Kenyataan Umum
27 Julai 2016
RISDA Perlu Lebih Bertanggungjawab Cari Pendapatan Alternatif Pekebun Kecil
Rancangan RISDA yang mengesyorkan pekebun-pekebun kecil untuk menanam pokok ketum untuk pasaran eksport sebagai sumber pendapatan alternatif pekebun kecil adalah satu syor yang kurang …


Kenyataan Umum
27 Julai 2016
RISDA Perlu Lebih Bertanggungjawab Cari Pendapatan Alternatif Pekebun Kecil
Rancangan RISDA yang mengesyorkan pekebun-pekebun kecil untuk menanam pokok ketum untuk pasaran eksport sebagai sumber pendapatan alternatif pekebun kecil adalah satu syor yang kurang bertanggungjawab.
Walaupun dunia perubatan tradisional meletakkan daun ketum sebagai antara herba yang boleh menyembuhkan pelbagai penyakit namun, penyalahgunaan daun ketum di kalangan masyarakat khususnya anak muda perlu juga diberikan perhatian oleh RISDA.
Sekiranya, kewujudan ladang-ladang daum ketum di seluruh negara, bukankah nanti ia akan membuka peluang untuk aktiviti penyeludupan daun ketum keluar dari ladang tersebut dan kemudiannya disalahguna oleh masyarakat setempat?
Berdasarkan kepada laporan berita Utusan Malaysia, Di Malaysia, menanam pokok ketum bukanlah satu kesalahan kerana tidak boleh disabitkan dengan memiliki (daun ketum) dan hanya menjadi kesalahan jika daun ketum diperdagangkan atau dijual.
Ini kerana daun ketum mengandungi bahan aktif mitragynine, yang tertakluk dalam Jadual Ketiga (Bahan-Bahan Psikotropik), Akta Racun 1952. Seksyen 30, Akta Racun 1952 menetapkan adalah satu kesalahan bagi aktiviti pengimportan, pengeksportan, pengilangan, penjualan dan pemilikan bahan-bahan psikotropik yang tersebut.
Bagaimanakah daun ketum ini boleh dieksport sedangkan undang-undang menetapkan aktiviti perdagangan termasuklah pengeksportan daun ketum adalah satu kesalahan? Adakah RISDA mahu mendidik pekebun-pekebun kecil dibawah naungannya untuk ingkar kepada undang-undang negara?
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) ingin bertanya kepada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Polis DiRaja Malaysia, apakah tindakan PDRM terhadap syor RISDA ini? Pelbagai kes berkaitan pemilikan daun ketum telah diambil tindakan oleh PDRM dan dilaporkan media.
Terkini adalah pada 23 Jun 2016 di mana sebuah pasaraya di Jempol telah diserbu oleh PDRM hanya kerana kesilapan label daun ketumbar kepada daun ketum. Jika kesilapan label pun boleh mengundang serbuan polis, apakah kenyataan Pengerusi RISDA itu tidak dipandang serius oleh PDRM?
SAMM juga mendesak RISDA untuk memikirkan alternatif lain sebagai sumber untuk memberikan pendapatan tambahan kepada pekebun kecil. Mengapa RISDA tidak memilih untuk menanam pokok stevia, dimana daunnya boleh diproses sebagai bahan menggantikan gula? Tanaman alternatif ini juga boleh menjana pendapatan tambahan untuk pekebun kecil.
Sebagai sebuah agensi yang menjaga kepentingan pekebun kecil getah, RISDA memang perlu meneroka jalan untuk meningkatkan pendapatan dalam keadaan harga komoditi itu yang tidak menentu, tetapi bukan mengambil jalan mudah, dengan memilih pokok ketum sebagai alternatif. Dibimbangi tindakan RISDA ini akan membuka peluang untuk penyalahgunaan daun ketum sebagai satu bahan yang memberi kesan stimulan, sedatif dan euphoria yang boleh menyebabkan penagihan.
Mohd. Faizal Ab. Rahman
Penyelaras Kebangsaan
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
Email : [email protected]
Kenyataan Umum
21 Julai 2016
1MDB : Peguam Negara Sila Letak Jawatan
Tindakan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah menunjukkan sistem perundangan dalam negara ini telah hancur musnah. Federal Bureau of Investigation (FBI) telah …
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
Kenyataan Umum
11 Julai 2016
Sanjeevan Di Tahan Di Bawah PoCA : Apa Yang Cuba Disembunyikan?
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) hairan dengan tindakan menahan Pengerusi MyWatch, Datuk R. Sri Sanjeevan di bawah Akta …
Kenyataan Umum
16 Jun 2016
Pembebasan Tebusan Abu Sayyaf : KPN Bohong Dan Perlu Minta Maaf
Susulan pembebasan empat rakyat Malaysia yang dikatakan diculik Abu Sayyaf, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) melahirkan kesyukuran kerana keempat-empat mangsa dapat kembali …
Catatan Umum
11 Mei 2016
Iklan Sindiket Perjudian Melalui SMS
Pada 30 April 2016, saya telah menerima aduan mengenai pengiklanan aktiviti perjudian menerusi perkhidmatan pesanan ringkas (SMS). Lebih 50 “screenshot” pesanan SMS tersebut telah pun dihantar melalui aplikasi …
Kenyataan Media
11 Mei 2016
Wang Rakyat Selangor Terus Dibazir Dengan Parkir Perpustakaan Bernilai Hampir RM50juta
1. Sebelum Pilihanraya Negeri Sarawak, saya telah mendapat senarai dokumen projek-projek mega yang diluluskan di bawah pentadbiran MB Azmin Ali di Selangor. …
Kenyataan Media
11 Mei 2016
SAMM Gesa Semua Pihak Desak Rawatan Anwar di Hospital Hingga Pulih Sepenuhnya
Dua hari lepas Anwar Ibrahim sekali dikejarkan ke hospital kerana keadaan tekanan darahnya yang tak stabil. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) …
Kenyataan Media
7 Mei 2016
DEBAT PERDANA 16 MEI – “DEKLARASI: MANA PERGI RAKYAT”
Setelah lebih dua bulan Deklarasi Rakyat dilancarkan, dapat kita lihat pelbagai suara reaksi serta ekspresi ditunjukkan oleh banyak pihak. Ada yang menyokong tanpa syarat, …
SOLIDARITI ANAK MUDA MALAYSIA (SAMM) ,
PUSAT GERAKAN RAKYAT ( PAGER) SAMM,
No. 344, Jalan Haruan 5/8,
Oakland Commersial Center II,
70300 Seremban, Negeri Sembilan
Tarikh : 4 Mei 2016
KEPADA :
DATUK SERI MOHD HASHIM BIN ABDULLAH,
Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR),
No.2, Jalan …
Kenyataan Media
29 April 2016
DEBAT PERDANA: “DEKLARASI – MANA PERGI RAKYAT?”
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) kini dalam fasa terakhir mempersiapkan sebuah pentas Debat Perdana bertajuk “Deklarasi – Mana Pergi Rakyat?”. Debat Perdana ini bakal merungkai persoalan …
Kenyataan Umum
19 April 2016
1. Menginsafi betapa negara dalam perbagai masalah dan memerlukan perubahan. Peluang untuk menuntut perubahan hari ini amat cerah kerana majoritI rakyat sudah sedar dan sedang terhimpit dengan perbagai masalah bersangkutan kerosakan sistem …