Menteri Wilayah yang baharu, Khalid Abdul Samad meminta penduduk Putrajaya agar menegur beliau jika membuat apa-apa kesilapan ketika beliau mengemudikan kementeriannya.
Ketika memberikan ucapan sulung kepada warga Wilayah di Masjid Sultan Mizan, Putrajaya sebelum solat Jumaat tadi, Khalid berharap sangat agar beliau ditegur jika membuat kesilapan nanti.
“Amanah yang saya terima ini sangat berat. Harap-harap bantulah saya dengan menegur dan memberikan nasihat.
“Tegurlah saya jika berbuat silap, nasihatlah saya. Insya Allah saya akan menerimanya dengan baik,” kata Khalid pada hari ke empat beliau mula bertugas sebagai Menteri Wilayah.
Khalid berucap kira-kira 15 minit sebelum azan dilaungkan sebagai tanda masuknya waktu zohor di Putrajaya sebelum khutbah dan solat Jumaat ditunaikan.
Seorang jamaah masjid mengambil peluang untuk bergambar dengan Khalid selepas solat Jumaat.
Dalam ucapan itu juga, ahli parlimen Shah Alam itu berkata, akhlak umat Islam sekarang banyak yang rosak kerana pem…