Written by AbangNara | August 1st, 2017 | Featured post

Apabila menyebut tentang negara India, perkara pertama yang akan bermain di minda Abang Nara ialah kehebatan filem mereka yang dikenali sebagai Bollywood. Antara filem Bollywood feveret Abang Nara ialah Kuch Kuch Hota Hai, 3 Idiots, Mann, Slumdog Millionaires, Dangal dan banyak lagilah. Para pelakonnya pula memang A+. Siapa yang tak kenal Shah Rukh Khan, Aamir Khan, Kajol, Kareena Kapor, Amitabh Bachan dan ramai lagi. Lakonan diorang memang bermutu tinggi.

airasia india

antara filem-filem Bollywood yang amat popular di serata dunia

Namun selain filem-filem Bollywood yang telah menemani kita berpuluh-puluh tahun, apa lagi yang ada dengan India. Takkan filem je kot? Jeng, jeng, jeng. Izinkanlah Abang Nara berkongsi beberapa tempat menarik di India yang pasti membuatkan anda terasa ingin terus terbang ke sana hari ini jugak. Taj Mahal Abang Nara tak masukkan sebab rasanya semua orang tahu betapa hebat dan gahnya istana tersebut.

1. Qutb Minar, New Delhi

qutb minar india

Siap dibina pada abad ke 12, Qutb Minar yang terletak di New Delhi, India disenaraikan sebagai salah satu UNESCO World Heritage Site. Diperbuat daripada batu merah dan juga batu marmar, salah satu keunikan Qutub Minar ialah kewujudan 379 kaki tangga “spiral” di dalamnya. Pembinaannya juga penuh dengan sejarah iaitu selepas kejatuhan kerajaan Hindu terakhir di tangan pemerintah Islam.

qutb minar india

2. Gateway of India, Mumbai

qutb minar india

Telah menjadi lokasi penggambaran ratusan filem Bollywood, Gateway of India adalah telah dibina pada abad ke 20 bersempena kehadiran King George V dan Queen Mary ke Mumbai, India. Mencecah ketinggian 26 meter, Gateway Of India dibina bertentangan dengan pelabuhan Mumbai dengan campuran seni artikek Indo-Saracenic dan juga Islam. Kalau anda terbang ke Mumbai, memang salah satu aktiviti wajib dilakukan ialah bergambar di sini sebagai bukti kedatangan anda.

3. Chapora Fort, Goa

qutb minar india
Salah satu babak dari filem popular Dil Chahta Hai lakonan Aamir Khan telah dirakamkan di Chapora Fort yang bertempat di Goa ini. Berdiri tegak di atas sungai Chapora, kubu ini telah siap dibina pada tahun 1717. Waktu paling sesuai untuk ke Chapora Fort adalah ketika matahari terbenam. Confirm romantik habis.

4. Charminar, Hyderabad

qutb minar india

Dibina pada tahun 1951, Charminar yang terletak di Hyderabad adalah sebuah monumen dan masjid yang cukup gah yang membawa maksud “4 pillars”. Sekiranya anda ingin mencari cenderahati, ada pasar yang menjual pelbagai barangan terutamanya untuk wanita di Charminar. Memang tempat wajib untuk bergambar sekiranya anda menjejakkan kaki ke Hyderabad.

5. Marina Beach, Chennai
qutb minar india

Dengan panjangnya mencecah 13 kilometer, Marina Beach di Chennai adalah pantai semulajadi terpanjang kedua di dunia. Walaupun para pelancong dilarang mandi di sini kerana keadaan pantainya yang berbatu, namun ia tidak menghalang 50,000 pelawat untuk datang ke sini untuk menikmati pemandangan indah pada setiap hujung minggu. Pantainya yang putih, bersih dan bunyi desiran ombak yang cukup menenangkan menjadi daya penarik. Memang tempat terbaik untuk lepak-lepak sambil berborak dengan pasangan sambil menunggu matahari terbenam.

6. Victoria Memorial, Kolkata

qutb minar india

Dibina pada tahun 1921 bersempena kemangkatan Queen Victoria, Victoria Memorial ini telah menjadi tumpuan pelancong yang ingin belajar tentang sejarah British di India. Ia mempunyai 25 galeri seperti galeri diraja , galeri potret, galeri sculpture dan senjata galeri. Salah satu fakta menarik tentang Victoria Memorial ini ialah dana pembinaannya adalah 100% daripada sumbangan derma rakyat India. Power kan?

7. Jal Mahal, Jaipur

qutb minar india

bandar Jaipur pada abad ke 18. Ia telah dibina oleh Maharaja Madho Singh I sebagai tempat istirahat ketika memburu itik. Kini Jal Mahal telah pun bertukar menjadi sebuah restoran ekslusif untuk mereka yang mahu menikmati juadah sambil “terapung” di tengah-tengah tasik.

Ha, best kan India sebenarnya? Kalau selama ini korang hanya tahu ke”best”an filem Bollywood sahaja, sekurang-kurangnya sekarang dah tahu banyak tempat menarik untuk dilawati di India. Ini baru sikit yang Abang Nara kongsikan. Banyak lagi tempat-tempat best seperti Marine Drive di Mumbai, Fort Aguada & gereja Basilica of Bom Jesus di Goa dan macam-macam lagilah. Sekali dah pergi, confirm nak pergi lagi sekali sebab terlalu banyak tempat untuk diterokai.
airasia india

Untuk makluman, AirAsia kini sedang menjalankan promosi “Discover Incredible India” di mana potongan harga sehingga 50% akan diberi sekiranya anda melakukan tempahan tiket bermula sekarang sehingga 6 Ogos kelak untuk penerbangan sehingga 18 Disember 2017. AirAsia terbang secara terus ke Bhubaneswar, Bengaluru, Chennai, Hyderabad, Kochi, Kolkata, Tiruchirappalli, Visakhapatnam, New Delhi dan Mumbai. Jadi anda ada banyak pilihan untuk melancong ke bandar-bandar di India yang sememangnya menarik dan unik. Yang penting kena rancang betul-betul nak pergi ke mana sebab “there’s so many places in India to explore”. Amboi speaking London pulak. Untuk maklumat lanjut, layari www.airasia.com . Selamat melancong ke India.

 
Written by AbangNara | August 2nd, 2017

Alhamdulillah. Bagus sungguh sikap Bella Astillah ini. Respek Abang Nara kepadanya. Bukan mudah untuk kita memaafkan seseorang, namun keterbukaan hati Bella untuk memaafkan Anzalna Nasir haruslah dipuji. Tindakan Anzalna yang mengaku kesilapan dan memohon maaf secara terbuka juga harus dikagumi. Kita selaku umat Islam tak baik gaduh lama-lama. Memaafkan itu adalah satu amalan mulia.

anzalna bella

Apa-apa pun, Anzalna Nasir sudah pun setel bahagian keterlanjuran kata-katanya. Sehingga hari ini semua orang masih menanti penjelasan daripada Afifah Nasir. Adakah Afifah akan tampil atau terus mendiamkan diri? Sama-samalah kita nanti. Kata Bella:-

Bila orang sudah minta maaf kita harus memaafkan mereka. Dia buat secara terbuka lagi dan saya sangat berbesar hati untuk menerima permohonan maafnya.

Mungkin selepas ini Anzalna perlu mengetahui keadaan sebenar sebelum boleh mengeluarkan apa-apa komen. Sepatutnya dia tidak terlibat tetapi mahu buat macam mana

anzalnaCuma satu sahaja nasihat Abang Nara untuk para selebriti di Malaysia ini. Lain kali apabila nak menulis sesuatu, nak memberi pandangan tentang sesuatu perkara, jangan gatal tangan sangat nak tekan butang “send” tue. Baca 2,3 kali dulu kata-kata anda. Adakah ia akan menyakit hati seseorang? Adakah ia akan membuatkan netizen mengamuk? Apa perasaan anda kalau anda berada di pihak yang menerima kata-kata tersebut? Semua benda ini perlu dinilai terlebih dahulu. Sekali dah tekan butang “send”, tiada lagi turning back. Sumber Utusan Malaysia.

Written by AbangNara | August 2nd, 2017

Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Sehebat mana pun kita bercinta, namun jika sudah tertulis tiada jodoh, memang tak akan dapat disatukan. Sedih juga mendengar percintaan Fathia Latiff dengan seorang ahli perniagaan yang dikenali sebagai “A” telah berakhir pada bulan lalu. Sebelum ini, Fathia memaklumkan yang dia merancang untuk mendirikan rumahtangga pada hujung tahun ini sekiranya si “A” benar-benar ikhlas. Namun sekali lagi Fathia dikecewakan.

fathia latiff

Telah pun berusia 30 tahun, sudah pasti Fathia Latiff sudah bersedia untuk bergelar seorang isteri. Nasihat Abang Nara, jangan tergesa-gesa. Pilih lelaki yang benar-benar mencintai kita. Biasalah gagal dalam percintaan. Yang penting jangan gagal dalam percintaan. Kata Fathia:-

Saya hanya mampu merancang dan kadang-kadang yang kita rancang tak semestinya berlaku kerana semua itu atas kehendak Allah. Setakat ini saya hanya boleh katakan yang diri ini tiada komitmen dengan mana-mana lelaki dan saya masih solo.

Selagi saya tidak diijab kabulkan, saya adalah milik ibu dan ayah. Tunggu saja sampai hari pernikahan baru saya akan umumkan. Kalau ikutkan, memanglah rasa sedikit terkilan kerana hasrat saya untuk hidup seperti pasangan lain tidak kesampaian. Tapi saya yakin Allah lebih tahu yang terbaik buat diri saya

Setiap orang ada pasang surut dan mungkin bukan rezeki saya untuk ada teman dalam waktu terdekat ini. Saya sentiasa positif dan tidak mudah mengalah kerana hidup mesti diteruskan.

fathia latiff

Yang pasti, ramai lelaki di luar sana yang mendambakan cinta Fathia Latiff. Petik jari je pasti 10 yang akan datang. Cuma Fathia perlu buat pilihan yang terbaik untuk dirinya. Sama-sama kita doakan agar Fathia akan bertemu dengan “the one” tidak lama lagi. Sumber Utusan Malaysia.

Written by AbangNara | August 2nd, 2017

Setelah membuat permohonan maaf atas apa yang telah terjadi, Anzalna Nasir turut sama memuatnaik satu status di laman Instagramnya berkenaan kontroversi yang begitu hangat diperkatakan kebelakangan ini. Menurut Anzalna, apa yang telah terjadi adalah satu dugaan daripada Allah. Insaf sekejap Abang Nara membaca kata-kata Anzalna. Penuh berhikmah dan penuh kesedaran.

anzalna nasir

Tulis Anzalna:-

Tak rasa sedih dicaci, tak mahu menagih puji…Setiap manusia tidak pernah lari dari membuat kesilapan. Allah tidak akan mensia-siakan orang yang bersabar dan redha dengan setiap dugaan dariNya. Amat rugilah seseorang itu bila Allah hadirkan ujian kepadanya, dia masih ditakuk yang sama.

Mengeluh tak berkesudahan. Menyalahkan itu dan ini. Semoga Allah mempermudahkan urusan kami. Allahumma yassir wala tu’assir. Rabbi tammim bilkhoir. Birohmatikaya Arhamarrohimin. Ya Allah permudahkanlah jangan dipersulitankan dan kau akhirkanlah dgn Kebaikan. Akhir kata tunggu la kenyataan dari adik saya.

anzalna nasir

Abang Nara terasa tenang dan damai membaca kata-kata Anzalna ini. Penuh kematangan dan keinsafan. Apa pun, semua yang terjadi haruslah dijadikan iktibar dan pengajaran agar ia tidak berulang kembali. Apa kata anda?

Written by AbangNara | August 2nd, 2017

Lama tidak mendengar perkembangan terkini juara Akademi Fantasia, Sufi Rashid. Baru-baru ini, penyanyi yang berasal dari Singapura itu telah pun berkongsi pengalaman pahitnya menjadi mangsa pedofil. Episod hitam itu berlaku apabila seorang lelaki menjadi pengurusnya ketika dia menceburi bidang nyanyian pada usia 12 tahun. Memang menyeramkan apabila membaca apa yang telah dilakukan oleh pengurus tersebut kepada Sufi Rashid. Memang minta simpang malaikat 44.

sufi rashid

Seperti yang kita tahu, memang ramai kanak-kanak yang menjadi mangsa pedofil di Malaysia. Namun tidak ramai yang tampil untuk menceritakan keadaan sebenar. Ramai yang memendam rasa sehinggalah dewasa. Apabila membaca kisah Sufi Rashid ini, seram sejuk dibuatnya Abang Nara. Kata Sufi Rashid:-

Kehidupan ini sesuatu yang sangat kejam. Malangnya saya ialah salah seorang mangsa pedofil. Saya berusia 12 tahun, saya diberi kesempatan untuk menjadi penyanyi cilik.

Dia diperkenalkan dengan saya untuk menjadi pengurus. Dia disuruh jaga saya, dan masa itu saya masih kecil, jadi dia macam abang saya. Saya baik dengan dia, macam keluarga. Sampai tahap dia ajak saya pergi ke rumahnya. Dia manjakan saya dengan permainan, dia manjakan saya dengan komputer riba.

Bila kita masih muda, kita masih dalam proses pembelajaran. Bila kita nampak benda-benda yang tak senonoh, kita ingat benda tu senonoh. Saya ingat lagi dia ambil kesempatan dekat saya.

Dia cuba buka baju saya, ajak saya tidur dengan dia, dia suruh saya pegang ‘pisang’ dia. Saya ialah mangsa pedofil, dan demi Allah, saya katakan, sesiapa yang jadi mangsa pedofil tidak akan dapat lupakan setiap sudut apa yang berlaku.

Dia suruh saya buat itu buat ini, saya buat sebab saya tak tahu. Dia janjikan saya hadiah, kalau nak permainan (game), buat itu buat ini. Nak katakan saya bodoh, saya masa itu masih budak, tak pandai nak berfikir sangat. Dia manjakan saya dengan barang-barang.

Saya tak beritahu ibu saya tentang ini, kerana pada masa itu saya tak tahu sama ada perkara yang saya lakukan itu salah atau tidak. Lelaki pegang ‘pisang’ lelaki, apa itu? Dan dia pandai mengelak dari orang lain dan emak saya tahu tentangnya.

Perkara itu berlaku banyak kali, di rumah saya, di hotel.

Lelaki itu sangat pandai, depan ibu saya, dia layan saya sangat baik. Dia buat ibu saya percaya tiada apa yang berlaku tetapi di belakang tabir Allah saja yang tahu.

Ia membuat saya sangat marah dan pernah saya bertumbuk dengannya tetapi dia pandai mengelak sehinggakan saya pula yang digari polis kerana bergaduh dengannya. Sekiranya membunuh itu halal, saya pasti sudah membunuhnya.

Saya rasa jijik bila mengingati semula apa yang dia lakukan kepada saya.

sufi rashid

Diharap pembaca BeautifulNara yang sudah bergelar ibu bapa akan memberikan didikan kepada anak-anak tentang perkara ini. Sekarang ini pedofil berada di mana-mana. Malah kadangkala mereka ini adalah yang mempunyai hubungan kekeluargaan rapat dengan kita. Semoga perkongsian Sufi Rashid ini akan menjadi iktibar untuk kita untuk menjaga anak-anak dengan lebih berhati-hati di masa hadapan. Tahniah Sufi Rashid kerana sudi berkongsi pengalaman pahit anda ini.

Page 1 of 3,37112345...102030...Last »