Bakat anda diperlukan untuk internet yang lebih baik

Mozilla adalah sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan yang berusaha memastikan internet adalah terbuka dan mengalu-alukan semua. Dan kami perlukan bantuan anda. Dengan menyertai komuniti kami, anda boleh memacu inovasi, meningkatkan rasa tanggungjawab dan kepercayaan dan menjadikan internet satu tempat yang selamat untuk semua.

Bagaimana anda boleh menyumbang…

Misi Kami

Misi kami ialah memastikan Internet ialah satu sumber awam global, terbuka dan boleh diakses oleh semua. Internet yang mengutamakan penggunanya, di mana setiap individu mampu membentuk pengalaman peribadi mereka dan diperkasakan, selamat dan kekal bebas.