Blog WhatsApp
ms
Pilih bahasa anda
  • Azərbaycanca
  • Afrikaans
  • Bahasa Indonesia
  • Bahasa Melayu
  • Català
  • Česky
  • Dansk
  • Deutsch
  • eesti
  • English
  • Español
  • Français
  • Gaeilge
  • Hrvatski
  • Italiano
  • Kiswahili
  • Latviešu
  • Lietuviškai
  • Magyar
  • Nederlands
  • Norsk
  • Oʻzbekcha
  • Pilipino
  • Polski
  • Português (BR)
  • Português (PT)
  • Română
  • Slovenčina
  • Slovenščina
  • suomi
  • svensk
  • Tiếng Việt
  • Türkçe
  • Ελληνικά
  • Български
  • Қазақ
  • Македонски
  • Pусский
  • српски
  • Українська
  • ‏עברית‏
  • العربية
  • فارسی
  • اردو
  • বাংলা
  • हिंदी
  • ગુજરાતી
  • ಕನ್ನಡ
  • मराठी
  • தமிழ்
  • తెలుగు
  • മലയാളം
  • ภาษาไทย
  • 简体中文
  • 繁體中文
  • 日本語
  • 한국어
  • WhatsApp Web
  • Ciri-ciri
  • Muat Turun
  • Keselamatan
  • Pusat Info
  • Muat Turun
  • Ciri-ciri
  • Keselamatan
  • Pusat Info
  • Berhubunglah

Blog WhatsApp

Tetapan Privasi Baru untuk Grup

Grup WhatsApp kekal menghubungkan keluarga, rakan, rakan sekerja, rakan sekelas dan lain-lain. Dalam masa ramai yang menggunakan grup untuk perbualan penting, para pengguna telah meminta agar mereka diberi lebih banyak kawalan. Hari ini, kami memperkenalkan tetapan privasi baru dan sistem jemputan untuk membantu anda memutuskan individu yang boleh menambah anda pada grup.

Untuk mendayakannya, pergi ke Tetapan dalam aplikasi anda, kemudian ketik Akaun > Privasi > Grup dan pilih salah satu daripada tiga pilihan: "Tiada Sesiapa", "Kenalan Saya", atau "Semua Orang". "Tiada Sesiapa" bermaksud anda perlu bersetuju untuk menyertai setiap grup yang anda dijemput, dan “Kenalan Saya” bermaksud hanya pengguna dalam buku alamat anda boleh menambah anda pada grup.

Dalam kes yang sedemikian, individu yang menjemput anda ke grup akan diprom untuk menghantar jemputan peribadi melalui sembang individu, memberi anda pilihan untuk menyertai grup tersebut. Anda mempunyai tiga hari untuk menerima jemputan tersebut sebelum ia tamat tempoh.

Dengan ciri baru berikut, pengguna akan mempunyai lebih kawalan atas mesej grup yang mereka terima. Tetapan privasi baru ini akan dikeluarkan kepada sesetengah pengguna bermula hari ini dan akan tersedia di seluruh dunia dalam minggu-minggu akan datang kepada mereka yang menggunakan WhatsApp versi terkini.

3 April 2019
Tweet
Membawa Aplikasi WhatsApp Business Ke iPhone

Salah satu permintaan yang kerap kami terima daripada pemilik perniagaan kecil adalah bahawa mereka mahu menggunakan aplikasi WhatApp Business pada peranti pilihan mereka.

Sekarang mereka boleh.

Hari ini kami memperkenalkan aplikasi WhatsApp Business untuk iOS. Seperti versi Android yang sejak setahun yang lepas telah digunakan oleh berjuta perniagaan di merata dunia, aplikasi WhatsApp Business untuk iOS adalah percuma untuk dimuat turun daripada Apple App Store dan akan merangkumi ciri yang membantu perniagaan kecil dan para pelanggan berkomunikasi. Ini termasuk:

  • Profil Perniagaan: Berkongsi maklumat berguna tentang perniagaan anda seperti perihalan perniagaan, e-mel atau alamat kedai dan laman web.
  • Alat Pemesejan: Balas kepada para pelanggan dengan mudah menggunakan alat pemesejan yang efisien — balasan cepat untuk memberikan jawapan pantas kepada soalan lazim, mesej ucapan selamat untuk memperkenalkan pelanggan kepada perniagaan anda dan mesej berada di luar untuk memberitahu pelanggan tempoh masa mesej mereka akan dijawab.
  • WhatsApp Web: Sembang daripada desktop anda untuk mengurus perbualan dan menghantar fail kepada pelanggan.

Aplikasi WhatsApp Business kini tersedia dan percuma untuk dimuat turun daripada App Store di Brazil, Jerman, Indonesia, India, Mexico, U.K. dan A.S. Aplikasi tersebut akan dikeluarkan ke seluruh dunia dalam minggu-minggu akan datang.

Sama ada kedai gula-gula dalam talian di Ribeirão Preto, Brazil yang menjalankan 60 peratus daripada jualannya melalui WhatsApp Business atau syarikat roti kulit kayu manis di Tijuana, Mexico yang telah menyatakan penghargaan mereka terhadap WhatsApp Business kerana membolehkan mereka membuka lokasi kedua, pemilik perniagaan kecil di merata dunia menggunakan aplikasi tersebut untuk berkembang. Kami teruja membawakan aplikasi WhatsApp Business kepada perniagaan yang lebih kecil lagi dan mendengar kisah baharu tentang cara aplikasi ini membantu mereka berjaya.

4 April 2019
Tweet
Terima Kasih untuk 10 Tahun

Sudah 10 tahun semenjak kami memulakan WhatsApp! Selama satu dekad yang lalu, kami telah mendengar individu di seluruh dunia menggunakan WhatsApp untuk kekal berhubung dengan orang yang mereka kasihi, berhubung dengan komuniti dan membina perniagaan. Kisah-kisah ini terus memberi kami inspirasi, dan untuk meraikan peristiwa penting ini, kami lihat kembali saat-saat penting kami sepanjang dekad tersebut.

Kami teruja untuk terus membina ciri yang membuatkan WhatsApp lebih mudah dan dipercayai untuk semua. Terima kasih kepada semua pengguna kami di seluruh dunia kerana menyertai kami melalui perjalanan ini!


25 Februari 2019
Tweet
Memperkenalkan ID Sentuh & ID Muka

Di WhatsApp, kami amat mengambil berat tentang pemesejan peribadi, dan hari ini kami teruja untuk memperkenalkan ID Sentuh dan ID Muka pada iPhone bagi membantu menghalang seseorang daripada mengambil telefon anda dan membaca mesej anda.

Untuk mendayakan ciri iPhone tersebut dalam WhatsApp, ketik Seting > Akaun > Privasi > Kunci Skrin dan hidupkan ID Sentuh atau ID Muka. Anda mempunyai pilihan untuk memilih tempoh masa sebelum ID Sentuh atau ID Muka diprom selepas WhatsApp ditutup.

Ciri ini tersedia pada iPhone 5s atau lebih baharu dan pada iOS 9 dan kemudian bermula hari ini.

4 Februari 2019
Tweet
Merayakan Ulang Tahun WhatsApp Business dengan Web Baharu dan Ciri Desktop

Pada bulan Januari tahun lepas, kami telah melancarkan aplikasi WhatsApp Business, dan kini lebih daripada lima juta perniagaan menggunakannya untuk menyokong pelanggan, mengembangkan perniagaan mereka dan berkhidmat untuk komuniti mereka di seluruh dunia. Kami teruja dengan bantuan yang telah kami berikan kepada berjuta perniagaan untuk berkembang. Contohnya di India, jenama kaca mata Glassic yang berasal dari Bengaluru telah memaklumkan kami bahawa 30 peratus daripada jualan baharunya terhasil melalui WhatsApp Business.

Bagi membantu merayai tahun pertama WhatsApp Business, kami mengumumkan bahawa sesetengah ciri paling popular kami kini boleh digunakan pada WhatsApp web dan desktop. Ciri-ciri ini termasuk:

  • Balasan Cepat: Ini adalah mesej yang kerap dihantar untuk membalas pertanyaan yang kerap ditanya. Hanya tekan “/” pada papan kekunci anda untuk memilih balasan cepat dan hantar.
  • Label: Uruskan kenalan atau sembang anda dengan label, supaya anda boleh mencari mereka semula dengan mudah.
  • Penapisan Senarai Sembang: Uruskan sembang anda dengan mudah menggunakan penapis untuk mengisih mengikut mesej belum dibaca, grup atau senarai siaran.

Menggunakan ciri berikut di komputer membantu perniagaan menjimat masa dan memberi respons kepada pelanggan mereka dengan cepat. Kami teruja untuk terus mengembangkan WhatsApp Business dan memperkenalkan ciri baharu yang memudahkan pelanggan untuk mencari dan melibatkan diri dengan perniagaan yang penting untuk mereka.

24 Januari 2019
Tweet
Memperkenalkan Pelekat

Daripada emoji dan ciri kamera ke Status dan GIF animasi, kami sentiasa cuba menambah ciri baru yang membuatkan komunikasi dengan rakan dan keluarga di WhatsApp mudah dan menyeronokkan. Hari ini, kami teruja memperkenalkan cara baru untuk individu melahirkan perasaan mereka menggunakan pelekat.

Sama ada dengan pelekat cawan teh tersenyum atau pelekat hati yang patah menangis, pelekat membantu anda berkongsi perasaan anda dengan cara yang anda kadangkala tidak boleh nyatakan dengan perkataan. Sebagai permulaan, kami sedang melancarkan pek pelekat yang dicipta oleh pereka kami di WhatsApp serta pilihan pelekat daripada pereka pelekat lain.

Kami juga telah menambahkan sokongan untuk pek pelekat pihak ketiga bagi membenarkan pereka dan pembangun seluruh dunia mencipta pelekat untuk WhatsApp. Untuk berbuat demikian, kami telah menyertakan satu set API dan antara muka yang membenarkan anda untuk membina aplikasi pelekat yang menambah pelekat pada WhatsApp pada Android atau iOS. Anda boleh menyiarkan aplikasi pelekat anda seperti aplikasi lain di Gedung Google Play atau Gedung App Store, dan pengguna yang memuat turun dan memasang aplikasi anda boleh mula menghantar pelekat tersebut terus daripada WhatsApp. Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang mencipta aplikasi pelekat untuk WhatsApp anda sendiri di sini.

Untuk menggunakan pelekat dalam sembang, hanya ketik butang pelekat baru dan pilih pelekat yang anda mahu kongsikan. Anda boleh menambah pek pelekat baru dengan mengetik ikon tambah.

Pelekat akan tersedia untuk Android dan iPhone dalam beberapa minggu akan datang. Kami harap anda akan menyukainya!

25 Oktober 2018
Tweet
WhatsApp untuk JioPhone di KaiOS

Untuk kali pertama, WhatsApp akan tersedia untuk JioPhone di seluruh India. WhatsApp telah membina versi baru untuk aplikasi pemesejan peribadinya untuk JioPhone, yang menjalankan sistem operasi KaiOS, untuk memberi orang cara yang mudah, boleh dipercayai dan selamat untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan dan keluarga.

Aplikasi baru ini menawarkan yang terbaik akan WhatsApp termasuk pemesejan cepat dan boleh dipercayai, dan keupayaan untuk menghantar foto dan video - kesemuanya disulit hujung ke hujung. Ia juga adalah mudah untuk merakam dan menghantar mesej suara dengan cuma beberapa ketikan di papan kekunci. Untuk bermula, pengguna JioPhone hanya perlu mengesahkan nombor telefon mereka dan kemudian mereka boleh mula bersembang dengan pengguna WhatsApp yang lain secara peribadi atau dalam grup.

WhatsApp tersedia dalam AppStore JioPhone hari ini. Anda boleh memuat turun WhatsApp pada kedua-dua JioPhone dan JioPhone2 dengan melawati AppStore dan mengklik atas Muat turun.

10 September 2018
Tweet
Mengembangkan Alat-alat kami untuk Perniagaan

Seperti yang telah kami umumkan tahun lepas, WhatsApp sedang membina alat-alat baru untuk membantu orang dan perniagaan untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Sejak kami telah melancarkan aplikasi WhatsApp Business, orang telah memberitahu kami bahawa ia adalah lebih cepat dan mudah untuk bersembang dengan perniagaan daripada membuat panggilan atau menghantar emel. Hari ini kami sedang mengembangkan sokongan kami untuk perniagaan yang memerlukan alat-alat yang lebih kuat untuk berkomunikasi dengan pelanggan mereka.

Di sini terdapat cara-cara orang boleh berhubung dengan sebuah perniagaan:

  • Minta maklumat yang berguna: Apabila anda memerlukan pengesahan penghantaran atau pas masuk, anda boleh memberi nombor mudah alih anda kepada sebuah perniagaan di laman web mereka, di aplikasi mereka, atau di gedung mereka untuk menghantar anda maklumat di WhatsApp.
  • Mulakan perbualan: Anda mungkin akan melihat butang klik-untuk-sembang di laman web atau iklan Facebook untuk menghantar mesej cepat kepada perniagaan.
  • Dapatkan sokongan: Beberapa perniagaan mungkin menyediakan sokongan masa nyata di WhatsApp untuk menjawab pertanyaan mengenai produk mereka atau membantu anda menyelesaikan masalah.

Dengan cara-cara ini, anda akan terus mempunyai kawalan penuh atas mesej-mesej yang anda terima. Perniagaan akan membayar untuk menghantar mesej tertentu, jadi mesej tersebut akan terpilih dan sembang anda tidak akan penuh dengan mesej mereka. Tambahan, mesej-mesej akan kekal disulit hujung ke hujung dan anda boleh menyekat sebarang perniagaan dengan hanya mengetik sebuah butang.

Kami akan membawa lebih banyak perniagaan ke WhatsApp pada masa akan datang. Untuk melakukan sedemikian, kami akan bekerja secara langsung dengan beberapa ratus perniagaan dan memilih beberapa perniagaan yang khusus dalam mengurus komunikasi pelanggan.

Jika anda berminat bagaimana perniagaan dapat mula menggunakan alat-alat ini, anda boleh mempelajari lebih di sini. Seperti biasa, kami akan berhati-hati mendengar semua maklum balas anda seturut dengan perkembangan alat-alat ini.

1 Ogos 2018
Tweet
Perubahan tambahan dalam pemajuan mesej

Kami telah membina WhatsApp sebagai aplikasi pemesejan peribadi - cara yang mudah, selamat dan boleh dipercayai untuk berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan. Seiring dengan penambahan ciri baharu, kami telah berhati-hati untuk cuba memelihara perasaan kemesraan yang disukai oleh individu.

Beberapa tahun yang lalu kami telah menambahkan ciri pada WhatsApp yang membenarkan anda untuk memajukan mesej kepada berbilang sembang sekaligus.

Hari ini, kami melancarkan ujian untuk mengehadkan pemajuan mesej yang akan dikenakan kepada semua orang yang menggunakan WhatsApp. Di India - yang mana individu memajukan lebih banyak mesej, foto dan video berbanding dengan negara-negara lain di seluruh dunia - kami juga akan menguji dengan had yang lebih rendah, iaitu 5 sembang pada satu masa dan kami akan mengalih keluar butang maju cepat (quick forward) bersebelahan mesej media.

Kami percaya bahawa perubahan ini, yang akan kami terus nilaikan, akan membantu WhatsApp kekal seperti tujuan rekaan asal: aplikasi pemesejan peribadi.

Kami sangat mengambil berat atas keselamatan dan privasi anda maka sebab itulah WhatsApp disulitkan hujung ke hujung, dan kami akan terus meningkatkan aplikasi kami dengan ciri-ciri seperti ini. Untuk maklumat lanjut, sila lawati halaman Tip Keselamatan WhatsApp.

KEMAS KINI: WhatsApp telah menilai ujian ini dengan meneliti dan mendengar maklum balas pengguna kami selama tempoh enam bulan. Pengehadan pemajuan mesej telah mengurangkan banyak mesej yang dimajukan di seluruh dunia. Bermula hari ini, semua pengguna yang menggunakan versi terkini WhatsApp hanya boleh memajukan lima sembang sahaja pada satu masa. Ini akan membantu WhatsApp memfokus pada pemesejan peribadi dengan kenalan rapat. Kami akan terus mendengar maklum balas pengguna tentang pengalaman mereka, dan dari semasa ke semasa, mencari cara baharu dalam menangani kandungan viral.

Kemas Kini Terakhir: 21 Januari 2019

19 Julai 2018
Tweet
Panggilan Grup untuk Suara dan Video Kini Tersedia

Sejak beberapa tahun terakhir, orang telah menikmati membuat panggilan suara dan video di WhatsApp. Pengguna kami menggunakan lebih dari 2 bilion minit dalam panggilan setiap hari. Kami teruja untuk mengumumkan bahawa panggilan grup untuk suara dan video akan diperkenalkan dalam WhatsApp mulai hari ini.

Anda boleh membuat panggilan grup sehingga jumlah empat orang - pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja. Mulakan panggilan suara atau panggilan video dengan satu individu dan ketik butang baru "tambah peserta" di sudut kanan di atas untuk menambahkan lebih kenalan ke panggilan tersebut.

Panggilan grup sentiasa disulitkan hujung ke hujung, dan kami telah mereka panggilan untuk berfungsi dengan baik di seluruh dunia dalam keadaan rangkaian yang berbeza. Ciri ini sedang dilancarkan dalam aplikasi versi iPhone dan Android kami.

30 Julai 2018
Tweet
Halaman Selepas

WhatsApp

  • Ciri-ciri
  • Keselamatan
  • Muat Turun
  • WhatsApp Web
  • Perniagaan

Syarikat

  • Tentang
  • Kerjaya
  • Pusat Jenama
  • Berhubunglah
  • Blog
  • Cerita WhatsApp

Muat Turun

  • Mac/PC
  • Android
  • iPhone
  • Windows Phone

Bantuan

  • Pusat Info
  • Twitter
  • Facebook
2019 © WhatsApp Inc.
Terma & Privasi