Dropbox boleh menyimpan dan menyelaraskan foto anda, kata laluan, dokumen peribadi, kandungan aplikasi, Dokumen Google, dan banyak lagi.
Pusatkan storan anda, kemaskan hidup anda
Satu tempat untuk semuanya, dengan berbaki ruang lagi
Dropbox Plus ialah album foto baharu, kabinet fail anda dan banyak lagi. Dengan 2,000 GB simpanan awan yang disulitkan, ada ruang untuk semua kandungan anda dan ruang yang berlebihan untuk menambah lebih banyak lagi.
Akses maklumat anda pada bila-bila masa
Dengan Dropbox, fail anda sentiasa di hujung jari. Segala-gala yang anda simpan, daripada resipi kepada rekod kewangan, boleh diakses dengan serta-merta pada sebarang telefon, tablet atau komputer yang bersambung.
Jadikan data anda kalis bencana
Kini, anda boleh memulihkan atau memperoleh apa-apa sahaja dalam akaun Dropbox anda sehingga 30 hari. Ini bermakna semua foto, PDF dan fail peribadi anda selamat daripada suntingan, penghapusan, penggodam dan virus yang tidak diingini.

Dropbox bersambung secara terus dengan apl yang anda gunakan setiap hari, sama juga dengan peranti yang anda gunakan. Ia tempat yang berpusat dan pintar untuk melindungi dan menyusun maklumat anda yang paling penting.

Akses segala-galanya dalam Dropbox pada telefon anda, atau dari sebarang tablet atau komputer. Dropbox berintegrasi dengan semua peranti anda, sama ada anda menggunakan Apple, Android, Windows—atau ketiga-tiganya.

Lebih separuh syarikat Fortune 500 mempercayai Dropbox dengan data syarikat mereka. Dan segala-gala yang disimpan dalam akaun Dropbox anda dilindungi oleh penyulitan bertaraf perusahaan yang sama.

