susah sebenarnya nak tahu blog mana yang menjadi key player kepada usaha yang macam ini. Tengok posting pun tahu. Bagus punya konar. Benda tak betul pun nak pertahan bagai nak rak, petanda lah tu. Blogger yang kononnya paling clean dan transparent pun dah main isu-isu lekeh.
Blog ini yang tidak termasuk dalam mana-mana skim/kumpulan hanya nak ucap tahniah dan minta ihsan, jika blog anonymous seperti gelagat ini juga didekati dan dimasukkan dalam list. Kalau tak boleh tak apa.
RM35 million – kalau difaraid dengan kawan-kawan/skandal rapat pun masih banyak untungnya. Tak perlu makan seorang. Tak habis makan pun. Bawa bertenang.
Cumanya, nak dinasihatkan juga, janganlah bercakap pasal PRINSIP kalau segala-galanya boleh dibeli dengan wang. Tak perlu tonjol diri macam AKU ini orang yang paling bersih dan tidak menerima sebarang imbuhan mana-mana pihak. Itulah cerita yang diulang-ulang.
‘Bro, I am not in the payroll Bro’.
‘Bro, I am not involved bro’
‘Brader, you know me. Aku clean. Tak kencing kawan-kawan punya’.
‘Aku bukan blogger cari makan Bro’.
‘Fuck mamat tu lah Bro. Tak guna punya kaki. Kaki kelepet’.
Sekarang, lu apa kes? Konar baring?
RM35 juta kalau dibagi dengan 8 bulan – kurang lebih RM4.3 juta sebulan. Angka ni besar ni. Zaman special project di Damansara pun tak dapat macam ini punya banyak.
Kalau katalah dibahagikan kepada 100 orang blogger sekalipun; seorang boleh dapat RM43,750 sebulan.
Tapi dengar cerita, bidak di kalangan 8 orang terkanan sahaja. Kalau bahagi dengan 8 (seorang boleh dapat RM546,875) bro. Ini barulah dikatakan blogger elitis. Oklah, katalah kalau create platform baru, beli online ads, buat video clip; kurang-kurang RM300k sebulan. Income baik. Tan Sri Azman Mokhtar yang jaga Khazanah pun rasanya nak join buat blog.
Kita doakan special project ini berjaya. Antara KPI nya adalah memastikan Selangor dan Wilayah Persekutuan akan kembali kepada BN. Tak tahu blogger nak buat. Yang penting, ongkosnya baik.
Februari 27, 2015 at 1:06 pm
Kecoh satu dunia apabila, adik beradik PM sendiri rasa tak selesa dengan jumlah KEKAYAAN yang dikatakan ditinggalkan Tun Razak kepada anak cucunya. Kata mereka, sebagai PM yang sangat cermat dan transparen dalam mengurus kewangan, Tun Razak tidak meninggalkan jumlah harta yang melampau.
Itu yang pelik, macamana respon awal (kalau benar) Pegawai Media PMO yang cuba mengatakan Najib layak berbelanja begitu kerana harta pusaka Tun Razak yang cukup banyak dan hebat.
Rasanya logik bodoh macam itu takkan dipakai oleh Pegawai Media Melayu. Biasanya, orang Melayu ini, ada adab dan takkan gunapakai idea singkat begitu. Rasional mudah “suka hati dialah nak belanja macam itu; arwah bapak dia kaya” itu lambang kebodohan yang maksima.
Sebab itu, kita anggap sahajalah ini kebodohan pakar media asing yang diimport oleh PMO untuk membantu mereka.
Siapa lagi kalau bukan Paul Stadlen.
Paul tahu dan peduli apa dengan jasa besar Razak kepada Malaysia. Paul tak tahu pun bagaimana Tun Razak mengembara ke seluruh pelusuk tanah air untuk memajukan Malaysia dan bangsa Melayu.
Mungkin kalau disuruh mempertahan Edward Heath (1970-1974)/PM Britain – Paul pasti mampu berikan hujah yang lebih baik. Paul tahu apa kehebatan Heath. Paul agaknya, kalau hidup zaman itu, mampu pastikan Heath menang pilihanraya Britain tahun 1974. Rugi APCO belum ada.
Kempen Edward Heath dengan tema “Who Governs Britain” gagal sama sekali. Istilah kampungnya, ghuyub.
Mungkin Paul boleh cadang PRU akan datang, PM boleh pakai tema “Who Governs Malaysia”? Mana tahu, Paul boleh kasi menang besar.
p/s: SUA JUSA B, apa macam kereta baru Bentley? Ada baik ke bang? Mesti cepat baik Ghout bila naik kereta mahal ni.
Februari 26, 2015 at 4:32 pm
Aku insan yang lemah
Hanya mampu berserah
Ingin sekali bertemu
Untuk melepas rindu
Masih tertanam kini
Hatimu di hatiku
Malam yang sepi begini
Gementar hati ini
Ingin kuhapus namamu
Tapi tak berupaya
Bilakah dapat bertemu
Dengarlah rayuanku
Hati bergetar (bergetar)
Jantung berdebar (berdebar)
—————–
Kita doa yang terbaik sahajalah. Kalau lulus, baguslah. Dalam sejarah pun memang ada banduan yang diberikan pengampunan. Itupun bukan di peringkat awal. Selepas 4 tahun. Selepas pihak penjara puas hati, individu berkenaan menunjukkan rasa keinsafan, taubat dan benar-benar bebas daripada jenayah yang biasa dilakukan.
Kalau selepas 4 tahun baru bebas, rasanya berdasarkan EGO Pak Sheikh, mesti tak minta dibuat rayuan. Kita kenal Pak Sheikh. Masuk penjara itu menaikkan ego. Boleh sembang satu Malaysia, kononnya masuk kerana rakyat. Padahal kerana LIWAT.
Tapi tak apalah, biarlah Duli Tuanku yang buat keputusan.
Dalam masa yang sama, Kak Wan dikatakan sudah menghantar surat rasmi kepada Amerika, untuk berbincang dengan seorang bernama Randy Berry (Special Envoy for the Human Rights for LGBT Persons) supaya membuat lawatan khas ke Sungai Buloh dalam masa terdekat.
Kak Wan nak Randy sampaikan kepada Amerika betapa hak asasi Anwar telah dirampas hanya kerana orientasi seksualnya.
Nampak gaya, Kak Wan tak peduli apa orang nak kata. Anwar mesti dibebaskan. Kasih sayang tak pernah putus.
Kalau tak lulus rayuan, Randy Berry pastinya menjadi penyelamat Anwar. Special Envoy tu. Aduh…teringat zaman Kak Wan jumpa Estrada.
Februari 25, 2015 at 11:08 am
Penolakan PAS terhadap Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor tidak akan menjejaskan peluangnya dipilih sebagai ketua pembangkang, kata Datuk Mustafa Ali.
Setiausaha Agung PAS itu berkata, apa yang penting sekarang Dr Wan Azizah harus bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh terlebih dahulu selepas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan selama lima tahun kerana didapati bersalah atas pertuduhan meliwat.
“Isu pelantikan MB sudah selesai dan tidak berbangkit lagi.
———–
Dimaklumkan bahawa, satu sesi pembacaan Wasiat Politik Sungai Buloh telah diadakan baru-baru ini. Tidak bersekali. DAP ada sesi sendiri. PAS pun ada sesi sendiri. Tak pasti pulak jika ianya wasiat yang sama.
Seperti juga wasiat Sadiq Segaraga dalam cerita ‘3 Abdul’; wasiat politik baru ini juga menyatakan secara jelas keperluan Wan Azizah diletakkan kembali sebagai Ketua Pembangkang.
Pak Sheikh dikatakan menggunakan hujah bahawa Wan Azizah perlu dipertahan sebagai pejuang demokrasi sebenar, sama taraf seperti Aung San Suu Kyii. Usaha akan dilakukan untuk menobatkan Wan Azizah sebagai pejuang kebebasan global, menggunakan networking antarabangsa.
Pak Sheikh turut mengatakan, Wan Azizah lebih diterima oleh masyarakat antarabangsa dan penganugerahan Nobel Peace Prize (dengan izin Allah SWT), akan membuatkan BN lebih risau dan perlu membebaskannya dengan lebih cepat.
Sewaktu sesi dengan DAP, menurut seorang rakan yang hadir, Guan Eng, Kit Siang dan Anthony Loke memberikan keyakinan bahawa DAP akan tetap bersama Kak Wan.
Pas juga nampak semakin menerima Kak Wan sebagai Ketua Pembangkang – dengan syarat segala perancangan penerimaan tekanan antarabangsa mesti berlaku.
Kalau ikut timeline yang diberi:-
– Setahun untuk Jawarhalal Nehru Award
– Simon Bolivar Award
– Nobel Peace Prize dalam masa 3 tahun
Untuk melayakkan Wan Azizah sebagai pemenang hadiah nobel, Anwar mesti sentiasa digambarkan sebagai tahanan politik; dan bukan sodomi.
Macamana nak buat tu? Rafizi akan fikir. Katanya satu agensi pengiklanan Australia sedia membantu untuk kerja international image Kak Wan. Syarikat yang bernama Droga5 itu ada pusat di Sydney dan New York. Lebih mudah nak bentuk imej Kak Wan.
Februari 24, 2015 at 10:36 am
Bro, naik turun lu dalam politik disebabkan kedudukan dan wang ringgit lu sajer. Lu jangan ingat lu terlalu bijak sampai boleh pijak semua orang lain untuk kedudukan lu. Cara permainan politik lu sekarang ni tak karuan lah bro. Cacamarba. Oklah, lu Menteri, tapi Kementerian lu pun bukan rock solid. Lu tak buktikan apa-apa lagi pun.
Semuanya masih planning. NFDP dalam planning. Tak perkasa ISN dalam planning. Nak reform Rakan Muda dalam planning. Lu ni kira pakar bab planning lah yer?
Honestly, apa pencapaian lu setakat ni? Parlimen Belia? Itu lu kira pencapaian? Lu hanya create budak-budak muda yang gilakan lu bro. Bukan ada substance.
Mereka tengok lu, mereka kagum. Lu icon? Gua tak rasa macam tu lah. Lu setakat layan climate politik ajer bro. Tak lebih.
Sebab itu, gua rasa, lu punya game nak dedahkan details pasal Anwar punya sex problem ni boleh berbalik kat lu. Kalau lu tak hati-hati.
Lu tahu ada Exco lu pun sama jenis macam Anwar? Lu tahu?
Lu tahu ada Exco lu siap ‘sleeping with the enemy’ sebab nak puaskan hati sama jenis? Bro…kalau orang game lu punya Exco, cirit lu nanti.
Kalau lu boleh capai cita-cita jadi PM sebelum 40, gua tabik dan respek lah. Tapi bukan dengan cara macam ini bro.
Lu pun banyak momok dalam closet. Belum pecah sahaja bro. Pecah nanti, lu pun ke parit.
Gua cadang, lu buat rilek dulu bro. Gua tak tahu siapa yang nasihat lu, tapi lu hati-hati lah.
Macam lu cakap, ‘boys…this is a marathon. keep running’. Lu memang berlari bro, tapi entah ke mana-mana.
Cuba duduk diam. Strategize balik. Jalan dah betul bro. Tapi tak payah la game kan Anwar dengan tour lu ni. Buang masa.
Lu patut bina kekuatan lu sendiri. Tak payah tumpang Anwar.
Februari 23, 2015 at 2:15 pm
Umno akan mengadakan jelajah seluruh negara bersama peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bagi menjelaskan kes Liwat II membabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memandangkan proses kehakiman kes itu kini selesai.
Ketua Pemudanya Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, parti itu selama bertahun lama hanya berdiam diri, walau ditohmah dengan pelbagai tuduhan konspirasi dan sebagainya, kerana enggan mengganggu perjalanan proses mahkamah.
“Peguam bela kata ini (Liwat II) konspirasi politik dan tuduhan dibuat kepada Umno dan BN (Barisan Nasional).
———————–
Hebat Menantu Pak Lah. Lepas sahaja Anwar masuk Sungai Buloh, menantu Pak Lah tak ambil masa panjang untuk gunakan platform yang ada untuk naikkan nama sebagai antara Calon Favourite untuk jawatan Naib Presiden UMNO.
Ramai yang bercakap, keberanian Menantu Pak Lah untuk melancarkan attack kepada Anwar adalah satu kaedah untuk dia naikkan diri di Top 3 Naib Presiden UMNO.
Tak ramai yang berani nak assault Anwar dan keluarga. Walaupun Menantu Pak Lah antara yang agak “simpatisan” kepada Anwar pada awalnya – tapi sekarang hidup mati politik lebih penting.
Menantu Pak Lah peduli apa kalau nationwide tour Shafee akan buatkan rakyat marah dan meluat kepada UMNO. Cerita pasal dubur. Cerita pasal titik. Cerita pasal tonggeng. Cerita pasal DNA.
Yang penting, rating Menantu Pak Lah berada di tahap yang tinggi.
Tak ada Menteri UMNO yang berani assault kes liwat ini dan menantu Pak Lah mahu jadi seorang trendsetter.
Kita kena faham, Menantu Pak Lah nak wujudkan “political cult” kepada dirinya. Lagi dia attack Anwar (yang lemah dan duduk dalam penjara), lagi nampak heroic nya Menantu Pak Lah ini.
Soalnya, Najib arah ke Menantu buat kerja macam ini?
Susah sangat, lantik sahaja Shafee Abdullah sebagai Senator dan letakkan di tempat yang betul – Kementerian Kehakiman.
Cerah masa depan.
Februari 20, 2015 at 10:06 am
Selangor Mentri Besar Azmin Ali (pic) has announced the cancellation of the Kinrara-Damansara Expressway (Kidex) project following the developer’s failure to meet three stipulated conditions by the Feb 14 deadline.
“Since not one of these conditions were met by Kidex by the end of the period given, the Selangor state government is announcing the cancellation of the project,” he said in a statement, Monday.
The three conditions, Azmin said, were preparing a free traffic impact assessment, social impact assessment and environmental impact assessment to show users and residents of involved areas the clear benefits or possible negative effects of the expressway.
———————
Azmin punyalah ingat, selepas dia terjun longkang, tangkap lori hantu, buat gotong royong, cuci pakaian orang – dia sudah boleh lonjak diri sebagai Ketua Pembangkang. Rupa-rupanya, DAP masih tak percaya dengan Azmin.
Apa punca DAP benci dan tak percaya kepada Azmin? Sebab DAP tahu, selepas PRU13, Azmin antara individu yang kuat bertanya-tanya dengan orang keliling Najib tentang HARGA YANG SANGGUP DIBAYAR jika dia berpaling tadah.
Harga Azmin waktu itu bukan kecil. Cukup tinggi. Malahan, ada yang kata, yang ditawarkan jawatan di dalam BN bukan Anwar, tetapi Azmin.
Azmin kena berusaha keras untuk keluar daripada bayang-bayang Anwar yang besar.
Apa cara?
Disebabkan itu, orang media di belakang Azmin nasihatkan supaya masalah KIDEX akan jadi alat yang bagus. Lagi Azmin bertekak dengan Federal, lagi bagus untuk diri dia. Anwar akan cepat hilang daripada Azmin.
Masalah besar Azmin adalah DAP. Selagi DAP secara konsensus menolak dia sebagai leader, selagi itulah Azmin tidak ada ruang ke depan.
Kalau KIDEX boleh membuatkan DAP cium pungkok Azmin, apa salah. Janji lepas.
Februari 20, 2015 at 10:04 am
Kiriman Terdahulu
Maklum Balas Pembaca